Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.lian] | سکالين

Definisi : 1 semuanya; seluruhnya; segenap: ~ pencuri itu telah ditangkap polis. 2 = kamu ~ kamu semua; awak semua; kalian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ka.lian] | سکالين

Definisi : ® kali I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.lian] | سکالين

Definisi : 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekalian

Puisi
 

Tanam sirih dalam telaga,
     Pisang rastali atas raga;
Sekalian waris tidak suka,
     Baik kita berwalikan raja.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Kita semua (= sekalian) mati,
     tetapi kubur masing-masing.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan DBP, mengapakah wujudnya frasa-frasa "hadirin sekalian"? Kata "sekalian" kata bilangan yang terletak di hadapan frasa nama kerana berguna sebagai penerang jumlah frasa nama. Sebagai contoh sekalian murid, sekalian hadirin, sekalian kawan, sekalian pencuri. Mengapakah dalam teks ucapan, tidak diperikan "sekalian hadirin"? Sebagai contoh: Sekalian hadirin, perpaduan amat mustahak untuk menjanakan negara yang maju....... . Natijahnya, soal inti saya: Mengapakah pegarinya bentuk frasa "hadirin sekalian", sedang kata bilangan berada di depan frasa nama?Frasa "hadirin sekalian" lewah namun banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Bagi menghasilkan ungkapan yang gramatis, ungkapan tersebut boleh ditukar kepada "Hadirin yang dihormati" dan "Murid-murid yang disayangi".Tatabahasa15.08.2015
Adakah "murid-murid sekalian" betul? "Sekalian" membawa maksud semua, adakah kata ganda hendak dikecualikan?Perkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan murid sekalian.Tatabahasa07.09.2013
Yang manakah betul? 1. rakan-rakan sekalian 2. rakan sekalianPerkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan rakan sekalian.Tatabahasa15.06.2012
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya. Istilah yang manakah benar? 1. Rakan sekalian 2. Rakan-rakan sekalian Terima kasih.Perkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan rakan sekalian.Tatabahasa26.12.2012
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya kepada saudara@saudari. Antara berikut, yang manakah betul? 1)guru-guru dan rakan-rakan sekalian 2) guru-guru dan rakan sekalian 3) guru dan rakan sekalian Pendapat saya, yang betul ialah no 3. Hal ini adalah kerana sekalian telah membawa masuk jamak dan tidak memerlukan kata ganda di depannya. Walau bagaimanapun, pendapat daripada pihak saudara@saudari amatlah saya hargai. Terima kasih.Ayat no. 2 betul, no. 3 juga betul. Pendapat saudari benar, perkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan rakan sekalian. Ayat no. 2 betul kerana perkataan "sekalian" digandingkan dengan perkataan rakan, bukan guru-guru. Ayat no. 3 juga betul sekiranya dalam konteks majlis tersebut hanya seorang guru sahaja yang ada.Tatabahasa21.03.2013
Salam sejahtera. Ayat berikut ada apa kesalahan ? perlu ada "sekalian"? Salam sejahtera, Tuan pengerusi majlis, Guri besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.rakan sekalian ataupun rakan-rakan.Tatabahasa06.10.2012
betul atau salah ayat di bawah dan mohoh bantu terangkan =) 1) kucing-kucing itu menjilat ekor "mereka" 2)para hadirin sekalian 3)audara saudari sekalian 4)tuan-tuan dan puan-puan sekalian 5)keluar dari pejabat saya! (betul atau salah pengunaan kata seru) 6)jemput datang ke rumah saya. 7)halim melaporkan dari New Delhi 8)semua kanak-kanak 9)guru-guru semua 10)ribuan penonton 11)berapa orang pelajarkah yang menyertai lawatan itu? 12)kuih itu dimakan bapa 13) kuih itu dimakan oleh bapa 14)kuih itu bapa makan1. Perkataan "mereka" tidak boleh digunakan untuk binatang.
2. "Para hadirin" sahaja.
3. Saudara-saudari
4. Tuan-tuan dan puan-puan
5. Betul.
6. Betul.
7. Halim melaporkan ? dari New Delhi. Sepatutnya, "Halim melaporkan berita dari New Delhi".
8. Betul.
9. Guru semua atau guru-guru.
10. Betul.
11. Ayat yang betul ialah "berapakah orang pelajar yang menyertai lawatan itu?".
12. Salah.
13. Betul.
14. Betul
Tatabahasa07.05.2013
Dalam bentuk ayat adakah penggunaan "saudara-saudari sekalian" dan " di kalangan saudara- saudari" betul, ataupun "saudara saudari sekalian" dan "dikalangan saudara saudari" ?Frasa yang betul ialah dalam kalangan saudara saudari..., saudara saudari sekalian...Tatabahasa22.01.2013
Soalan 1- Timbul keraguan tentang lagu "Negaraku", buku teks BM tahun 1 ms86,"ditulis lagu Negaraku, yang manakah betul? Soalan 2- adakah murid-murid sekalian, para murid sekalian betul ? Terima kasih

1. Ejaan yang betul ialah lagu Negaraku - tidak perlu tanda petik (" ") kecuali apabila menulis tajuk buku, bab dan sebagainya.

2. Ungkapan yang betul ialah sekalian murid atau murid-murid.

Tatabahasa27.07.2011
Terima kasih diucapkan terlebih dahulu. Di sini, saya ingin bertanya satu soalan,Diharap tuan dapat membantu saya. Antara rakan sekalian dan rakan-rakan sekalian, yang mana betul?Kedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain20.06.2009
1234567

Kembali ke atas