Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.rat] | سارت

Definisi : 1 terlalu banyak berisi sesuatu sehingga penuh atau berat: Keretanya ~ dgn buah langsat dan rambutan. 2 mengandung atau hamil dan hampir akan bersalin: Isterinya sedang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.rat] | سارت

Definisi : 1. terlalu banyak (muatan, bebanan, buah, dll) hingga berat atau penuh: maka pilu itu disuruh baginda isi dgn sagu rendang sampai ~; bagai pinang ~ berbuah; badan­nya sudah ~ dgn pakaian dan perhiasan; 2. ki penuh berisi (dgn air, fikiran, harapan, kesusahan, dll): lapisan atas tanah itu ~ dgn air; dadanya ~ dgn harapan besar utk masa depan; 3. mengandung (hamil, bunting) dan hampir akan bersalin: isterinya yg sudah ~ mengandung; menyarat, menyarat-nyarat ark penuh sekali, sangat penuh; menyarati menjadikan penuh berisi, me-menuhi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sarat (adjektif)
1. Bersinonim dengan terlalu banyak: penuh, padat, pepak, tapu, sesak, cukup, merepah, mengendeh, mampat, ketel, padu, kimpal, pisik, sintal, antap, tumpat, sendat, tetal, antep, tepu,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan mengandung: hamil, bunting, hampir bersalin, berisi, berbadan dua, lekat perut, dalam tian, besar perut, membawa perut,
Berantonim dengan kempis

Kata Terbitan : menyarat, menyarat-nyarat, menyarati,

Puisi
 

Sarat bermuat dari seberang,
     Patah tiang kayu kelat;
Adakah kucing cintakan musang,
     Ayam terbang tikus melompat.


Lihat selanjutnya...(37)

Majalah

Dewan Budaya » 2014 » July
masyarakat lain, khasnya di Timur, tidak mempunyai peradaban ilmu dan tidak menyumbang kepada perkembangan ilmu di dunia Barat sama sekali. “Zaman Gelita” tersebut sebenarnya dapat diumpamakan seperti “kotak hitam” yang sarat dengan maklumat, tetapi disembunyikan supaya tidak diketahui umum, dan tidak diselongkar dan dipunggah untuk menghalusi khazanah yang dikandungnya. Oleh itu, sehingga hari ini, banyak orang yang berpuas hati dengan takrif
Dewan Budaya » 2013 » February
Datuk Syed Ahmad Jamal. Sebagai saintis ekonomi, Pak Ungku turut mengangkat budaya bangsanya melalui minatnya yang amat mendalam untuk mengkaji pantun Melayu.Budaya bangsa Melayu terserlah melalui nukilan pantun yang sarat dengan mesej dan nilai yang tinggi.Selain itu, Pak Ungku merupakan pengumpul kendi air. Jika kita berkunjung ke Muzium Seni Asia, legasi koleksi kendi air yang dicetuskan oleh Pak Ungku
Dewan Budaya » 2013 » January
seperti yang terpancar dalam dua buah buku terbaharunya. Puisi-puisi Melayu tahun 1950-an dan 1960-an, yakni dekad-dekad yang belum merakamkan kemasukan Latiff dalam genre ini, pada umumnya sarat dengan mesej atau amanat.Tema nasionalisme dalam pelbagai cabang kehidupan, juga tema pengisian kemerdekaan, mendominasi kebanyakan puisi.Tema ini padat kata-kata, dan kadang kala penuh retorik, hingga yang lebih

Kembali ke atas