Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1 sebahagian atau salah satu benda yg berpasangan; setengah; separuh: Beri aku buah limau itu ~. 2 arah yg menunjukkan tempat; jurusan; bahagian: Taman Negara terletak di ~ utara negeri Pahang. 3 tempat yg hampir dgn; dekat; samping: Dia duduk di ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : pelbagai jenis ikan laut, sisa nabi, Arnoglossus spp., Pardachirus spp., Samaris spp., Solea spp., dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, a) Pseudorhombus arsius; b) Pseudorhombus javanicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang, dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelah

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Bagai perahu karam sebelah.

Bermaksud :

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(19)

291

Nothing venture, nothing win

Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya.

Belum cuba belum tahu

At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing win .

Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
12-hour systemsistem 12 jamMatematikTiadaSistem waktu yang berasaskan 12 jam pada sebelah pagi dan 12 jam pada sebelah petang. Apabila waktu dinyatakan dalam sistem ini, sebelah pagi atau sebelah petang penting dinyatakan. Misalnya, pukul 5:30 mungkin bermaksud pukul 5:30 pagi atau pukul 5:30 petang. Bandingkan sistem 24 jam.
paralumbar fossafosa paralumbarVeterinarPraklinikalBahagian lambung badan yang lekuk. Fosa paralumbar disempadani oleh cuaran melintang vertebra lumbar di sebelah dorsal; rusuk akhir di sebelah kranial dan paha di sebelah kaudal. Fosa paralumbar paling jelas kelihatan pada haiwan ruminan.
sacral bonetulang sakrumVeterinarPraklinikalTulang berbentuk baji hasil penyatuan beberapa vertebra sakrum. Tulang sakrum menyendi dengan vertebra lumbar di sebelah kranial; vertebra koksius di sebelah kaudal dan sayap ilium di sebelah kraniolateral.
internal gearingpenggearan dalamMekanikGunaanProses pemacuan gear dengan keadaan satu roda gear berada di sebelah dalam roda yang satu lagi, iaitu gigi salah satu daripada gear berkenaan berada di sebelah dalam roda gear itu. roda yang lebih besar, iaitu yang giginya berada di sebelah dalam, dinamai roda anulus dan roda yang kecil dinamai pinion. Penggearan dalam menghasilkan putara roda pengikut yang sama halanya dengan hala putaran roda pemacu.
navigable semicirclesemibulatan amanMeteorologiMeteorologi PerhubunganKawasan siklon tropika yang terletak di sebelah kirr arah pergerakannya di Hemisfera Utara (sebelah kanan jika di Hemisfera Selatan). Bandingkan semibulatan bahaya.
dangerous semicirclesemibulatan bahayaMeteorologiMeteorologi PerhubunganKawasan siklon tropika yang terletak di sebelah kanan arah pergerakannya di Hemisfera Utara (sebelah kiri jika di Hemisfera Selatan). Di kawasan ini, angin kencang dan laut bergelora, kapar yang berlayar biasanya akan cenderung masuk ke laluan siklon tropika, dan sekiranya ribut tropika membalik ke belakang pusatnya selalunya merentas haluan sesebuah kapal. Bandingkan semibulatan aman.
pericycleperisikelBotaniTiadaTisu yang melingkungi tisu vaskular yang terbatas oleh floem primer di sebelah dalam dan endodermis di sebelah luar. Perisikel terdiri daripada sel parenkima sama ada satu lapisan atau beberapa lapisan. Perisikel terdapat dalam akar tumbuhan angiosperma dan tumbuhan gimnosperma. Perisikel juga terdapat dalam akar dan batang tumbuhan kriptogam vaskular.
phellogenfelogenPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLapisan meristem yang menghasilkan periderma yang mengandungi felem pada sebelah luar dan feloderma pada sebelah dalamnya. Sin: kambian gabus.
collaterral bundleberkas kolateralBotaniTiadaBerkas vaskular yang mempunyai tisu floem dan xilem yang terletak sebelah-menyebelah. Biasanya, tisu floem terletak menghala ke sebelah luar, dan boleh didapati dalam batang tumbuhan angiosperma dan gimnosperma.
decimal numbernombor perpuluhanMatematikTiadaNombor yang mewakili pecahan dengan penyebut yang bernilai kuasa 10. Sesuatu nombor perpuluhan terdiri daripada dua bahagian yang dipisahkan dengan satu titik perpuluhan. Bahagian di sebelah kiri mewakili satu integer, manakala bahagian di sebelah kanan mewakili bahagian pecahan. Setiap tempat di sebelah kanan dikenali sebagai tempat perpuluhan.
12345678910...

Kembali ke atas