Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.rat] | سارت

Definisi : 1 terlalu banyak berisi sesuatu sehingga penuh atau berat: Keretanya ~ dgn buah langsat dan rambutan. 2 mengandung atau hamil dan hampir akan bersalin: Isterinya sedang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.rat] | سارت

Definisi : 1. terlalu banyak (muatan, bebanan, buah, dll) hingga berat atau penuh: maka pilu itu disuruh baginda isi dgn sagu rendang sampai ~; bagai pinang ~ berbuah; badan­nya sudah ~ dgn pakaian dan perhiasan; 2. ki penuh berisi (dgn air, fikiran, harapan, kesusahan, dll): lapisan atas tanah itu ~ dgn air; dadanya ~ dgn harapan besar utk masa depan; 3. mengandung (hamil, bunting) dan hampir akan bersalin: isterinya yg sudah ~ mengandung; menyarat, menyarat-nyarat ark penuh sekali, sangat penuh; menyarati menjadikan penuh berisi, me-menuhi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sarat (adjektif)
1. Bersinonim dengan terlalu banyak: penuh, padat, pepak, tapu, sesak, cukup, merepah, mengendeh, mampat, ketel, padu, kimpal, pisik, sintal, antap, tumpat, sendat, tetal, antep, tepu,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan mengandung: hamil, bunting, hampir bersalin, berisi, berbadan dua, lekat perut, dalam tian, besar perut, membawa perut,
Berantonim dengan kempis

Kata Terbitan : menyarat, menyarat-nyarat, menyarati,

Puisi
 

Sarat bermuat dari seberang,
     Patah tiang kayu kelat;
Adakah kucing cintakan musang,
     Ayam terbang tikus melompat.


Lihat selanjutnya...(37)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ladenadj sarat: the heavily ~ truck laboured up the hill, trak yg sarat itu merangkak menaiki bukit; the basket was ~ with gifts, bakul itu sarat dgn hadiah; his grief-~ heart, hatinya yg sarat dgn kesedihan; a mind ~ with guilt, fikiran yg sarat dgn rasa bersalah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ladenadj sarat: the heavily ~ truck laboured up the hill, trak yg sarat itu merangkak menaiki bukit; the basket was ~ with gifts, bakul itu sarat dgn hadiah; his grief-~ heart, hatinya yg sarat dgn kesedihan; a mind ~ with guilt, fikiran yg sarat dgn rasa bersalah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loadedadj 1. laden, brimming, penuh sarat: a ~ car, kereta yg penuh sarat; she entered the room with a ~ tray, dia masuk ke bilik itu dgn membawa dulang yg penuh sarat; 2. (of dice) dadu tipu: the dice are ~ so that the 6 always lands underneath, dadu itu dadu tipu, sebab itulah angka 6 sentiasa ke bawah; 3. (of remark, word, etc) charged, bermuslihat: her ~ statement triggered off an argument, kenyataannya yg bermuslihat menimbulkan pertengkaran; it was a ~ question, itu satu soalan yg bermuslihat; 4. containing ammunition, berisi peluru: he aimed the ~ gun at his victims, dia mengacukan pistol yg berisi peluru ke arah mangsanya; 5. (colloq) very rich, sangat kaya, banyak duit: she can afford to go abroad for a holiday, her father is ~, dia mampu utk bercuti di luar negeri krn bapanya sangat kaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
load~ down; be ~ed down with, a. (parcels, boxes, etc) penuh sarat dgn: the trolley is ~ed down with heavy luggage, troli itu sarat dgn bagasi yg berat; b. (responsibility, work, etc) dibebani: he seemed to be ~ed down with financial problems, dia nampaknya dibebani masalah kewangan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overloadvt 1. (usu pass.) put too great a load on, (act.) menyaratkan; (pass.) sarat (dgn + approp n): many drivers ~ their trucks, banyak pemandu yg menyaratkan lori-lori mereka; an ~ed mule, baghal yg sarat dgn muatan; according to the report, the boat was ~ed (with people), mengikut laporan itu, kapal terbang tersebut sarat dgn penumpang; 2. (electr) mempunyai beban lebih: the fuse will blow if the circuit is ~ed, fius itu akan terbakar jika litar mempunyai beban lebih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pack14. (usu pass.) cram, penuh sesak; (of book etc) sarat: the hall was ~ed with people, dewan itu penuh sesak dgn orang; the book is ~ed with information, buku itu sarat dgn maklumat; 5. settle into a mass,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
big~ brother, abang; ~ sister, kakak; ~ toe, ibu jari kaki; be ~ with child, sarat (mengandung); have a ~ heart, pemurah dan baik hati; in a ~ way, secara besar-besaran; be too ~ for o’s /boots, breeches/, besar kepala;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goldn 1. (metal) emas: the ship was loaded with ~ bullion, kapal itu sarat dgn jongkong emas; 18-carat ~, emas 18 karat; currencies backed by ~, mata wang yg disandari emas; a ~ ring, cincin emas; a ~ mine, lombong emas; 2. objects made of gold, emas: eight million dollars worth of ~ and diamonds were reported missing from the safe, emas dan berlian bernilai lapan juta dolar dilaporkan hilang dr peti besi itu; 3. (colloq) gold medal, pingat emas; 4. (rhet) wealth, riches, harta kekayaan; 5. colour of gold, warna keemasan: he could see the ~ of her hair through the trees, dia dapat melihat rambutnya yg berwarna keemasan dr celah-celah pokok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
impedimentan (fml) baggage, travelling equipment, supplies etc, kelengkapan; (humorous) barang(-barang): supply trucks loaded with ~, trak bekalan yg sarat dgn kelengkapan; he brought along his wife, two cats, three goats and various other ~, dia membawa isterinya, dua ekor kucing, tiga ekor kambing dan pelbagai barang lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heavy~ going, difficult, laborious, sukar (utk) + approp v: the driver found it ~ going to get through to the main road, pemandu itu mendapati sukar utk sampai ke jalan besar; children will find this book ~ going, kanak-kanak akan merasakan bahawa buku ini sukar dibaca; ~ industry, industri berat; a ~ sigh, mengeluh panjang; a ~ sleeper, orang yg tidur /mati, nyenyak/; a ~ /smoker, drinker/, kaki /rokok, minum/; ~ with, sarat dgn: the branches were ~ with ripe fruits, dahan-dahan sarat dgn buah-buah yg masak; ~ with /child, young/, sarat; ~ with sleep, mengantuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas