Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rim.bun] | ريمبو

Definisi : 1 banyak atau lebat daunnya: Pohon itu ~. 2 lebat atau tebal rambutnya: kepalanya ~ banyak atau lebat rambutnya. merimbun menjadi rimbun: Pokok kacang yg ditanamnya kian ~. rimbunan pohon-pohon yg rimbun. kerimbunan keadaan rimbun: ~ pohon-pohon itu menjadikannya sbg tempat berteduh yg selesa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[rim.bun] | ريمبو

Definisi : 1. lebat daunnya, berdaun dan ber­cabang-cabang banyak: pokok yg ~; pokok getah itu ~ semula; 2. lebat (rambut, bulu, dll), tebal (rambut, bulu, dll); kepala ~ berambut banyak; 3. memakai atau mem­punyai banyak (alat, pakaian, dll): pakaian dan perhiasan gadis itu telah ~; perahu yg ~ layarnya; suaminya itu tidaklah orang ter­buang melainkan ~ rampak dlm kaum­nya, ada beradik kakak; merimbun 1. sangat rimbun: ia pun berjalan menuju rumpun tebu yg ~; 2. menjadi rimbun: pokok-pokok lainnya tetap juga ~; merimbunkan 1. menjadikan rimbun; 2. menjadikan banyak: dia tidak akan berusaha ~ peninggalan ayahnya; didirikannya suatu besi penghalang dan dirimbunkan bara api di bawahnya; rimbunan 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternam-pak; kerimbunan perihal atau keadaan rimbun: ~ pohon-pohon di situ tentunya menyedia­kan tempat berteduh yg sangat nyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rimbun (adjektif)
1. Dalam konteks pokok
bersinonim dengan rendang, bumbun, rampak, rombok, ketel,

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan lebat, tebal, padat,
Berantonim dengan jarang.


Puisi
 

Beras padi dalam guni,
     Padi tidak rimbun lagi;
Maka dikarang warkah ini,
     Hati nan tidak bertahan lagi.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dulu rampak rimbun daun,
     kini 'lah sangat merarasi.

Bermaksud :

Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.

 

Lihat selanjutnya...(4)

552

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Ragam beragam, rimbun menyelara.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan ragam beragam, rimbun menyelara.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bushn 1. shrub, pokok [n] yg rimbun: a rose ~, pokok bunga mawar yg rimbun; 2. cluster of shrubs, belukar, semak(-semak); 3. woodland, hutan pokok bangkut; 4. (colloq) backcountry, (daerah) pedalaman, hulu: she lives out in the ~, dia tinggal di pedalaman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
massedadj 1. gathered in large numbers, bersekutu: the ~ bands of the armed forces, pancaragam bersekutu angkatan tentera; 2. (of plants) dense, rimbun: banks of ~ shrubs, pokok-pokok renek yg rimbun yg beKamus Inggeris-Melayu Dewan
opulentadj 1. wealthy, mewah; 2. richly fabricated, mewah; (of clothes) mahal: ~ decorations, hiasan mewah; an ~ dress, baju yg mahal; 3. luxuriant, rimbun: ~ vegetation, tumbuh-tumbuhan yg rimbun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
skulk the blackbird hopped about on the lawn, unaware of the cat ~ing in the shrubbery, burung hitam itu melompat-lompat di laman, tanpa menyedari ada seekor kucing terhendap-hendap dlm rimbun pokok renek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
falln 1. act, instance of dropping, a. (gen) jatuh(nya); break o’s ~, menampan jatuh sso: a thick bush broke his ~, pohon yg rimbun menampan jatuhnya; have a ~, jatuh: he had a ~ from the horse, dia jatuh dr kuda itu; in the ~, /semasa, ketika/ jatuh: he was badly hurt in the ~, dia cedera teruk semasa jatuh; b. (of tree) tumbang(nya); c. (of leaves) gugur(nya), luruh(nya): the autumn ~ of leaves, daun-daun gugur dlm musim luruh; d. (of fruit) gugur(nya), jatuh(nya): the ~ of an apple from a tree, epal gugur dr pokok; e. (of tower, roof, etc) runtuh(nya), roboh(nya): a large crowd watched the ~ of the tower, orang ramai melihat menara itu runtuh; f. (of rain, snow) turun(nya): a heavy ~ of snow, salji turun lebat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exuberantadj 1. abounding in high spirits, penuh semangat; (of person) riang dan penuh semangat: he was given an ~ welcome, dia diberi sambutan yg penuh semangat; she has always been an ~ person, dia memang orang yg riang dan penuh semangat; be in ~ spirits, riang dan penuh semangat: the students were in ~ spirits on the last day of term, penuntut-penuntut riang dan penuh semangat pd hari akhir penggal; 2. luxuriant, rimbun: plants with ~ foliage, tumbuh-tumbuhan yg rimbun daunnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
richadj 1. wealthy, kaya: a ~ merchant, saudagar kaya; the ~ countries of the world, negara-negara kaya di dunia; 2. well supplied or endowed, kaya: a book ~ in information, buku yg kaya dgn maklumat; the soil is ~ in nitrogen, tanah itu kaya dgn nitrogen; 3. fertile, subur: the ~ valley of the Nile, lembah Nil yg subur; 4. abundant, banyak: a ~ collection of stories, satu koleksi cerita yg banyak; from his ~ fund of experience, dr pengalamannya yg banyak; 5. valuable, berharga, bernilai: ~ gifts, pemberian yg berharga; 6. luxuriant, rimbun: a ~ growth of weeds, rumpai yg tumbuh rimbun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas