Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.ngan] | ريڠن

Definisi : 1. tidak berat, enteng: kayu ~; bung­kusan yg ~ diangkat dgn sebelah tangan; 2. senang dilakukan atau dijalankan (pekerjaan, pembayaran, dll), mudah: pekerjaan guru bahasa bukanlah pekerjaan yg ~; 3. tidak mendalam (kandungannya dsb), tidak me­nimbulkan kerumitan atau kesulitan (kpd pembaca, pelajar, dsb): akhbar dan majalah yg popular sering memuatkan cerpen-cerpen yg bersifat ~; bahan-bahan bacaan ~; 4. tidak penting, tidak mustahak, enteng, kecil, remeh (perkara dll): sikap permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh di­pan­dang ~; dikenakan cukai yg ~; ke­sa­lah­­an ~ kesalahan yg kecil sahaja; per­bualan ~ perbualan mengenai perkara-perkara remeh; ­ najis ~ najis yg memadai disucikan dgn hanya menjirus air sahaja (kencing anak laki-laki di bawah umur dua tahun yg meminum susu ibunya sahaja); 5. tidak terlalu (sangat), tidak berbahaya (pe­nyakit dll), tidak berat: akibat drpd per­tempuran itu, beberapa orang men­dapat luka ~; 6. tidak memabukkan (mi­numan, tembakau, dll): mereka menyajikan minuman ~; 7. ringkas dan tidak mengenyang­kan (bkn makanan), hidangan makanan yg tidak begitu mengenyangkan (bkn jamuan): jamuan ~; 8. mudah, ringkas (pakaian): ia berpakaian ~; 9. perlahan, rendah (suara dll): kalimat itu diikuti oleh keluhan ~; ia me­lenggang ~ me­nuju ke daun pintu; 10. kecil-kecil, halus-halus, tidak lebat (hujan): kadang-kadang rintik-rintik hujan yg berpanjangan itu turun dgn kasarnya, kadang-kadang ~ pula; 11. cepat mengeluarkan buah (tanam­an): padi ~; pisang ~; ~ kaki suka berkunjung (melawat dll); ~ kepala mudah memahami (mengerti) ajaran; ~ mulut (lidah) a) peramah, lancar, dan fasih tutur katanya, suka bercakap; b) suka cerewet (banyak mulut); ~ tangan a) suka menolong, cepat berbuat sesuatu; b) suka mengambil hak orang, gemar mencuri; ~ tulang rajin bekerja, tangkas; ~ sama dijinjing, berat sama dipikul = berat sepikul, ~ sejinjing prb bersama-sama dlm suka dan duka atau sama-sama menger­jakan sesuatu; ~ tulang berat perut prb siapa yg rajin bekerja, ia banyak beroleh rezeki; beringan-ringan sl meringankan; meringani Mn; ~ datang dgn suka hati datang, sudi datang; meringankan 1. menjadikan ringan, meng­en­­teng­kan, memudahkan: ~ bebanan; dlm usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya ke­asli­­an penulisannya dikekalkan; 2. = me­ringan-ringankan menganggap ringan (mudah dll): ia sangat ~ agamanya; ia se­ngaja ~ hukum; pe­nyakit yg berjangkit tidak boleh diringan-ringan­kan; sembahyang tidak sekali-kali boleh diringan-ringankan; 3. ki mengurang­kan (hukuman): merayu supaya hukuman mati itu diringankan kpd penjara seumur hidup sahaja; ~ kaki sudi datang; memperingan menganggap lebih ringan (lebih mudah, lebih tidak bererti, dll): jangan engkau peringan ibadatmu kpd Allah; keringanan 1. perihal ringan: ia meminta ~, meminta dikurangkan bebannya; 2. ter­lampau ringan; peringanan perihal meringankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ringan (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang,
Berantonim dengan sukar

2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

Kata Terbitan : meringankan, memperingan,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Bermaksud :

Rajin dan giat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINUMAN RINGAN

Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol,

berperisa, yang disediakan dengan air bergas.

Minuman ini dinamakan ringan untuk

membezakannya daripada minuman keras

(beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan

sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah

minuman ringan yang paling banyak digunakan.

Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren,

anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di

banyak negara di dunia.

UMUM 
SISTEM TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT)

Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) ialah

sejenis pengangkutan kereta api elektrik. Terdapat

dua sistem transit aliran ringan yang beroperasi di

Lembah Klang, Malaysia, iaitu STAR-LRT dan PUTRALRT.

UMUM 
KAPAL UDARA

Kapal udara lebih ringan daripada pesawat.

Kapal udara mempunyai badan utama yang besar,

yang mengandungi gas yang lebih ringan daripada

udara

UMUM 
ZEPPELIN, FERDINAND VON

Zeppelin, Ferdinand von (1838–1917) ialah

perintis Jerman yang masyhur yang mencipta

kenderaan yang lebih ringan di udara. Dia

mencipta pesawat udara daripada beg gas, yang

disokong oleh kerangka ringan di bahagian

dalamnya. Pesawat udara ini dikuasai dan dikawal

oleh enjin.

UMUM 
SENJATA API

Senjata api ialah sebarang senjata yang

menggunakan serbuk letupan untuk

menembakkan peluru atau kelongsong.

Umumnya, istilah ini digunakan untuk senjata api

ringan seperti raifal, senapang patah, dan pistol.

Ia biasanya dikenali sebagai senjata api ringan .

Senjata api yang lebih berat biasanya dirujuk

kepada artileri .

UMUM 
DUK

Duk ialah kanvas ringan yang biasanya dibuat

daripada linen, kapas atau serat sintetik yang

ditenun kosong atau tidak bercorak.

UMUM 
POLISTIRENA

Polistirena ialah bahan plastik bak kaca, ringan

yang digunakan dalam pelbagai barang. Keluaran

yang dibuat daripada polistirena termasuklah

pembungkus makanan, penebat, barang rumah, dan

bahagian kereta.

UMUM 
KAYAK

Kayak ialah sejenis sampan yang ringan dan

sempit yang kelihatan seperti kanu tetapi

mempunyai dek yang tertutup. Dek itu mempunyai

satu hingga empat tempat terbuka yang disebut

sebagai kokpit.

UMUM 
KEKABU

Kekabu ialah serat bak kapas yang ringan, lembut

dan berkilat. Ia terdiri daripada terutamanya

selulos bahan tumbuhan. Kekabu datangnya

daripada lenggai biji kekabu. Pokok kekabu

tumbuh di Indonesia, Malaysia, Filipina, India, Sri

Lanka, bahagian tropika Amerika dan Afrika.

UMUM 
KARBIN

Karbin ialah senapang yang pendek dan ringan.

Beratnya kira-kira 3.2 kilogram, atau kira-kira 1.4

kilogram kurang daripada berat sepucuk senapang

biasa.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas