Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.tu] | راتو

Definisi : 1 orang perempuan yg menjadi raja: ~ Elizabeth. 2 raja: ~ Majapahit. 3 gelaran yg diberikan kpd wanita yg menang dlm peraduan kecantikan dll: ~ cantik; ~ sanggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.tu] | راتو

Definisi : 1. raja (perempuan): ~ Elizabeth; 2. permaisuri; 3. sl raja: ~ Majapahit; 4. ki gelaran kpd pemenang wanita dlm peraduan kecantikan dll: ~ cantik; ~ fesyen; ~ kebaya; ~ sanggul; beratukan mengabdikan diri kpd ratu, beratu kpd: anak buah Patrik Aria Gajah Mada yg ~ Raden Galuh Wi Kesuma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ratu
Rujuk :permaisuri

Puisi
 

Burung disebut si burung merak,
     Menjadi ratu istana rimba;
Untung sabut timbul nampak,
     Untung batu tenggelam hamba.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah nama untuk kain yang melilit pada badan pemenang ratu cantik? Kain tersebut kadangkala digunakan untuk menyatakan nama negara bagi ratu cantik tersebut. Kalau tak silap saya, perkataan itu bermula dengan huruf 's'Selempang.Lain-lain03.03.2017
Terlebih dahulu saya pohon maaf jika mengganggu pihak tuan. Saya adalah penulis buku yang berjudul Tina Dengan Ratu Semut. Saya ingin bertanya kepada pihak tuan tentang status buku Tina Dengan Ratu Semut di mana apabila saya membuat semakan dalam sistem Pejabat Maya DBP saya mendapati nama penulis telah ditukar kepada Puan Ros Azirai Binti Muhammad. Justeru saya ingin bertanya adakah terdapat sebarang perubahan kerana setakat hari ini saya tidak mendapat apa-apa berita mengenainya. Untuk makluman pihak tuan saya telah menandatangani kontrak pernerbitan dengan pihak tuan. Saya sangat berharap agar mendapat maklum balas secepat mungkin daripada pihak tuan.Wksalam Puan Normie. Pihak kami ambil maklum tentang perkara ini. Untuk makluman puan, hal yang demikian berlaku atas kesilapan teknikal (dari segi pemasukan data penulis/manuskrip). Bahagian Sistem Maklumat DBP telah pun membuat pembetulan dan pihak kami memohon maaf atas kesilapan tersebut. Dari segi status, manuskrip ini telah diserahkan ke Bahagian Pengeluaran untuk urusan pracetak dan percetakan pada awal tahun ini. Sebarang perkembangan tentang manuskrip ini, sila hubungi editor Pn. Azihani di talian 03-21479293 atau melalui e-mel azihani@dbp.gov.my Terima kasih. Ketua Editor (BKR)Lain-lain20.06.2016
NAMA SYARIKAT : SARI RATU EXPRESSSalam sejahtera,

Mohon penjelasan bagi soalan di atas. Adakah tuan/puan ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca, tatabahasa atau lain-lain?
Sekiranya soalan ini berkaitan dengan tanda baca, sila ubah seperti berikut:
NAMA SYARIKAT: SARI RATU EXPRESS
Titik bertindih hendaklah ditulis rapat dengan perkataan sebelumnya (SYARIKAT) dan jarak dengan perkataan selepasnya (SARI).

Sekian. Terima kasih.
Lain-lain30.01.2018
Untuk makluman Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan bekerjasama dengan Universiti of Santo Tomas, Philippines untuk menjayakan pertandingan ratu cantik yang bertemakan "Malaysia". Oleh yang demikian dipohon kerjasama DBP untuk memberikan cadangan nama yang bersesuaian untuk pemenang. Kedutaan telah mencadangkan agar nama "Putera Kuala Lumpur" dan "Puteri Kuala Lumpur" digunakan namun penganjur memaklumkan penggunaan nama putera mempunyai interpretasi yang tidak sesuai dalam bahasa Tagalog (Saya dimaklumkan penggunaan "putera" mempunyai persamaan dengan panggilan anjing). Oleh yang demikian dipohon kerjasama DBP untuk mencadangkan nama yang sesuai. Mohon kerjasama untuk mendapatkan maklumbalas pada kadar SEGERA.Untuk makluman tuan, ratu dikhususkan kepada wanita kerana ratu bermaksud permaisuri atau pemenang wanita dalam pertandingan kecantikan. Oleh itu, cadangan nama "Puteri Kuala Lumpur" atau "Puteri Malaysia" boleh digunakan. Bagaimana dengan pemenang yang bergelar "Putera Kuala Lumpur"? Adakah dia pemenang pertandingan kecantikan bagi kategori lelaki? Bagi kategori lelaki, bolehlah digunakan gelaran "Pemuda Kuala Lumpur/Malaysia" atau "Jejaka Kuala Lumpur/Malaysia".Istilah11.09.2012
Queen Mother Republic Swazziland (Head)Bonda Ratu (Karyanet)Lain-lain30.04.2007
Kegelapan kulit Sarimah tidak menghalangnya dipilih sebagai juara Ratu Kebaya 2010. apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kegelapan?

Saudara,

Perkataan yang sesuai ialah kehitaman.

Lain-lain25.08.2010
apakh maksud balqis?Balqis ialah nama seorang ratu di zaman nabi Sulaiman a.s.Makna18.05.2009
Apakah terjemahan sesuai bagi "List of British monarchs"? Memandangkan "monarchs" terdahulu di Britain ada ratu juga dan bukan sahaja raja. Adakah "pemerintah diraja" boleh dipadankan dengan "monarch"? Apa pula pendapat pihak tuan/puan DBP?Maksud monarch ialah yang sesuai di sini ialah raja. Merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud raja pula ialah orang yang mengetuai dan yang memerintah sesebuah negara atau bangsa secara warisan. Maka terjemahan yang sesuai bagi List of British monarchs ialah Senarai Raja British adalah lebih lebih sesuai.Makna05.08.2017
Apakah kata ganti nama yang digunakan oleh putera/puteri negara lain ketika bercakap dengan raja/ratu negara lain? Adakah 'patik', 'beta' atau hamba?Dalam bahasa diraja, sesuatu peristiwa bahasa yang melibatkan komunikasi antara dua orang Sultan, gerak rujukan setara tidak berlaku. Ini kerana salah seorang daripada baginda berdua akan meletakkan diri Baginda sebagai rendah pangkat dari segi umur atau hubungan kekeluargaan.  Dengan demikian, salah seorang akan merujuk diri sendiri sebagai “adinda” atau “anakanda”, dan dengan itu Baginda yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “kakanda” atau “ayahanda”.   Tatabahasa30.11.2014
Bolehkah 'engkau' digunakan ketika bercakap dengan ibu? Adakah betul lirik 'jingle' iklan berikut: "Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku"Perkataan engkau tidak sesuai digunakan untuk berkomunikasi dengan ibu kerana dalam budaya dan adab sopan, kita diajar supaya menggunakan bahasa yang baik dan halus terutama apabila bercakap dengan ibu, orang yang dihormati.  Dalam lirik lagu yang dikemukakan ini, penggunaan engkau adalah betul dari aspek tatabahasa tetapi tidak sesuai dalam konteks kesantunan berbahasa. Tatabahasa12.05.2010
12

Kembali ke atas