Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
ratu
Rujuk :permaisuri

Puisi
 

Burung disebut si burung merak,
     Menjadi ratu istana rimba;
Untung sabut timbul nampak,
     Untung batu tenggelam hamba.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUAMI RATU

Suami ratu ialah suami kepada ratu yang sedang

memerintah. Di negara-negara yang membolehkan

puteri raja mewarisi takhta kerajaan, suaminya

tidak memakai gelaran raja.

UMUM 
RATU BALQISnama yang diberikan oleh bangsa Arab kepada pemerintah kerajaan Saba' yang pernah mengadap nabi Sulaiman a.s.AGAMAKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
RATU

Ratu ialah gelaran bagi seorang wanita yang

memerintah sebuah negeri, atau permaisuri

seorang raja. Jika dia yang memerintah, dia dikenali

sebagai ratu yang memerintah . Dia mempunyai

kuasa yang sama seperti seorang raja, tertakluk

kepada perlembagaan negeri.

UMUM 
ASCHAM, ROGER

Ascham, Roger (1515–1568), guru peribadi

kepada Puteri Elizabeth. Puteri Elizabeth kemudian

Ratu England dikenali sebagai Ratu Elizabeth I.

Ascham menjadi pengarang The Schoolmaster

(1570). Dalam buku ini, Ascham melahirkan

pandangannya tentang pendidikan, berasaskan

pengalamannya. Dia menekankan betapa

pentingnya pembacaan. Ascham lahir di Kirby

Wiske, dekat Northallerton, di Yorkshire Utara.

UMUM 
HARI JADI RATU UMUM 
MARY, RATU SCOTLAND

Mary, Ratu Scotland (1542–1587) ialah satu-

satunya puteri Raja James V Scotland yang hidup.

Ibunya ialah Mary of Guise. Baginda baru berumur

seminggu apabila bapanya, James V meninggal

dunia.

UMUM 
MARA, RATU SIR KAMISESE

Mara, Ratu Sir Kamisese (1920–2004), ketua

Parti Bersekutu yang berpengaruh, dan menjadi

perdana menteri Fiji yang pertama selepas koloni

British itu mencapai kemerdekaan pada tahun 1970.

UMUM 
ANUGERAH RATU UNTUK EKSPORT DAN TEKNOLOGI

Anugerah Ratu untuk Eksport dan

Teknologi, dianugerahkan kepada syarikat di

United Kingdom yang memperoleh pencapaian

yang cemerlang dalam usaha meningkatkan eksport

atau dalam inovasi teknologi (menggunakan kaedah

baru atau mengeluarkan produk baru). Anugerah ini

dapat dimenangi oleh mana-mana cabang industri,

termasuk pertanian. Pemegang anugerah ini – sama

ada untuk pencapaian dalam bidang pengeksportan

atau dalam bidang teknologi – menerima replika

lambang anugerah tersebut yang dibuat daripada

besi dan dilekapkan pada blok yang lut sinar.

Pemegang anugerah ini berhak mempamerkan

lambang tersebut pada alat tulis yang dicetak dan

pada produk mereka. Bagi anugerah eksport,

lambang itu mempunyai huruf E di tengahnya. Bagi

anugerah teknologi, ia mempunyai huruf T.

UMUMAnugerah/Hadiah
ELIZABETH II

Elizabeth II (1926– ) ialah ratu United

Kingdom dan ketua Negara-negara Komanwel.

Baginda menjadi ratu pada usia 25 tahun selepas

kemangkatan ayahandanya, George VI, pada 6 Februari

1952.

UMUM 
MELBOURNE, VISCOUNT

Melbourne, Viscount (1779–1848), William

Lamb, ialah Perdana Menteri United Kingdom (UK)

semasa Ratu Victoria menaiki takhta pada tahun

1837. Dia menjadi penasihat sulit ratu yang muda itu

dan mengajarnya tentang politik British serta

perlembagaan. Latihannya itu banyak menolong

membentuk watak Victoria sebagai ratu.

UMUM 
12345

Kembali ke atas