Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.ngan] | ريڠن

Definisi : 1. tidak berat, enteng: kayu ~; bung­kusan yg ~ diangkat dgn sebelah tangan; 2. senang dilakukan atau dijalankan (pekerjaan, pembayaran, dll), mudah: pekerjaan guru bahasa bukanlah pekerjaan yg ~; 3. tidak mendalam (kandungannya dsb), tidak me­nimbulkan kerumitan atau kesulitan (kpd pembaca, pelajar, dsb): akhbar dan majalah yg popular sering memuatkan cerpen-cerpen yg bersifat ~; bahan-bahan bacaan ~; 4. tidak penting, tidak mustahak, enteng, kecil, remeh (perkara dll): sikap permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh di­pan­dang ~; dikenakan cukai yg ~; ke­sa­lah­­an ~ kesalahan yg kecil sahaja; per­bualan ~ perbualan mengenai perkara-perkara remeh; ­ najis ~ najis yg memadai disucikan dgn hanya menjirus air sahaja (kencing anak laki-laki di bawah umur dua tahun yg meminum susu ibunya sahaja); 5. tidak terlalu (sangat), tidak berbahaya (pe­nyakit dll), tidak berat: akibat drpd per­tempuran itu, beberapa orang men­dapat luka ~; 6. tidak memabukkan (mi­numan, tembakau, dll): mereka menyajikan minuman ~; 7. ringkas dan tidak mengenyang­kan (bkn makanan), hidangan makanan yg tidak begitu mengenyangkan (bkn jamuan): jamuan ~; 8. mudah, ringkas (pakaian): ia berpakaian ~; 9. perlahan, rendah (suara dll): kalimat itu diikuti oleh keluhan ~; ia me­lenggang ~ me­nuju ke daun pintu; 10. kecil-kecil, halus-halus, tidak lebat (hujan): kadang-kadang rintik-rintik hujan yg berpanjangan itu turun dgn kasarnya, kadang-kadang ~ pula; 11. cepat mengeluarkan buah (tanam­an): padi ~; pisang ~; ~ kaki suka berkunjung (melawat dll); ~ kepala mudah memahami (mengerti) ajaran; ~ mulut (lidah) a) peramah, lancar, dan fasih tutur katanya, suka bercakap; b) suka cerewet (banyak mulut); ~ tangan a) suka menolong, cepat berbuat sesuatu; b) suka mengambil hak orang, gemar mencuri; ~ tulang rajin bekerja, tangkas; ~ sama dijinjing, berat sama dipikul = berat sepikul, ~ sejinjing prb bersama-sama dlm suka dan duka atau sama-sama menger­jakan sesuatu; ~ tulang berat perut prb siapa yg rajin bekerja, ia banyak beroleh rezeki; beringan-ringan sl meringankan; meringani Mn; ~ datang dgn suka hati datang, sudi datang; meringankan 1. menjadikan ringan, meng­en­­teng­kan, memudahkan: ~ bebanan; dlm usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya ke­asli­­an penulisannya dikekalkan; 2. = me­ringan-ringankan menganggap ringan (mudah dll): ia sangat ~ agamanya; ia se­ngaja ~ hukum; pe­nyakit yg berjangkit tidak boleh diringan-ringan­kan; sembahyang tidak sekali-kali boleh diringan-ringankan; 3. ki mengurang­kan (hukuman): merayu supaya hukuman mati itu diringankan kpd penjara seumur hidup sahaja; ~ kaki sudi datang; memperingan menganggap lebih ringan (lebih mudah, lebih tidak bererti, dll): jangan engkau peringan ibadatmu kpd Allah; keringanan 1. perihal ringan: ia meminta ~, meminta dikurangkan bebannya; 2. ter­lampau ringan; peringanan perihal meringankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ringan (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang,
Berantonim dengan sukar

2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

Kata Terbitan : meringankan, memperingan,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Bermaksud :

Rajin dan giat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
light bagbeg ringanSukanTiadaSebuah beg ringan berbentuk silinder yang diisikan kain perca dan digantung untuk latihan menumbuk.
pozzolanic aggregateagregat pozolanaKejuruteraanKejuruteraan Bangunanagregat ringan yang digunakan dalam permukaan konkrit yang tidak terdapat sifat-sifat penyimenan seperti silika tiruan. agregat ringan ini akan bertindak balas dengan kapur dan bahan-bahan simen portland apabila dicampurkan dengan air pada suhu udara biasa. ia digunakan dalam pembuatan struktur daripada konkrit ringan.
light fractionpecahan ringanKejuruteraanTiadaPecahan yang mempunyai kandungan isotop ringan yang lebih besar.
slight accidentkemalangan ringanKejuruteraan AutomotifTiadaKemalangan yang melibatkan kecederaan ringan dan mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar atau dirawat sendiri.
light endspecahan ringanKejuruteraanTiadaPecahan petroleum yang terdiri daripada kerosin ringan, gasolin, heptana dan gas asli.
light aircraftpesawat udara ringanAeroangkasaTiadaPesawat udara yang kecil dan ringan yang digunakan untuk penerbangan am dan rekreasi. Berat maksimum berlepas tidak melebihi 5,700 kg. [12,500 lbs.]
lightweight concretekonkrit ringanKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit yang dibentuk dengan menggunakan agregat ringan dan mempunyai ketumpatan di antara 300 kg/m3 hingga 1850 kg/m3.
lightweight aggregateagregat ringanKejuruteraanTiada, yang digunakan dalam konkrit tak bertetulang untuk membina struktur jenis ringan dan bertebatan tinggi.
lightweight concretekonkrit ringanKejuruteraanTiadaKonkrit tak halus, konkrit berudara dan konkrit yang diperbuat daripada batu baur ringan, atau gabungan dua daripadanya.
ligth hardwoodskayu keras ringanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSingkatan KKR. Kumpulan Kayu Keras Malaysia yang ringan dan lembut berdasarkan Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984, yang mempunyai ketumpatan yang biasanya berjulat antara 400 hingga 750 kg/m3 pada kandungan lembapan 15 peratus. Kumpulan kayu ini lebih dikenali sebagai kayu untuk kegunaan am, mempunyai nilai ketahanan semula jadi yang rendah, dan perlu diawet sebelum digunakan. Terdapat lebih daripada 50 spesies dagangan yang utama, dan antaranya ialah meranti merah tua, meranti merah muda, jelutung, dan nyatuh.
12345678910...

Kembali ke atas