Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.le.pas] | سلڤس

Definisi : setelah selesai; sesudah: ~ mandi-manda di sungai itu, kami pun membuka bekalan lalu makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.le.pas] | سلڤس

Definisi : sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi me­mukat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Puisi
 

Orang Jawa hilir ke kuala,
     Beli kain selepas Bali;
Adik suka abangpun suka,
     Boleh kita mengikat janji.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

155

A good deed is never lost

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(31)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pain managementpengendalian nyeriPerubatanTiadaBidang perubatan yang merangkumi rawatan pesakit yang mempunyai masalah nyeri seperti selepas kecederaan, selepas pembedahan atau pengidap kanser. Pengendalian nyeri biasanya dijalankan oleh pakar anestesiologi atau pakar perubatan yang terlatih. Kaedah yang digunakan termasuklah penggunaan ubat dan rawatan fizikal.
postemergence applicationpengenaan selepas muncul; penggunaan selepas munculPerhutananTiadaTiada
clinologyklinologiBiologiTiadaKajian tentang pengurangan organisma selepas kematangan, atau selepas primanya dalam kumpulan atau dalam filogeni.
sessionpenggalUndang-undangTiadaPersidangan Majlis yang bermula dari permulaan Majlis bermesyuarat selepas ditubuhkan Majlis atau selepas dihentikan atau dibubarkan Parlimen pada bila-bila masa dan yang berakhir apabila Parlimen dihentikan atau dibubarkan dengan tidak dihentikan terlebih dahulu.
posthumousposthumusSejarahTiada1. Perihal sesuatu yang berlaku selepas mati biasanya anak yang lahir selepas kematian bapanya.,2. Penulisan yang diterbitkan selepas kematian penulisnya. (SEJ)
deferred stocksaham tertundaPentadbiran PerniagaanTiadaSekuriti yang dibayar dividennya pada satu tarikh atau selepas tarikh atau selepas sesuatu peristiwa.
burn shockrenjatan terbakarPerubatanTiadaKeadaan renjatan yang terjadi selepas berlakunya kebakaran yang meluas pada badan, dan ia mungkin terjadi sejurus selepas kebakaran atau beberapa jam selepas itu.
postexilic literaturepenulisan selepas buanganSejarahTiadaPenghasilan tulisan selepas zaman penaklukan Babylon ke atas orang Yahudi pada tahun 582 SM hingga 1 M.
before-after experimentuji kaji sebelum-selepasSosiologiTiadaKaedah kajian yang melibatkan pengukuran tingkah laku dibuat sebelum dan selepas ujian dilakukan terhadap subjek.
before-and-after testujian sebelum selepasKejuruteraanTiadaUjian sifat-sifat bahan yang dilakukan sebelum bahan tersebut dimasukkan dan selepas dikeluarkan dari reaktor nukleur.
12345678910...

Kembali ke atas