Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : tidak panjang (bkn cerita, karangan, laporan dll); pendek: Jawab soalan ini dgn ~. laporan ~. meringkaskan menjadikan pendek atau singkat (bkn cerita, laporan dll); menyingkatkan; memendekkan: Murid-murid diajar cara-cara ~ karangan. teringkas ringkas sekali; paling ringkas. ringkasan sesuatu yg telah diringkaskan; inti sari drpd sesuatu cerita dll; singkatan. keringkasan keadaan atau sifat ringkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya ~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll): laporan yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan ~ jalan yg singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya pen­dek­­­nya; ~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll); 3. tidak banyak olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya ~ dan mudah diajak berunding; meringkaskan 1. menjadikan ringkas, men­jadikan kecil supaya tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dll), meng­ikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan; ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; keringkasan perihal, keadaan atau sifat ring­­­kas: pentingnya bahan ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya; peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
simple sugargula ringkasMakanan dan PemakananMakananMolekul karbohidrat asas bagi karbohidrat yang lebih besar seperti sukrosa, selulosa dan kanji. Gula ringkas juga dikenali sebagai monosakarida, iaitu glukosa, galaktosa dan fruktosa. Gula ringkas cepat diserap oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga.
carbohydratekarbohidratMakanan dan PemakananPemakananSumber tenaga dalam diet yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Karbohidrat terbahagi kepada bentuk ringkas dan kompleks. Karbohidrat ringkas terdiri daripada monosakarida seperti glukosa, fruktosa dan galaktosa, serta disakarida seperti sukrosa, maltosa dan laktosa. Manakala karbohidrat kompleks terdiri daripada polisakarida seperti kanji dan serabut.
simple sourcesumber ringkasFizikAkustiklih. sumber bunyi ringkas.
sampel sound sourcesumber bunyi ringkasFizikAkustikSumber yang memancarkan gelombang bunyi secara seragam pada semua arah dalam keadaan yang bebas dari isyarat medan. Sumber bunyi, sumber ringkas.
carpelkarpelBotaniTiadaRuang dalam ovari yang menghasilkan oval. Karpel terdiri daripada dua jenis, iaitu karpel ringkas dan karpel bercantum. Karpel ringkas hanya mengandungi beberapa karpel yang bercantum antara satu sama lain.
pistilpistilBotaniTiadaOrgan pembiakan betina tumbuhan yang terdiri daripada ovari, stil dan stigma. Pistil terbahagi kepada dua jenis, iaitu pistil ringkas dan pistil majmuk. Pistil ringkas mengandungi satu karpel sahaja manakala pistil majmuk mengandungi beberapa karpel yang bertaut. Lihat juga karpel.
complex saltgaram kompleksKimiaTiadaGaram yang terbentuk daripada tindak balas kation kompleks seperti [Cu(NH3)4]2+ dengan anion ringkas seperti CI-, untuk menghasilkan Cu(NH3)4CI2; atau daripada tindak balas kation ringkas seperti Na+ dengan anion kompleks seperti [AIF6]3-, untuk menghasilkan Na3AIF6; atau daripada tindak balas kation kompleks seperti [Co(III)(NH3)6]3+ dengan anion kompleks seperti [Co(III)(NO2)6]3-, untuk menghasilkan [Co(III)(NH3)6] [Co(III)-(NO2)6].
public service announcementpengumuman khidmat awamKomunikasiKorporatMesej ringkas yang dihasilkan dalam bentuk filem, video atau audio untuk siaran radio, televisyen dan filem. Mesej pengumuman khidmat awam mengandungi maklumat yang bertujuan untuk memberikan perkhidmatan maklumat, nasihat, penjelasan, dan peringatan mengenai sesuatu yang memberikan kepentingan kepada khalayak. Sumber maklumat ini biasanya disediakan oleh pihak bertanggungjawab yang mempunyai urusan dengan aktiviti masyarakat, seperti agensi kesihatan, pendidikan, keselamatan, dan penyelia kemudahan awam. Mesej biasanya ringkas dan bersifat langsung supaya mudah difahami. Sumber mesej juga dicatatkan supaya maklumat lebih berwibawa. Mesej dibentuk dan disediakan secara kreatif dalam bentuk audiovisual untuk televisyen, dan audio untuk siaran radio. Adakalanya persembahan mesej disokong dalam bentuk dramatik, penyataan langsung, atau dendang. Pengumuman khidmat awam di televisyen boleh juga disiarkan secara gerak lintang, sama ada di bahagian bawah atau di atas skrin, atau di sudut tertentu di skrin berkenaan
metabolismmetabolismeMakanan dan PemakananPemakananKesemua proses biokimia dalam badan yang melibatkan tenaga. Metabolisme terbahagi kepada anabolisme dan katabolisme. Anabolisme ialah proses pembentukan sebatian yang lebih kompleks daripada gabungan molekul ringkas. Katabolisme pula ialah proses molekul kompleks dipecahkan menjadi molekul ringkas.
simple pendulumbandul ringkasFizikMekanikBandul yang terdiri daripada sebuah jasad kecil tetapi berat dan tergantung pada seutas tali yang jisimnya terabaikan pada suatu titik tetap supaya bandul itu dapat bebas berayun pada suatu satah tegak. Tempoh bagi ayunan yang berlaku dengan hala tertentu diberikan oleh persamaan: Rujuk buku asal Kamus Fizik Mekanik halaman 8 (.. = tempoh, .. = panjang tali/panjang kawat, .. = pecutan graviti)
12345678910...

Kembali ke atas