Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.le.pas] | سلڤس

Definisi : setelah selesai; sesudah: ~ mandi-manda di sungai itu, kami pun membuka bekalan lalu makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.le.pas] | سلڤس

Definisi : sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi me­mukat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Puisi
 

Orang Jawa hilir ke kuala,
     Beli kain selepas Bali;
Adik suka abangpun suka,
     Boleh kita mengikat janji.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

155

A good deed is never lost

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(31)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kemudian1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (se­sudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (mena­ruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menang­guhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah.Kamus Dewan Edisi Keempat
tulathari selepas lusa (tiga hari selepas hari ini).Kamus Dewan Edisi Keempat
tubin Isl hari keempat selepas hari ini (selepas tulat), tonggeng.Kamus Dewan Edisi Keempat
tahanan remana. tindakan menahan seseorang bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan: Dia dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat. b. orang yg ditahan bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
reman/réman/; tahanan ~ a. tindakan menahan seseorang bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan: Dia dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat. b. orang yg ditahan bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan. me­reman menahan seseorang yg di­tuduh melakukan kesalahan jenayah, atau menghantar balik seseorang ke dlm tahanan (penjara atau lokap) utk siasatan lanjut sementara menunggu perbicaraan: Mereka tidak dibenarkan ikat jamin dan direman hingga kes mereka disebut semula di mahkamah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
selepassetelah selesai; sesudah: ~ mandi-manda di sungai itu, kami pun membuka bekalan lalu makan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
selepas-lepassehabis-habis (jauh, kuat, dll), sejauh-jauh, sekuat-kuat: ~ seluang melaut; ~ tupai melompat;Kamus Dewan Edisi Keempat
selepassesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi me­mukat;Kamus Dewan Edisi Keempat
tahanan remana) tindakan me­nahan seseorang selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu: sebelum ini dia pernah di­tahan utk siasatan berhubung dgn pem­bu­nuh­­an itu tetapi dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat; b) seseorang yg ditahan selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu;Kamus Dewan Edisi Keempat
kemudian1 selepas atau sesudah itu; akhirnya; kesudahannya: ~ mereka pun pulang ke rumah masing-masing. 2 sesudahnya; selepasnya: Adiknya berkahwin dahulu, dia ~. 3 pd masa yg akan datang; kelak: ~ hari masa yg akan datang. mengemudiankan melakukan sesuatu selepas (sesuatu) yg lain; menempatkan (meletakkan) sesuatu di belakang atau selepas yg lain: Dia mendahulukan kerja-kerja yg penting dan ~ kerja yg kurang penting. terkemudian di belakang sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di garisan penamat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas