Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1 sebahagian atau salah satu benda yg berpasangan; setengah; separuh: Beri aku buah limau itu ~. 2 arah yg menunjukkan tempat; jurusan; bahagian: Taman Negara terletak di ~ utara negeri Pahang. 3 tempat yg hampir dgn; dekat; samping: Dia duduk di ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : pelbagai jenis ikan laut, sisa nabi, Arnoglossus spp., Pardachirus spp., Samaris spp., Solea spp., dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, a) Pseudorhombus arsius; b) Pseudorhombus javanicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang, dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelah

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Bagai perahu karam sebelah.

Bermaksud :

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(19)

291

Nothing venture, nothing win

Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya.

Belum cuba belum tahu

At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing win .

Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Majalah

Dewan Budaya » 2011 » December
Cina, iaitu yoyo Cina. Permainan ini memerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan. Yoyo Cina, atau juga dikenali sebagai diabolo , amat berbeza daripada yoyo moden. Pada kebiasaannya, permainan yoyo moden memerlukan sebelah tangan, sama ada kiri atau kanan, mengikut keselesaan pemain. Menurut sejarah, yoyo Cina yang berasal dari China wujud sejak zaman Dinasti Ming, iaitu sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644. Yoyo
Dewan Budaya » 2014 » June
bukannya kebetulan jika kita sorot kembali kesan perubahan tamadun terhadap perkembangan ilmu. Pada satu ketika, lebih awal sebelum abad ke-14, halnya agak berbeza kerana pusat ilmu berada di dunia sebelah Timur dan bahasanya juga bahasa lain, termasuk bahasa Arab dan bahasa al-Quran. Persoalannya, bagaimana perubahan ini boleh berlaku dan apakah kesannya kepada perkembangan ilmu sejagat? Jika diimbas semula perkembangan lazimnya hal ini tidak diketahui umum kerana diselindungi oleh peristiwa yang dinamai “Zaman Gelita”. Tamadun Awal Seperti yang dimaklumi umum daripada sejarah awal, antara tamadun ilmu terawal muncul dari kawasan sebelah timur di daerah meliputi lembah dan sungai, amnya, termasuklah kawasan Timur Tengah, terutama Mesopotamia (Sumer) berdekatan dengan Sungai Euphrates dan Sungai Tigris di sempadan Iraq hari ini. Tidak ketinggalan juga
Dewan Budaya » 2013 » April
ekonomi kepada kuasa Barat disebabkan hasil mahsul bumi yang subur, hinggakan Tanah Melayu digelar Suvarnabumi. Penyatuan rumpun bangsa ini utuh hingga wujud istilah Nusantara.Sejarah mencatatkan keagungan kerajaan di wilayah sebelah sini, seperti kerajaan Langkasuka, Majapahit, Melaka, Pasai, Bugis, dan Brunei. Namun begitu, kedatangan kuasa Barat yang mula-mula hanya datang untuk berdagang bertukar menjadi pemerintah.Sedikit demi sedikit keintelektualan rantau serta yang dikasihi, Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent Esquire, bahagian tertentu negeri di bawah kekuasaan beta yang terdiri daripada seluruh bahagian utara Pulau Borneo dari Sungai Sulaman di sebelah pantai barat ke Teluk Maludu dan ke Sungai Paitan dan kemudiannya seluruh bahagian pantai timur sehingga ke Sungai Sibuko yang terdiri daripada Negeri Paitan, Sugut, Bangayan, Labok, Sandakan, Kinabatangan, dan
Dewan Budaya » 2012 » January
bahagian Pulau Pinang, dari sisi barat, yang meleper, seperti kelawar sedang terbang, dengan kaki pendeknya kejang ke depan dan ke belakang. Ada Pulau Jerejak, Pulau Betong dan Pulau Aman di sebelah timurnya. Sayang, ada selapis tipis awan dan jarak terlalu jauh untuk membolehkan saya mengambil foto yang baik. Sejurus selepas Pulau Pinang bermulalah suatu pameran indah batu kapur yang berpawai antara muncul dari laut, kebiru-biruan dan ada pula yang menjelma sebagai segugus pulau batu atau zamrud hijau – inilah Kepulauan Langkawi. Demikian pula sewaktu kita memasuki ruang udara di atas pantai sebelah barat Pulau Phuket. Tebing batu (yang lebih keras) berdiri tegak di tepi laut, air asinnya menggigit kalsium sehingga ada semacam skirt di kakinya. Gugusan Pulau Phuket menawarkan wajah bumi yang
Dewan Budaya » 2014 » March
600 meter persegi. Mengapakah muzium menjadi daya tarikan? Apakah yang dapat diperoleh daripada muzium? Benarkah muzium sekadar tempat menyimpan barang purba dan gambar bersejarah? Bagi sesetengah orang, muzium dipandang dengan sebelah mata, malah ditanggapi sebagai tempat yang statik dan muram, malah menyeramkan kerana menyimpan barang purba atau kuno. Meskipun muzium sudah wujud lebih daripada 100 tahun di negara kita, kesedaran dan melebihi kesunyian perpustakaan. Ya, memang kita tidak mampu “menghidupkan” muzium seperti Night at the Museum atau Night at the Museum 2: Battle of the Smithsonian – semua bahan pameran bernyawa pada sebelah malam; masing-masing mempunyai cerita untuk diberitahukan kepada pengunjung. Namun begitu, yang diyakini ialah bahawa Jabatan Muzium Malaysia, Perbadanan Muzium Melaka, dan pemilik serta pengusaha muzium yang lain mampu memikirkan
Dewan Budaya » 2013 » February
sempadan ideologi tersebut sedekad demi sedekad luntur apabila demokrasi menukar cara haluan pemerintahan. Inilah perubahan masyarakat yang sentiasa dinamik.Jika masyarakat Eropah bersatu atas tiket Kesatuan Eropah, kita di rantau sebelah sini juga tidak ketinggalan.Legasi penjajahan pelbagai kuasa dunia yang mengotakkan negara walaupun serumpun bangsa memberikan impak kepada penyatuan ini.Namun, hal tersebutlah tidaklah menjadi masalah besar sementelah sejarah mencatatkan
Dewan Budaya » 2013 » September
kaum Melayu melalui persembahan tersebut. Itu yang tersuratnya. Namun begitu, kesangsian perpaduan antara kaum terus ditiupkan melalui laman sosial oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Apatah lagi apabila timbul isu berat sebelah dalam penayangan filem The New Village dan Tanda Putera di pawagam September ini.Sensitiviti agama terus disemarakkan dengan memuat naik video dan kenyatan yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama
Dewan Budaya » 2014 » July
Gelita” dipunggah supaya dapat difahami apa-apa yang sebenarnya berlaku antara abad ke-5 hingga abad ke-15, dan lebih penting lagi, cuba membetulkan kefahaman ilmu yang selama ini berat sebelah, sekali gus memberikan pencerahan kepada apa-apa yang disebut sebagai “Zaman Gelita.” Pengaruh Ilmu Falak Dengan mengambil kira aliran sejarah, pendidikan ilmu falak sebagai bidang ilmu kosmologi sentiasa mendapat tempat
Dewan Budaya » 2015 » April
luar negara. Ada dua perkara menarik yang dapat diketengahkan daripada kejohanan itu. Yang pertama, irama lagu Tari Tualang Tiga , Tanjung Katong , dan Kenek-keneklah Udang berkumandang semasa kejohanan ragbi 7 sebelah MCKK itu. Mungkin hal itu mengejutkan sesetengah orang, tetapi bagi penduduk bandar diraja itu dan mereka yang terlibat dalam kegiatan sukan dengan MCKK, perkara itu biasa sahaja. Hal ini dikatakan
Dewan Budaya » 2017 » June
menoleh ke kiri dan ke kanan, setelah seharian menunaikan ibadah puasa. Di dalam pinggan pemuda itu, ada sejemput nasi, lauk, sayur dan buah. “Itu sahajakah?” tegur lelaki yang duduk di sebelah pemuda itu apabila melihat pinggan itu. “Ini sahaja rezeki saya pada hari ini. Ini sahaja yang tinggal,” jawab pemuda itu. “Ambil nasi saya sedikit,” balas lelaki itu. “Tak apalah. Ini
Dewan Budaya » Nota Editor
menoleh ke kiri dan ke kanan, setelah seharian menunaikan ibadah puasa. Di dalam pinggan pemuda itu, ada sejemput nasi, lauk, sayur dan buah. “Itu sahajakah?” tegur lelaki yang duduk di sebelah pemuda itu apabila melihat pinggan itu. “Ini sahaja rezeki saya pada hari ini. Ini sahaja yang tinggal,” jawab pemuda itu. “Ambil nasi saya sedikit,” balas lelaki itu. “Tak apalah. Ini
Dewan Budaya » 2012 » April
banyak lagi. Filem HKLBR mengisahkan Husin yang lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya di Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan berperwatakan aneh dengan rambut yang menggerbang dan tidak terurus. Semasa hari pertama di rumahnya, beliau diganggu oleh Kak Limah sewaktu ingin tidur
Dewan Budaya » 2015 » January
raya menyediakan mesin alur untuk hiburan pengunjungnya. Sesetengah sekolah menjadikan tempat yang mempunyai mesin yang demikian sebagai kawasan larangan. Oleh itu, Pesta Chandan menjadi tarikan pengunjung. Pesta itu dibuka pada sebelah malam sahaja. Selama sebulan, pesta itu berlanjutan walaupun pada malam hari raya Aidiladha. Dalam keadaan hujan gerimis, orang ramai tetap mengunjungi pesta tersebut. Yang tidak mempunyai kenderaan sanggup berjalan beberapa

Kembali ke atas