Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lang] | سلڠ

Definisi : bahagian rumah yg meng­hubungkan rumah ibu dgn bahagian dapur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.lang] | سلڠ

Definisi : Mn pinjam; berselang; ~ tenggang pinjam-meminjam, bertolong bantu, meminta pinjaman (perto­longan): rumahnya tempat orang ~ teng­gang dlm kampung itu; menyelang meminjam; menyelangi, memperselangi meminjami; menyelangkan, memperselangkan memin­­-jamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lang] | سلڠ

Definisi : bahagian di antara (yg meng­hubung-kan) rumah ibu dgn rumah dapur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lang] | سلڠ

Definisi : 1. lat (waktu, tempat, dll): ~ beberapa lama dr itu, permaisuri pun hamillah pula; meriam ditembak ~-~ satu minit; 2. = selangan sesuatu yg letaknya di antara benda lain: tanaman ~; ~ surup Jk salah faham; berselang 1. berantara (waktu), ada antara­nya: tiap-tiap hari dia menghantar susu kpd ibu dan bapanya dgn tidak pernah ~; 2. ada selangnya (antaranya): temilang dua ~; sudut yg ~; berselang-selang 1. saling berganti, ber­ganti-ganti, lepas satu yg lain pula: di luar, hujan mencurah-curah, deruannya ~ dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. tidak terus-menerus, ada jarak atau antaranya, berlat: maka adalah pekerjaanku itu ~ hari, pd sehari pergi menyalinkan kpd bahasa Melayu dan sehari pergi menga­rangkan dia dlm tempat cap; berselangan menggunakan sesuatu sbg selang: kemahiran orang Mesir menyusun tulang-tulang kecil yg ~ dgn pasak kayu utk mengukuhkannya; menyelang 1. mencelah dgn sesuatu (dlm membuat pekerjaan dll), mencelah (menyela, menyampuk) percakapan orang: di muka pintu, gugup kedengaran diketuk orang dan diselang dgn bunyi suara orang memanggil; ~ perkataan wazir menteri itu dgn perkataan yg lemah lembut; 2. menghalang (menegah, menyela) perbuatan orang; menyelangi mencelah dgn sesuatu: bunyi guruh sayup-sayup dgn diselangi angin menderu; kawasan yg tidak ramai pendu­duknya ini kadang-kadang diselangi oleh kampung-kampung nelayan; selangan 1. sesuatu yg letaknya di antara benda lain; 2. lat atau jarak (bkn waktu): bunyi itu terdengar dgn ~ masa yg sama; berselangan ada selangnya, tidak terus-menerus: sekalian hulubalang memegang tombak benderang hingga tiada ~ lagi; perselangan 1. perihal berselang; 2. selang: apabila kita mainkan filem itu, ~ gelap di antara gambar-gambar tidak kelihatan pd layar; penyelangan perihal (perbuatan atau pro­ses) menyelang atau menyelangi; penyelang sesuatu yg menyelang (meng­antarai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
selang (kata nama)
Bersinonim dengan lat, senggang, jarak, antara, lang, renggang, sela;,
Kata Terbitan : berselang, berselang-seli, berselang-selang, menyelang, menyelangi, selangan, perselangan, penyelang,

Puisi
 

Cincin perak permata baiduri,
     Selang dengan intan berlian;
Kain kasar dalam duri,
     Takut koyak tarik perlahan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Salangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut,
     inikan pula kemarau panjang.

Bermaksud :

Sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
apart2. at interval(s) of, selang, lat: the twins were born three minutes ~, anak kembar itu dilahirkan selang tiga minit; the cars left the starting-point five minutes ~, kereta-kereta itu berlepas dr tempat permulaan selang lima minit; 3. away, at a distance, berjauhan; (because of marital problems) berasingan: due to his job commitments, he had to live ~ from his family, oleh sebab tanggungjawab thdp kerjanya, dia terpaksa tinggal berjauhan drpd keluarganya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
time lapsen selang masa: ~ photography, fotografi selang masa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
second 1 3. alternate, selang: we meet every ~ week, kami berjumpa selang seminggu; 4. of equal quality etc with, kedua: he seems to think he’s a ~ Hitler!, nampaknya dia perasan dia Hitler kedua!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alternateadj 1. occurring by turns, bersilih ganti, silih berganti, berganti-ganti, ganti-berganti, berselang-seli, berselang-selang, berselang-seling; (of visible thing) berselang-seli, berselang-selang, berselang-seling: ~ rain and sunshine, hujan dan panas yg berselang-seli; a wall made of ~ layers of stone and timber, tembok yg dibina drpd lapisan batu dan kayu yg berselang-seli; 2. every other, berselang: he works on ~ days, dia bekerja berselang hari; 3. see ALTERNATIVE; 4. (of leaves, flowers, etc) selang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interluden 1. intervening period of time between two events, activities, etc, waktu selang: there was a brief ~ of peace before the country was once again thrown back into turmoil, waktu selang yg singkat dan aman sebelum negara itu bergolak semula; 2. episode, peristiwa: a romantic ~, peristiwa percintaan; 3. interval between acts of play etc, /masa, waktu/ rehat; 4. piece of music, entertainment, etc used for filling such an interval, selingan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alternatingadj 1. occurring successively, silih berganti, bersilih ganti, berselang-seli, berselang-selang, berselang-seling: ~ ebbs and flows, pasang dan surut yg silih berganti; 2. appearing, being heard in alternation, berselang-seli, berselang-selang, berselang-seling: ~ colours, warna-warna yg berselang-seli; ~ sound patterns, pola-pola bunyi yg berselang-seli.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intervaln 1. ( intervening period) jarak waktu; (short spell) waktu selang: the ~ between the two events, jarak waktu antara dua peristiwa itu; during the three-week ~..., semasa jarak waktu selama tiga minggu itu...; the ~s between the races were short, jarak waktu antara perlumbaan itu singkat; the weather was cloudy, with brief ~s of sunlight, cuaca mendung dgn waktu selang cuaca cerah yg seketika; 2. intermission, /masa, waktu/ rehat: he went into the foyer during the ~, dia ke ruang legar semasa waktu rehat; 3. (mus) jeda;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sandwich coursen kursus selang kerja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
otheramong ~ things, antara lain: I’m very busy now: among ~ things I’ve got to correct 50 essays, saya amat sibuk sekarang ini: antara lain, saya mesti memeriksa 50 buah karangan; each ~, see EACH OTHER every ~, each alternate, selang /satu, seorang, sebuah, dll/: every ~ hour, selang satu jam or selang sejam; the customs officers checked every ~ passenger, pegawai-pegawai kastam memeriksa selang seorang penumpang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intervalat ~s of, a. (rel to time) setiap, selang: the trains run at ~s of ten minutes, kereta api berlepas setiap sepuluh minit; b. (rel to distance) dgn jarak... antaranya: trees are planted at ~s of four metres along the road, pokok-pokok itu ditanam dgn jarak empat meter antaranya di sepanjang jalan tersebut; at / brief, short / ~, sekejap-sekejap; at regular ~s, a. (rel to time) sering, selalu: they visit us at regular ~s, mereka sering mengunjungi kami; b. (rel to distance) pd jarak yg sama antaranya; at varying ~s, a. (rel to time) dgn jarak waktu yg berbeza-beza; b. (rel to distance) dgn jarak yg berbeza-beza antaranya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas