Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dap] | سدڤ

Definisi : 1. enak (pd rasa, bau, dll): kuih itu sangat ~ rasanya; 2. senang (pd perasaan dll), nyaman: tubuh saya tidak ~; asal ada kata begitu alangkah ~ di dlm hati; ~ hati senang, tenteram; ~ keleh Kl indah (pd pandangan) dan menarik; ~ manis a) sopan santun dan menarik hati (kelakuan); b) enak (cita rasanya); ~ mulut sekehendak hati: jangan pakai cakap ikut ~ mulut; ~ dahulu pahit kemudian prb melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan dahulu buruk baiknya akhirnya akan menyesal; ~ manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb sebarang bicara orang hendaklah di­timbang­­kan lebih dahulu sebelum diterima atau ditolak; menyedapkan menjadikan sedap (enak, senang, tenteram, dll), menyamankan, me­nyenangkan (hati, perasaan): pengakuan doktor itu ~ hati isterinya; Aji-no-moto ialah sj bahan utk ~ masakan; sedap-sedapan, sedapan (hidangan) ma­kanan yg sedap-sedap atau enak; kesedapan perihal sedap, rasa sedap, keenak-an, kelazatan: mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur; penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata itu menjadi ~ hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dap] | سدڤ

Definisi : ; ~ malam sj tumbuhan (herba), kerak nasi, Polianthes tuberosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dap] | سدڤ

Definisi : 1 enak rasanya; lazat: Kuih ini sungguh ~. 2 dpt memberi kepuasan kpd perasaan; nyaman; seronok: Saya be­rasa tidak ~ badan hari ini. menye­dap­kan membuat menjadi sedap atau menjadikan berasa sedap; meng­-e­nakkan; menyamankan: Utk ~ masak­an tuan, bubuhlah serbuk perasa sedikit. mempersedap menjadikan lebih se­dap. kesedapan hal atau keadaan sedap; rasa sedap; keenakan; kelazatan; kenyamanan. penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata ~ hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedap (adjektif)
1. Bersinonim dengan enak: lemak, manis, lazat, nikmat, perisa, latif, gurih, legit,
Berantonim dengan hambar

2. Bersinonim dengan segar: seronok, selesa, nyaman, senang, nikmat, enak, indah, sihat, naim,

Kata Terbitan : menyedapkan, kesedapan, penyedap,

Puisi
 

Sedap sungguh jeruk maman,
     Lepas setalam setalam pula;
Sedap sungguh berbantal lengan,
     Lepas semalam semalam pula.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2.      berkenaan rasa yang tidak sedap.2. Buwoh timun cino ni raso cero pasa museng uje.[bu.wh ti.muN tSi.n ni ÄA.s tS«.č pA.sA mu.seN u.dZE]2. Buah tembikai ni rasa tak sedap kerana musim hujan.
memek[mE.mE/]kata adjektifberkenaan makanan dan minuman yang tidak sedap; lecah, leweh.Kue tu memek, sebak tu tok laku.[ku.we tu mE.mE/ s«.bA/ tu t/ lA.ku]Kuih tu tak sedap, sebab tu tak laku.
lecah[l«.tSAh]kata adjektifberkenaan makanan atau minuman yang rasanya tidak sedap; leweh; memek.Mung buboh gapo dale gula, raso lecah jah.[muN bu.boh g:A.p dA.lE gu.lA ÄA.s l«.tSAh dZAh]Kamu buboh apa dalam gulai, rasa tak sedap saja.
sedak keleh[s«.dA/ k«.leh] elok mata memandang (berkenaan perangai seseorang, pemandangan dan lain-lain).Buak pranga molek sikik gak baru sedap keleh.[bu.wA/ pÄA.NA m:.lE/ si.ki/ gA/ bA.Äu s«.dA/ k«.leh]Berperangai sopanlah sikit, baru elok mata memandang.
leweh[lE.wEh]kata adjektif1. berkenaan makanan dan minuman yang tidak enak; lecah, memek.Kuwe leweh lagu ni, tok laku nok juwa.[ku.we lE.wEh lA.gu ni t/ lA.ku n/ dZu.wA]Kuih yang tak sedap begini, tak laku dijual.
mamba[mAm.bA]kata adjektifberkenaan ikan dan lain-lain yang tidak segar, tidak menarik.Jange beli ike mamba tu, tok sedak.[dZA.NE b«.li i.kE mAm.bA tu t/ s«.dA/]Jangan beli ikan yang tak segar tu, tak sedap.

Kembali ke atas