Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.mun] | سامون

Definisi : belukar. semak ~ semak-semak dan belukar yg terbiar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.mun] | سامون

Definisi : ; ~ gurun tumbuh-tumbuhan (semak dan belukar) di kawasan yg berhampiran dgn padang pasir; semak ~ semak dan belukar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.mun] | سامون

Definisi : = ~ sakal perampasan dgn paksa (aniaya); ~ sakal berdarah tangan prb sesuatu yg diperiksa (disiasat) hendaklah ada buktinya; menyamun merampas di tengah jalan dll (dgn paksa): lapan orang lanun telah ~ sebuah perahu nelayan; samunan hasil rampasan; kesamunan kehilangan kerana disamun orang; penyamunan perihal menyamun, peram­pasan; penyamun orang yg menyamun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
samun
Kata Terbitan : menyamun, samunan, penyamunan, kesamunan,

Peribahasa

Kicang-kecoh ciak.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Samun sakal berdarah tangan). kicang-kecoh = tipu daya; ciak = dakwa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jujuk[dZu.dZu/]kata kerja1. menyiasatKih samun tu, poleh dapak jujuk sapa buleh igak semo penyamun, tok ningga sore abuk.[kih sA.mun tu p.leh dA.pA/ dZu.dZu/ sA.pA bu.leh i.gA/ s:«.m p«.øA.mun t/ n:iN.gA s:.ÄE A.bo/]Kes samun tu, polis dapat siasat sampai tertangkap semua penyamun, tak terkecuali seorangpun.

Kembali ke atas