Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.ngan] | ريڠن

Definisi : 1. tidak berat, enteng: kayu ~; bung­kusan yg ~ diangkat dgn sebelah tangan; 2. senang dilakukan atau dijalankan (pekerjaan, pembayaran, dll), mudah: pekerjaan guru bahasa bukanlah pekerjaan yg ~; 3. tidak mendalam (kandungannya dsb), tidak me­nimbulkan kerumitan atau kesulitan (kpd pembaca, pelajar, dsb): akhbar dan majalah yg popular sering memuatkan cerpen-cerpen yg bersifat ~; bahan-bahan bacaan ~; 4. tidak penting, tidak mustahak, enteng, kecil, remeh (perkara dll): sikap permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh di­pan­dang ~; dikenakan cukai yg ~; ke­sa­lah­­an ~ kesalahan yg kecil sahaja; per­bualan ~ perbualan mengenai perkara-perkara remeh; ­ najis ~ najis yg memadai disucikan dgn hanya menjirus air sahaja (kencing anak laki-laki di bawah umur dua tahun yg meminum susu ibunya sahaja); 5. tidak terlalu (sangat), tidak berbahaya (pe­nyakit dll), tidak berat: akibat drpd per­tempuran itu, beberapa orang men­dapat luka ~; 6. tidak memabukkan (mi­numan, tembakau, dll): mereka menyajikan minuman ~; 7. ringkas dan tidak mengenyang­kan (bkn makanan), hidangan makanan yg tidak begitu mengenyangkan (bkn jamuan): jamuan ~; 8. mudah, ringkas (pakaian): ia berpakaian ~; 9. perlahan, rendah (suara dll): kalimat itu diikuti oleh keluhan ~; ia me­lenggang ~ me­nuju ke daun pintu; 10. kecil-kecil, halus-halus, tidak lebat (hujan): kadang-kadang rintik-rintik hujan yg berpanjangan itu turun dgn kasarnya, kadang-kadang ~ pula; 11. cepat mengeluarkan buah (tanam­an): padi ~; pisang ~; ~ kaki suka berkunjung (melawat dll); ~ kepala mudah memahami (mengerti) ajaran; ~ mulut (lidah) a) peramah, lancar, dan fasih tutur katanya, suka bercakap; b) suka cerewet (banyak mulut); ~ tangan a) suka menolong, cepat berbuat sesuatu; b) suka mengambil hak orang, gemar mencuri; ~ tulang rajin bekerja, tangkas; ~ sama dijinjing, berat sama dipikul = berat sepikul, ~ sejinjing prb bersama-sama dlm suka dan duka atau sama-sama menger­jakan sesuatu; ~ tulang berat perut prb siapa yg rajin bekerja, ia banyak beroleh rezeki; beringan-ringan sl meringankan; meringani Mn; ~ datang dgn suka hati datang, sudi datang; meringankan 1. menjadikan ringan, meng­en­­teng­kan, memudahkan: ~ bebanan; dlm usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya ke­asli­­an penulisannya dikekalkan; 2. = me­ringan-ringankan menganggap ringan (mudah dll): ia sangat ~ agamanya; ia se­ngaja ~ hukum; pe­nyakit yg berjangkit tidak boleh diringan-ringan­kan; sembahyang tidak sekali-kali boleh diringan-ringankan; 3. ki mengurang­kan (hukuman): merayu supaya hukuman mati itu diringankan kpd penjara seumur hidup sahaja; ~ kaki sudi datang; memperingan menganggap lebih ringan (lebih mudah, lebih tidak bererti, dll): jangan engkau peringan ibadatmu kpd Allah; keringanan 1. perihal ringan: ia meminta ~, meminta dikurangkan bebannya; 2. ter­lampau ringan; peringanan perihal meringankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ringan (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang,
Berantonim dengan sukar

2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

Kata Terbitan : meringankan, memperingan,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Bermaksud :

Rajin dan giat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Majalah

Dewan Masyarakat | Antara Manila dengan Jakarta
di di kota Manila. Di sinilah berlakunya demonstrasi damai anjuran kumpulan People Power Revolution untuk menggulingkan Presiden Filipina Ferdinand Marcos pada 1986. EDSA terletak di jalan utama sistem transit aliran ringan antara bahagian utara dengan selatan Manila. Dari segi sejarah, lokasi EDSA merangkumi separuh Manila dan Manila Bay, serta menyusuri jalan raya yang sentiasa sesak di kawasan perniagaan dari Makati dan lalu lintas HOV. EDSA mempunyai sedikit kelebihan jika dibandingkan dengan Jalan Sudirman dan Jalan Thamrin di Jakarta. Walaupun sesak, EDSA mempunyai perancangan bandar yang teratur dengan adanya sistem transit aliran ringan. Salah satu sistem transit aliran ringan merupakan rangkaian tiga laluan pengangkutan sepanjang 45 kilometer yang mampu menampung kira-kira sejuta orang penumpang setiap hari. Dengan kepadatan penduduk di Manila sebanyak
Dewan Budaya » 2015 » October
berlaku pertempuran antara penduduk Kampung Manggis, yang bertindak sebagai pengawal kampung, dengan segerombolan pengganas komunis. Semua anggota pengawal kampung serta Leha dan Dina terbunuh. Hanya Ramlah yang terselamat – cuma cedera ringan dan pengsan – daripada malapetaka tersebut. Pertanyaan yang ditimbulkan oleh kedua-dua orang murid itu memang menarik walaupun tiada jawapan diperoleh. Yang pertama, pertanyaan tersebut menunjukkan bahawa kedua-dua orang murid
Dewan Masyarakat | 2011 | Mei
pada mereka untuk membawa penulis ke mana-mana destinasi yang mahu dituju. Kebergantungan ini tambah kuat apabila penulis berada di negara yang tidak mempunyai pengangkutan awam alternatif seperti transit aliran ringan. Jadi, demi keselesaan dan keselamatan, teksi menjadi pilihan terbaik untuk penulis […] Share Di Eropah dan Barat, mereka mengutamakan hak individu. Bagi mereka, setiap individu berhak melakukan sesuatu perkara yang diinginkannya
Dewan Masyarakat | 2012 | Februari
pada mereka untuk membawa penulis ke mana-mana destinasi yang mahu dituju. Kebergantungan ini tambah kuat apabila penulis berada di negara yang tidak mempunyai pengangkutan awam alternatif seperti transit aliran ringan. Jadi, demi keselesaan dan keselamatan, teksi menjadi pilihan terbaik untuk penulis […] Share Rencana Berkaitan ISA di Penghujung Jalan Video Berkaitan Penambahbaikan pengganti ISA, ISA diganti dengan akta baharu, ISA isu
Dewan Masyarakat | Hiburan
pada mereka untuk membawa penulis ke mana-mana destinasi yang mahu dituju. Kebergantungan ini tambah kuat apabila penulis berada di negara yang tidak mempunyai pengangkutan awam alternatif seperti transit aliran ringan. Jadi, demi keselesaan dan keselamatan, teksi menjadi pilihan terbaik untuk penulis […] Share Anggapan bahawa golongan muda merupakan “budak mentah” dalam politik, sebenarnya sering kali memakan tuan. Memandang mereka sebelah mata
Dewan Masyarakat | 2014 | Januari
pada mereka untuk membawa penulis ke mana-mana destinasi yang mahu dituju. Kebergantungan ini tambah kuat apabila penulis berada di negara yang tidak mempunyai pengangkutan awam alternatif seperti transit aliran ringan. Jadi, demi keselesaan dan keselamatan, teksi menjadi pilihan terbaik untuk penulis […] Share Editor Dewan Masyarakat dalam talian mengaitkan Piala Dunia 2010 dengan bahasa serta peranan maklumat tanpa batasan. Share UPNM

Kembali ke atas