Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.le.sai] | سلساي

Definisi : 1 sudah dikerjakan; sudah jadi (bkn sesuatu yg dibuat): Pembinaan masjid itu memakan masa setahun baru ~. 2 sudah habis; tidak berbaki atau tidak berlebih lagi: Segala hutangnya di kedai itu telah ~. 3 sudah mencapai persetujuan (bkn sesuatu perbincangan, mesyuarat dll): Perbicaraan ttg pembunuhan itu masih belum ~. menyelesaikan 1 melakukan sesuatu supaya selesai; menyudahkan atau menghabiskan sesuatu pekerjaan dll; menyiapkan: Tiada sesiapa pun yg dpt ~ penyusunan sebuah kamus yg baik dlm masa tiga bulan. 2 membayar hutang sehingga habis; menjelaskan: Dia telah dituntut supaya ~ segala hutang arwah ayahnya. 3 mencari jawab utk sesuatu masalah (hitungan dsb) dlm ilmu matematik; menghuraikan. 4 mencari persetujuan atau kesimpulan terhadap sesuatu masalah dll; memutuskan se­suatu perkara: Kerajaan terpaksa campur tangan utk ~ masalah pemogokan itu. penyelesaian 1 perbuatan atau hal menyelesaikan: ~ politik dgn menubuh­kan Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu. 2 cara atau kaedah dlm ilmu matematik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.le.sai] | سلساي

Definisi : 1. sudah dikerjakan dan jadi, siap (dibuat): setelah ~ kota dan paritnya baginda pun berangkat ke sana; 2. berakhir, habis, tamat: setelah ~ drpd sembahyang, mereka itu pun pulang ke tempat kediaman masing-masing; 3. tidak berbaki lagi (wang dll), habis, jelas (hutang), langsai: dia tidak percaya wang-nya telah ~ di meja judi; 4. Mn tidak kusut (rambut atau benang), jelas dan terang (tutur kata); berselesai mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~; menyelesaikan 1. menyudahkan, menyiap­kan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (per­sengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. me­mecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; terselesai dapat diselesaikan: masalah yg semakin ~ menerusi dasar kebangsaan kita; keselesaian perihal selesai, keputusan; penyelesaian perbuatan menyelesaikan (mem­-bereskan dll) sesuatu: mencari ~ secara damai utk memulihkan keamanan; penyelesai orang atau sesuatu yg menye­lesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd bebe-rapa operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~ masalah ummah seluruh dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,

Puisi
 

Angin bertiup bercampur embun,
     Ombak memukul dengan taufan;
Apa guna harta bertimbun,
     Sudah mati selesai kapan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tak ada kusut yang tak selesai,
     tak ada keruh yang tak jernih.

Bermaksud :

Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Majalah

Dewan Budaya » 2015 » October
Penyair • Nota Editor • Sekeliling Kita • Tradisi • Umum Home » 2015 » October 0 Comments LARI admin on October 1st, 2015 Oleh AAS Chinkara “Mengapakah komunis menang?”tanya seorang murid sekolah menengah selepas selesai menonton teater Lari . Jelas terlakar wajah tidak puas hati pada mukanya selepas babak terakhir teater tersebut. Pastinya dia tidak selesa dengan adegan yang menggambarkan kemenangan pengganas komunis. Rakannya turut menimbulkan
Dewan Budaya » 2015 » July
peringkat pertama, pembesar akan menghadiri istiadat sumpah ciri. Istiadat ini melibatkan Toh Seri Nara Diraja, yang juga dikenali sebagai pawang diraja. Pawang diraja akan membaca perjanjian dalam bahasa Sanskrit. Setelah selesai membaca perjanjian tersebut, pawang diraja akan merenjis pembesar tersebut dengan beras kunyit dan air mawar. Sebaik-baik sahaja selesai upacara tersebut, semua pembesar akan dibawa ke bilik khas untuk istiadat menjunjung duli yang disempurnakan oleh sultan. Semasa upacara tersebut berlangsung, pembesar yang dilantik secara rasmi itu akan masuk menyembah
Dewan Budaya » 2013 » August
hal ini akan meningkat kepada 18 peratus pada tahun 2014 sekiranya tiada kekangan atau usaha untuk mengekang aktiviti menghisap shisha ini. Fakta ini amat mencemaskan semua pihak kerana belum pun selesai budaya menghisap rokok, fenomena menghisap shisha seakan-akan menjadi duri dalam daging masyarakat dan negara ini. Shisha dikatakan telah pun bertapak di negara ini seawal tahun 1970-an, tetapi ketika
Dewan Budaya » 2014 » March
nelayan yang berlabuh di pelabuhan disinggahi beberapa ekor bangau; haruman mi dengan sos sate dan sup kacang tanah terserlah dalam angin laut yang berbau hanyir. Selepas perjalanan di jalan lama selesai, anda akan memahami keterpesonaan sebenar bandar berpulau ini. *** Rencana ini dipetik dari Majalah Dewan Budaya keluaran Mac 2014. Posted in: Uncategorized 0 Comments MUZIUM IALAH “MUZIUM”? admin on March 1st
Dewan Budaya » 2014 » November
Cheree (lagu terbaik Anugerah Akademi 1964), dan menari mengikut irama muzik. Latar tempatnya di sebuah taman di London, sementara latar masanya awal abad ke-20. Di sekelilingnya, ada penonton. Setelah selesai persembahannya, Bert meletakkan topinya di kaki lima itu. Turut diletakkan di dalam topi itu beberapa keping duit syiling. Ada penonton persembahannya yang meletakkan duit syiling di dalam topi itu, sebagai

Kembali ke atas