Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.lian] | سکالين

Definisi : 1 semuanya; seluruhnya; segenap: ~ pencuri itu telah ditangkap polis. 2 = kamu ~ kamu semua; awak semua; kalian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ka.lian] | سکالين

Definisi : ® kali I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.lian] | سکالين

Definisi : 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekalian

Puisi
 

Tanam sirih dalam telaga,
     Pisang rastali atas raga;
Sekalian waris tidak suka,
     Baik kita berwalikan raja.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Kita semua (= sekalian) mati,
     tetapi kubur masing-masing.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong.Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kita semua (= sekalian) mati, tetapi kubur masing-masing.Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Matilah kuman kena pelantik, sekalian alam melimpah darahnya.Orang biasa yang kahwin dengan orang bangsawan, sehingga menjadi buah percakapan di merata-rata tempat. pelantik = belantik, tombak yang berpegas untuk membunuh binatang perburuan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rebut rampas bertanda-beti.Sekalian perkara baru boleh diputuskan sesudah cukup bukti dan keterangan. tanda-beti = tanda bukti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Satu dijentik, sepuluh rebah.Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Satu ditetak, sepuluh rebah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Satu ditetak, sepuluh rebah.Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak.Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai di rumah induk bako.Merasa aman dan tenteram. bako = sekalian keluarga daripada pihak bapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu.Kalau sekalian manusia sama tinggi pangkatnya, nescaya sukarlah hidup ini jadinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih.Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas