Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; meredai merelai: jalan yg diredai Allah itu jalan Islam yg akan menenteramkan hidup; meredakan merelakan; keredaan kerelaan: terhasil sebuah masya­rakat yg berdisiplin, sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. mulai berkurang, hampir berhenti (angin ribut, hujan, dll): sebentar sahaja angin dan hujan pun ~; ledakan peluru dan bom boleh dikatakan ~; 2. semakin kurang (kemarahan, kerusuhan, panas, penyakit, dll), berkurang, tidak menghebat lagi (hawa nafsu dll), mulai tenang kembali: kebisingan masih belum ~; kemarahannya sudah mulai ~; tangisannya masih belum ~-~ lagi; per­bincangan mengenai soal itu belum juga ~; demamnya sudah mulai ~; 3. hampir habis, hampir hilang, kurang: kereta-kereta sudah ~ melintasi jalan; maka dgn hal yg demikian, ~lah sedikit tikus itu; bereda Mn berlindung, bernaung, berteduh; mereda menjadi reda: tangisannya agak ~ sedikit; pd masa ~nya gelora peperangan, kami berusaha membangun; meredakan menjadikan atau menyebabkan reda, menenangkan, mengamankan, mengu­rang­­­­kan (kemarahan dll): mereka berjaya ~ ketegangan-ketegangan dlm parti; ia ~ sedikit ketawanya; keredaan perihal reda, ketenangan, ke­aman­an, kekurangan: rasa hormat yg demikian itu dgn sendirinya membawa ketenangan sua­sana, ~ suara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réda/ dgn ikhlas; rela. meredai menerima sesuatu dgn reda; merelai: Dia ~ segala kudrat Allah. meredakan membenarkan (melepaskan dll) dgn ikhlas; mengizinkan; merelakan: Dia ~ pemergian anaknya. keredaan perihal atau keadaan reda; keikhlasan; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 mula berkurang; hampir berhenti (bkn hujan ribut atau angin): Sebentar kemudian, angin dan hujan pun ~. 2 semakin kurang (bkn kemarahan, penyakit dll): Kemarahannya sudah mula ~. Tangisannya masih belum ~. meredakan menjadikan atau menyebabkan reda; menenangkan: Ia berjaya ~ kemarahan orang tua itu. keredaan keadaan atau hal reda; ketenangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reda
1. Bersinonim dengan berhenti: sidang, redup, teduh, sereyat,

2. Bersinonim dengan berkurangan: semakin kurang, semakin pulih, semakin baik,

Kata Terbitan : meredakan, keredaan,
Rujuk :rela

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
QANAAH

sifat berpada-pada iaitu berpuas hati atau reda dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki, yang dapat memenuhi keperluan hidupnya sama ada dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain

AGAMAKonsep
SANG NILA UTAMASANG NILA UTAMA (        – 1348), raja Melayu yang pertama bagi kerajaan Temasik (kini Singapura).  Baginda ialah putera sulung Sang Sapurba.  Menurut Sejarah Melayu, Sang Nila Utama dikata sedang bermain-main di Tanjung Bemban, baginda ternampak pantai Temasik.  Dia membawa rombongannya ke perairan Temasik, tetapi mereka hampir karam semasa menuju ke perairan Teluk Belanga, di selatan Temasik.  Setelah membuangkan mahkota baginda ke laut, barulah ribut itu reda.  Ketika Sang Nila Utama mendarat di pulau itu bersama-sama rombongannya, baginda ternampak seekor binatang yang tangkas berlalu di hadapan mereka.  Baginda diberitahu bahawa binatang itu ialah seekor singa, lantas baginda menamakan pulau itu ‘Singapura’ (kota singa).   Setelah itu, Sang Nila Utama membuka kerajaan dan baginda menjadi raja yang pertama dengan memakai gelaran Sri Tri Buana.  Baginda memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas