Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rim.bun] | ريمبو

Definisi : 1 banyak atau lebat daunnya: Pohon itu ~. 2 lebat atau tebal rambutnya: kepalanya ~ banyak atau lebat rambutnya. merimbun menjadi rimbun: Pokok kacang yg ditanamnya kian ~. rimbunan pohon-pohon yg rimbun. kerimbunan keadaan rimbun: ~ pohon-pohon itu menjadikannya sbg tempat berteduh yg selesa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[rim.bun] | ريمبو

Definisi : 1. lebat daunnya, berdaun dan ber­cabang-cabang banyak: pokok yg ~; pokok getah itu ~ semula; 2. lebat (rambut, bulu, dll), tebal (rambut, bulu, dll); kepala ~ berambut banyak; 3. memakai atau mem­punyai banyak (alat, pakaian, dll): pakaian dan perhiasan gadis itu telah ~; perahu yg ~ layarnya; suaminya itu tidaklah orang ter­buang melainkan ~ rampak dlm kaum­nya, ada beradik kakak; merimbun 1. sangat rimbun: ia pun berjalan menuju rumpun tebu yg ~; 2. menjadi rimbun: pokok-pokok lainnya tetap juga ~; merimbunkan 1. menjadikan rimbun; 2. menjadikan banyak: dia tidak akan berusaha ~ peninggalan ayahnya; didirikannya suatu besi penghalang dan dirimbunkan bara api di bawahnya; rimbunan 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternam-pak; kerimbunan perihal atau keadaan rimbun: ~ pohon-pohon di situ tentunya menyedia­kan tempat berteduh yg sangat nyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rimbun (adjektif)
1. Dalam konteks pokok
bersinonim dengan rendang, bumbun, rampak, rombok, ketel,

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan lebat, tebal, padat,
Berantonim dengan jarang.


Puisi
 

Beras padi dalam guni,
     Padi tidak rimbun lagi;
Maka dikarang warkah ini,
     Hati nan tidak bertahan lagi.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dulu rampak rimbun daun,
     kini 'lah sangat merarasi.

Bermaksud :

Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.

 

Lihat selanjutnya...(4)

552

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Ragam beragam, rimbun menyelara.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan ragam beragam, rimbun menyelara.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Majalah

Dewan Budaya » 2012 » March
2012. Posted in: Nota Editor 0 Comments Ketajaman Pemikiran Johan admin on March 9th, 2012 Oleh Mohd. Fadzly Mohd Fairuz Tajuk: Nota Kaki Johan Jaafar Pengarang: Johan Jaafar Penerbit: Balang Rimbun Sendirian Berhad Tahun Terbitan: Cetakan Pertama (2010) Harga: RM60.00 (Semenanjung Malaysia) RM65.00 (Sabah/Sarawak) B uku Nota Kaki merupakan sebuah buku yang menghimpunkan makalah penulis tersohor tanah air

Kembali ke atas