Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : /réda/ dgn ikhlas; rela. meredai menerima sesuatu dgn reda; merelai: Dia ~ segala kudrat Allah. meredakan membenarkan (melepaskan dll) dgn ikhlas; mengizinkan; merelakan: Dia ~ pemergian anaknya. keredaan perihal atau keadaan reda; keikhlasan; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; meredai merelai: jalan yg diredai Allah itu jalan Islam yg akan menenteramkan hidup; meredakan merelakan; keredaan kerelaan: terhasil sebuah masya­rakat yg berdisiplin, sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. mulai berkurang, hampir berhenti (angin ribut, hujan, dll): sebentar sahaja angin dan hujan pun ~; ledakan peluru dan bom boleh dikatakan ~; 2. semakin kurang (kemarahan, kerusuhan, panas, penyakit, dll), berkurang, tidak menghebat lagi (hawa nafsu dll), mulai tenang kembali: kebisingan masih belum ~; kemarahannya sudah mulai ~; tangisannya masih belum ~-~ lagi; per­bincangan mengenai soal itu belum juga ~; demamnya sudah mulai ~; 3. hampir habis, hampir hilang, kurang: kereta-kereta sudah ~ melintasi jalan; maka dgn hal yg demikian, ~lah sedikit tikus itu; bereda Mn berlindung, bernaung, berteduh; mereda menjadi reda: tangisannya agak ~ sedikit; pd masa ~nya gelora peperangan, kami berusaha membangun; meredakan menjadikan atau menyebabkan reda, menenangkan, mengamankan, mengu­rang­­­­kan (kemarahan dll): mereka berjaya ~ ketegangan-ketegangan dlm parti; ia ~ sedikit ketawanya; keredaan perihal reda, ketenangan, ke­aman­an, kekurangan: rasa hormat yg demikian itu dgn sendirinya membawa ketenangan sua­sana, ~ suara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
reda
1. Bersinonim dengan berhenti: sidang, redup, teduh, sereyat,

2. Bersinonim dengan berkurangan: semakin kurang, semakin pulih, semakin baik,

Kata Terbitan : meredakan, keredaan,
Rujuk :rela

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana hendak membezakan perkataan reda (teduh) dengan reda (rela,merelakan)Kedua-dua perkataan tersebut boleh dibezakan mengikut konteks sama ada dalam ayat, wacana dan sebagainya.Makna20.07.2007
Salam sejahtera, adakah penggunaan istilah 'reda' dalam ayat ini betul? "Air laut yang bergelora itu sudah reda." Sekian, terima kasih.Perkataan "reda" tidak gramatis dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang gramatis ialah "tenang".Lain-lain02.11.2015
1)reda atau redha 2)-nya atau -Nya (Allah)1)reda 2)-Nya (Allah)Ejaan01.11.2011
1) Bulan Ramadan atau bulan Ramadhan? 2) Redha atau reda?Ejaan yang betul ialah Ramadan dan reda.Ejaan20.02.2012
antara perkataan berikut yang mana betul? hadis @ hadith? redha @ reda? Mekah @ Makkah? saidina@sayidina?JAWAPAN BETUL HADIS, REDA, SAYIDINA, MEKAH @ MAKKAH-KEDUA-DUANYA BOLEH DIGUNAKAN.Ejaan09.08.2012
salam sejahtera, saya ingin pastikan sama ada ayat di bawah betul atau sebaliknya. Ani bersyukur kerana selepas beberapa hari, demamnya semakin susut/turun/reda. sekian terima kasih.Yang betul ialah Ani bersyukur kerana selepas beberapa hari, demamnya semakin reda. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bagi maksud redaTatabahasa15.07.2008
Cikgu DBP, adakah selepas ejaan “Redha" bertukar menjadi "Reda” sebagai kata pinjaman bahasa Melayu, bunyi sebutan akan berubah juga? Dengan ini maksudnya saya asalnya "Redha" disebut dengan bunyi -dh itu, iaitu Re-dha, tetapi selepas penyesuaian ejaan berlaku, maka bunyi h digugurkan dan hanya bunyi -d disebut, iaitu Re-da? Atau cara sebutan kata pinjaman "Reda“ ini masih kekal sama seperti ejaan asalnya, iaitu "Redha" walaupun ejaannya telah berubah?Ejaan yang betul ialah "Reda" berdasarkan pedoman ejaan bahasa Melayu. Kita masih menerima pakai buku istilah tersebut di samping Kamus Dewan Edisi Keempat dan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi, Sebutan, Jawi). Berkenaan bunyi sebutan, tuan bebas menyebutnya dengan bunyi "dh" tidak ada salahnya.

 

Ejaan04.07.2014
Saya ingin tahu mengapa ejaan redha ditukar kepada reda dan mengapa ejaan Y.Bhg ditukar kepada YBhg. Saya ingin tahu alasannya. Terima kasih.Proses penyerapan istilah asing mengutamakan bentuk visualnya, yakni bentuk ejaannya supaya sesuai dengan Sistem Ejaan Bahasa Melayu. Oleh itu, kata 'redha' dieja sebagai 'reda'. Sementara singkatan Y. Bhg. ditukarkan kepada YBhg kerana kependekan tidak perlu menggunakan titik dan untuk menyelaraskan penggunaan kependekan lain seperti YAB dan YB .Tatabahasa25.09.2007
Salam sejahtera,slogan KEMBARA SUFI MEMETIK REDA ILAHI tidak diterima pakai oleh pihak tuan dan diminta untuk tukar semula MEMETIK kepada UNTUK MENDAPATKAN. Bukankah ayat slogan yang asal adalah penggunaan metafora yang terddapat dalam kesusasteraan melayu.minta pihak tuan beri penjelasanSekiranya tuan/puan ingin mengekalkan perkataan “memetik”, kami mencadangkan slogan KEMBARA SUFI MEMETIK REDA ILAHI dibetulkan kepada KEMBARA SUFI MEMETIK KEREDAAN ILAHI kerana lazimnya perkataan “memetik” akan diikuti dengan kata nama, contohnya memetik pandangan, memetik titah, memetik laporan, memetik ayat dan memetik kenyataan.Tatabahasa27.07.2018
Selamat petang cikgu. Saya hendak menanyai cikgu tentang sebab ejaan perkataan "Ramadhan", "silaturrahim" dan "redha" perlu ditukar menjadi "Ramadan", "silaturahim" dan "reda" setelah penyerapan perkataan-perkataan ini ke dalam bahasa Melayu. Adakah pertukaran ejaan ini mempunyai sebab-sebab tertentu? Dan satu soalan lagi. Adakah pertukaran ejaan ini akan menjejaskan makna kata pinjaman itu? Contohnya, setelah "redha" ditukar ejaannya menjadi "reda", adakah maksud akan berubah?Ejaan yang betul ialah "Ramadan, silaturahim, reda". Ketiga-tiga perkataan ini telah diserap ke dalam bahasa Melayu dengan penyesuaian ejaan. Walau bagaimanapun, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut tidak berubah.Ejaan28.06.2014
123

Kembali ke atas