Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.rat] | سارت

Definisi : 1 terlalu banyak berisi sesuatu sehingga penuh atau berat: Keretanya ~ dgn buah langsat dan rambutan. 2 mengandung atau hamil dan hampir akan bersalin: Isterinya sedang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.rat] | سارت

Definisi : 1. terlalu banyak (muatan, bebanan, buah, dll) hingga berat atau penuh: maka pilu itu disuruh baginda isi dgn sagu rendang sampai ~; bagai pinang ~ berbuah; badan­nya sudah ~ dgn pakaian dan perhiasan; 2. ki penuh berisi (dgn air, fikiran, harapan, kesusahan, dll): lapisan atas tanah itu ~ dgn air; dadanya ~ dgn harapan besar utk masa depan; 3. mengandung (hamil, bunting) dan hampir akan bersalin: isterinya yg sudah ~ mengandung; menyarat, menyarat-nyarat ark penuh sekali, sangat penuh; menyarati menjadikan penuh berisi, me-menuhi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sarat (adjektif)
1. Bersinonim dengan terlalu banyak: penuh, padat, pepak, tapu, sesak, cukup, merepah, mengendeh, mampat, ketel, padu, kimpal, pisik, sintal, antap, tumpat, sendat, tetal, antep, tepu,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan mengandung: hamil, bunting, hampir bersalin, berisi, berbadan dua, lekat perut, dalam tian, besar perut, membawa perut,
Berantonim dengan kempis

Kata Terbitan : menyarat, menyarat-nyarat, menyarati,

Puisi
 

Sarat bermuat dari seberang,
     Patah tiang kayu kelat;
Adakah kucing cintakan musang,
     Ayam terbang tikus melompat.


Lihat selanjutnya...(37)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
overloaded streamsungai tersarat , sungai lampau saratGeologiTiadaSungai yang penuh sarat dengan endapan yang menyebabkannya terpaksa memendapkan sebahagian daripada bebannya.
information overloadsarat maklumatTeknologi MaklumatTiadaKeadaan apabila seorang penyelesai masalah disajikan dengan maklumat yang berlebihan.
overload pointtitik saratGeologiTiadaTiada
overload indicatorpenunjuk saratKomputerTiadaTiada
moisture laden atmosphereatmosfera sarat lembapanKejuruteraanTiadaTiada
erectionereksiPerubatanTiadaKeadaan tisu erektil yang sarat dengan darah dan menjadi keras seperti zakar.
vagus nervesaraf vagusVeterinarPraklinikalSaraf kranium kesepuluh. Sarat vagus ialah saraf campuran yang membekalkan gentian deria ke telinga; farinks dan larinks; gentian motor ke farinks; larinks dan esofagus; dan gentian parasimpatetik dan deria ke semua visera toraks dan abdomen. Saraf vagus membawa maklumat fisiologi badan ke otak seperti menelan; kepantasan degupan dan kadar pernafasan. Saraf ini merupakan saraf kranium yang paling panjang.
ganglionganglionFarmasiFarmakologiKelompok jasad sel saraf yang menerbitkan gentian sarat: dan terletak di luar sistem saraf pusat
filletfiletPerubatanTiada1. Gelungan pita atau jalur untuk menarik sesuatu.,2. Dalam sistem saraf, jalur panjang serat sarat, seperti medial lemniskus.
satirical comedykomedi satiraKesusasteraanTiadaBentuk drama komedi yang menceritakan keadaan dan pendirian politik, aspek kehidupan tradisi, serta mengkritik aspek moral dan tingkah laku manusia. Komedi ini juga menyindir dan mempersendakan golongan tertentu, namun persembahan komedi biasanya sarat dengan unsur pengajaran. Penulis terawal komedi satira ialah Aristophanes.
12

Kembali ke atas