Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dap] | سدڤ

Definisi : 1 enak rasanya; lazat: Kuih ini sungguh ~. 2 dpt memberi kepuasan kpd perasaan; nyaman; seronok: Saya be­rasa tidak ~ badan hari ini. menye­dap­kan membuat menjadi sedap atau menjadikan berasa sedap; meng­-e­nakkan; menyamankan: Utk ~ masak­an tuan, bubuhlah serbuk perasa sedikit. mempersedap menjadikan lebih se­dap. kesedapan hal atau keadaan sedap; rasa sedap; keenakan; kelazatan; kenyamanan. penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata ~ hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.dap] | سدڤ

Definisi : 1. enak (pd rasa, bau, dll): kuih itu sangat ~ rasanya; 2. senang (pd perasaan dll), nyaman: tubuh saya tidak ~; asal ada kata begitu alangkah ~ di dlm hati; ~ hati senang, tenteram; ~ keleh Kl indah (pd pandangan) dan menarik; ~ manis a) sopan santun dan menarik hati (kelakuan); b) enak (cita rasanya); ~ mulut sekehendak hati: jangan pakai cakap ikut ~ mulut; ~ dahulu pahit kemudian prb melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan dahulu buruk baiknya akhirnya akan menyesal; ~ manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb sebarang bicara orang hendaklah di­timbang­­kan lebih dahulu sebelum diterima atau ditolak; menyedapkan menjadikan sedap (enak, senang, tenteram, dll), menyamankan, me­nyenangkan (hati, perasaan): pengakuan doktor itu ~ hati isterinya; Aji-no-moto ialah sj bahan utk ~ masakan; sedap-sedapan, sedapan (hidangan) ma­kanan yg sedap-sedap atau enak; kesedapan perihal sedap, rasa sedap, keenak-an, kelazatan: mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur; penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata itu menjadi ~ hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dap] | سدڤ

Definisi : ; ~ malam sj tumbuhan (herba), kerak nasi, Polianthes tuberosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sedap (adjektif)
1. Bersinonim dengan enak: lemak, manis, lazat, nikmat, perisa, latif, gurih, legit,
Berantonim dengan hambar

2. Bersinonim dengan segar: seronok, selesa, nyaman, senang, nikmat, enak, indah, sihat, naim,

Kata Terbitan : menyedapkan, kesedapan, penyedap,

Puisi
 

Sedap sungguh jeruk maman,
     Lepas setalam setalam pula;
Sedap sungguh berbantal lengan,
     Lepas semalam semalam pula.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Majalah

Dewan Budaya » 2012 » January
WordPress site • Hubungi Kami • Langganan • Ceritera Bulan Ini • Galeri • Gatra Perdana • Kamar Seni • Kembara Seorang Penyair • Nota Editor • Sekeliling Kita • Tradisi • Umum Home » 2012 » January 0 Comments Ambuyat Pelik tetapi Sedap admin on January 20th, 2012 Oleh: Mohd. Salim Warna dan tekstur makanan memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan selera dan keterujaan seseorang untuk menjamah makanan. Tidak hairanlah banyak makanan yang
Dewan Masyarakat | Filem
mereka sebenarnya tidak berminat serta tidak sanggup menghadapi pelbagai cabaran. Share Seperti mana kata-kata yang keluar daripada mulutnya, begitu juga perkataan diluahkan dalam baris ayat tulisannya − bernas, pedas dan sedap dibaca. Kita mudah memahami isu ekonomi apabila membaca hasil buah fikiran beliau selaku kolumnis majalah dan surat khabar arus perdana. Share Menurut data yang dikeluarkan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO
Dewan Budaya » Nota Editor
sebulan gaji untuk makanan yang tidak dimakan. Akal yang waras pasti sukar untuk menerima hakikat bahawa ada orang yang tidak memahami kepentingan makanan dan membazirkannya dengan alasan sudah kenyang, tidak sedap, atau apa-apa sahaja, sedangkan masih ada orang yang kais pagi makan pagi. Namun demikian, keadaan itulah yang berlaku di negara ini. Seorang rakan penulis ini amat terkesan apabila mendapati kita. Armin Azhari Saleh Posted in: Nota Editor 0 Comments Gerakan Menyelamatkan Gendang Pahang admin on March 2nd, 2017 Sajian majlis perkahwinan di Kampung Kuala Mai, Kuala Krau, itu kelihatan sedap. Selain hidangan yang lazim ditemukan dalam majlis sebegitu, seperti ayam masak merah dan rendang daging lembu, kali ini ada gulai ikan patin. Bagi sebahagian besar daripada tetamu majlis tersebut, gulai
Dewan Budaya » 2017 » March
Dewan Budaya Bil.3 2017 Posted in: Uncategorized 0 Comments Gerakan Menyelamatkan Gendang Pahang admin on March 2nd, 2017 Sajian majlis perkahwinan di Kampung Kuala Mai, Kuala Krau, itu kelihatan sedap. Selain hidangan yang lazim ditemukan dalam majlis sebegitu, seperti ayam masak merah dan rendang daging lembu, kali ini ada gulai ikan patin. Bagi sebahagian besar daripada tetamu majlis tersebut, gulai
Dewan Masyarakat | Kenangan
Mereka percaya bahawa ... "Baca selanjutnya." Salleh Majid Satu dalam 1000 Kenangan Seperti mana kata-kata yang keluar daripada mulutnya, begitu juga perkataan diluahkan dalam baris ayat tulisannya − bernas, pedas dan sedap dibaca. Kita mudah memahami isu ekonomi apabila membaca hasil buah fikiran beliau selaku kolumnis majalah dan surat khabar arus perdana. Share Demi Masa Mengingati Seorang Pejuang Kenangan Suaranya masih mendesah
Dewan Budaya » 2017 » June
sebulan gaji untuk makanan yang tidak dimakan. Akal yang waras pasti sukar untuk menerima hakikat bahawa ada orang yang tidak memahami kepentingan makanan dan membazirkannya dengan alasan sudah kenyang, tidak sedap, atau apa-apa sahaja, sedangkan masih ada orang yang kais pagi makan pagi. Namun demikian, keadaan itulah yang berlaku di negara ini. Seorang rakan penulis ini amat terkesan apabila mendapati

Kembali ke atas