Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rim.bun] | ريمبو

Definisi : 1 banyak atau lebat daunnya: Pohon itu ~. 2 lebat atau tebal rambutnya: kepalanya ~ banyak atau lebat rambutnya. merimbun menjadi rimbun: Pokok kacang yg ditanamnya kian ~. rimbunan pohon-pohon yg rimbun. kerimbunan keadaan rimbun: ~ pohon-pohon itu menjadikannya sbg tempat berteduh yg selesa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[rim.bun] | ريمبو

Definisi : 1. lebat daunnya, berdaun dan ber­cabang-cabang banyak: pokok yg ~; pokok getah itu ~ semula; 2. lebat (rambut, bulu, dll), tebal (rambut, bulu, dll); kepala ~ berambut banyak; 3. memakai atau mem­punyai banyak (alat, pakaian, dll): pakaian dan perhiasan gadis itu telah ~; perahu yg ~ layarnya; suaminya itu tidaklah orang ter­buang melainkan ~ rampak dlm kaum­nya, ada beradik kakak; merimbun 1. sangat rimbun: ia pun berjalan menuju rumpun tebu yg ~; 2. menjadi rimbun: pokok-pokok lainnya tetap juga ~; merimbunkan 1. menjadikan rimbun; 2. menjadikan banyak: dia tidak akan berusaha ~ peninggalan ayahnya; didirikannya suatu besi penghalang dan dirimbunkan bara api di bawahnya; rimbunan 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternam-pak; kerimbunan perihal atau keadaan rimbun: ~ pohon-pohon di situ tentunya menyedia­kan tempat berteduh yg sangat nyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rimbun (adjektif)
1. Dalam konteks pokok
bersinonim dengan rendang, bumbun, rampak, rombok, ketel,

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan lebat, tebal, padat,
Berantonim dengan jarang.


Puisi
 

Beras padi dalam guni,
     Padi tidak rimbun lagi;
Maka dikarang warkah ini,
     Hati nan tidak bertahan lagi.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dulu rampak rimbun daun,
     kini 'lah sangat merarasi.

Bermaksud :

Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.

 

Lihat selanjutnya...(4)

552

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Ragam beragam, rimbun menyelara.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan ragam beragam, rimbun menyelara.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
382So many men, so many opinions.Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan.Ramai beragam, rimbun menyelaraA motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached.Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan ramai beragam, rimbun menyelara, saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
552There's no accounting for tastesDalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.Ragam beragam, rimbun menyelara.I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan ragam beragam, rimbun menyelara.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
544It takes all sorts to make a worldDalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.Ragam beragam, rimbun menyelara.I don't understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, it takes all sorts to make a world.Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan ragam beragam, rimbun menyelara.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas