Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.le.pas] | سلڤس

Definisi : sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi me­mukat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.le.pas] | سلڤس

Definisi : setelah selesai; sesudah: ~ mandi-manda di sungai itu, kami pun membuka bekalan lalu makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Puisi
 

Orang Jawa hilir ke kuala,
     Beli kain selepas Bali;
Adik suka abangpun suka,
     Boleh kita mengikat janji.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah peribahasa "akan datang pelangi selepas hujan" atau "selepas hujan munculnya pelangi" boleh digunapakai dan wujud dalam pustaka. Terim kasih.Dalam sumber rujukan kami tidak ada peribahasa  “akan datang pelangi selepas hujan" atau "selepas hujan munculnya pelangi". Frasa yang diberikan boleh digunakan bergantung pada kesesuaian konteks dan penggunannya dalam ayat.Tatabahasa30.05.2021
Adakah peribahasa "akan datang pelangi selepas hujan" atau "selepas hujan munculnya pelangi" yang bermaksud suatu keindahan dalam kehidupan yang datang selepas menempuh cabaran atau dugaan boleh digunapakai dan wujud dalam pustaka. Terima kasih.

Dalam sumber rujukan kami tidak ada peribahasa  “akan datang pelangi selepas hujan" atau "selepas hujan munculnya pelangi". Frasa yang puan berikan boleh digunakan bergantung pada kesesuaian konteks dan penggunannya dalam ayat.

Lain-lain30.05.2021
saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah, seperti bermula dari saya, anak, cucu, cicit, piut selepas piut? selepas itu? begitu juga keatas saya, ayah&ibu, datuk&nenek,moyang,oneng-oneng (rujukan dari datuk), selepas oneng-oneng siapa, selepas itu siapa pula. saya sedang membuat salasilah keluarga saya dan saya perlu tau nama panggilan tersebut

Untuk makluman sdr,  nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan  kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza.  Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung.  Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti.

Istilah28.06.2009
Ayat manakah yang betul: 1. Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod dalam Jadual 1? 2. Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod pada Jadual 1? 3. Keputusan eksperimen selepas emapt hari direkod di Jadual 1?Ayat Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod dalam Jadual 1 dan Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod pada Jadual 1 betul.Tatabahasa31.08.2012
apakah perkataan yang paling sesuai untuk ayat ini? setelah atau selepas? contoh ayat : Setelah / selepas mendapatkan kebenaran daripada pihak keselamatan sekolah, barulah ibu bapa dibenarkan memasuki kawasan sekolah
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, setelah mempunyai makna sesudah; selepas; sehabis. Oleh sebab itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.
Tatabahasa14.04.2014
Selepas tanda pisah - , adakah perlu huruf besar atau kecil? Contoh: Terlalu menuntut - individu... (Individu atau individu?

Sila kemukakan soalan dengan jelas bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang bersesuaian.

Lain-lain05.01.2024
Selepas ayat berakhir dengan tanda baca selain noktah seperti tanda soal (?) atau tanda seru !), adakah perlu diakhiri tanda titik lagi. cth ayat: Bilakah anda akan datang ke rumah kami? ATAU Bilakah anda akan datang ke rumah kami?.Jawapan yang betul ialah tidak perlu tanda noktah lagi.  Bilakah anda akan datang ke rumah kami?Lain-lain26.09.2020
Selepas menyemak rekod pertanyaan, saya mendapati lampiran tidak wujud. Jadi, saya ingin bercuba untuk menghantar lampiran sekali lagi. Terima kasih.Jawapan kepada soalan ini telah saya nyatakan sebelum ini (ID 32528)Lain-lain16.02.2014
selepas berbincang antara kami masih belum ada persefahaman yang sama, harap dapat pembetulan ayat di bawah yang mengikut tata bahasa yang baku. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak tidak merupakan tanggungjawab semata-mata guru di sekolah, tetapi dipertanggungjawabkan oleh kedua ibu bapa dan guru. 4. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa. Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan. 5. Lantaran itu di dalam dunia pendidikan menuju era globalisasi hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan terutama di dalam proses pengajaran seperti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain. 6. Pendidikan pada hari ini terutama di era dunia tanpa sempadan, setiap aktiviti pembelajaran banyak dipengaruhi kemajuan di dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. 7. Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran ke arah kecergasan fizikal pelajar. 8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia suatu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan rupa wajah anak bangsa, tentang masa depan yang cemerlang, tentang cita-cita luhur dan keunggulan. didahului terima kasih.1. Bercakap tentang kebudayaan, perkataan kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan terlebih dahulu.
2. Ayat ini betul.
3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak bukan merupakan tanggungjawab guru di sekolah semata-mata, tetapi juga dipertanggungjawabkan kepada kedua ibu bapa.
4. Bahasa Inggeris ialah bahasa pertuturan antarabangsa, Oleh itu, tidak hairanlah bahasa Inggeris digunakan di kebanyakan kota.
5. Lantaran itu, dalam dunia pendididikan yang sedang menuju era globalisasi pada hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan dalam proses pengajaran sepeti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain.
6. Setiap aktiviti pembelajaran pendidikan pada hari ini, terutama dalam era dunia tanpa sempadan banyak dipengaruhi kemajuan dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik.
7. Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang menyumbang ke arah kecergasan fizikal pelajar.
8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, satu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan anak bangsa yang mempunyai masa depan yang cemerlang dan cita-cita luhur dan unggul.
Tatabahasa27.02.2013
Selepas berkawat pada tengah hari yang terik itu, kami diarahkan oleh jurulatih kami supaya berlari pula. tuan, berkawat atau berkawad sesuai digunakan? TQPerkataan yang betul ialah berkawad. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berkawad.Tatabahasa01.02.2012
12345678910...

Kembali ke atas