Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.rat] | سارت

Definisi : 1 terlalu banyak berisi sesuatu sehingga penuh atau berat: Keretanya ~ dgn buah langsat dan rambutan. 2 mengandung atau hamil dan hampir akan bersalin: Isterinya sedang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.rat] | سارت

Definisi : 1. terlalu banyak (muatan, bebanan, buah, dll) hingga berat atau penuh: maka pilu itu disuruh baginda isi dgn sagu rendang sampai ~; bagai pinang ~ berbuah; badan­nya sudah ~ dgn pakaian dan perhiasan; 2. ki penuh berisi (dgn air, fikiran, harapan, kesusahan, dll): lapisan atas tanah itu ~ dgn air; dadanya ~ dgn harapan besar utk masa depan; 3. mengandung (hamil, bunting) dan hampir akan bersalin: isterinya yg sudah ~ mengandung; menyarat, menyarat-nyarat ark penuh sekali, sangat penuh; menyarati menjadikan penuh berisi, me-menuhi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sarat (adjektif)
1. Bersinonim dengan terlalu banyak: penuh, padat, pepak, tapu, sesak, cukup, merepah, mengendeh, mampat, ketel, padu, kimpal, pisik, sintal, antap, tumpat, sendat, tetal, antep, tepu,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan mengandung: hamil, bunting, hampir bersalin, berisi, berbadan dua, lekat perut, dalam tian, besar perut, membawa perut,
Berantonim dengan kempis

Kata Terbitan : menyarat, menyarat-nyarat, menyarati,

Puisi
 

Sarat bermuat dari seberang,
     Patah tiang kayu kelat;
Adakah kucing cintakan musang,
     Ayam terbang tikus melompat.


Lihat selanjutnya...(37)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Malam Sarat Mengandung KisahBaha ZainDewan Sastra15 July 1972
'Kerana Seringgit' sarat nilai kekeluargaanAiza Akma RamlanMedia Hiburan10 March 2007
Kios DBP sarat aktiviti menjana mindaSyahida AhmadDewan Bahasa1 September 2006
Novel yang sarat dengan kepiluan [Ulasan buku Kumpulan Cerpen Malam Kemerdekaan...Aida AhmadTunas Cipta1 January 2005
Potret Mistik sarat adegan suspenKhairul AmriMedia Hiburan5 February 2005
Puisi-puisi yang sarat dengan idea dan watakBaha ZainPerisa: jurnal puisi Melayu, jil.2,19941 January 1994
Kisah benar KLM1 sarat emosiKhairul AmriMedia Hiburan3 September 2005
'Anak Mami Kembali' sarat dengan kritikan dan sindiranAzran HussinMedia Hiburan17 September 2005
Jong bocor, muatan saratKasturiDewan Budaya1 April 1996
"Cerita dari Sebuah Taman" Sarat Unsur pengabdianSharif PuteraDewan Sastera1 May 2003
12

Kembali ke atas