Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bah] | سمبه

Definisi : 1. penghormatan kpd raja dll (dgn menangkupkan kedua-dua tapak tangan serta menyusun jari dan mengangkat ke atas hingga ke paras dagu ataupun hingga ke dahi): mengangkat ~; 2. kata-kata yg ditujukan kpd raja (orang yg dimuliakan): setelah raja China mendengar ~ tabib itu, maka raja China pun menitahkan utusan ke Melaka minta air basuh kaki raja Melaka; berdatang ~ berkata kpd raja (orang yg dimuliakan); ~ salam = ~ dan sujud hormat dan khidmat (dlm surat-menyurat kpd orang yg dihormati dll); ~-simpuh tertib sopan (kelakuan); bersembah berkata dgn hormat dan takzim; bersembahkan sl = mempersembahkan; menyembah 1. memberi hormat dgn meng-angkat sembah: maka sekalian orang yg duduk di bawah itu pun ~; 2. memberi hormat dgn mencium dll pd (lutut dll): anak Pangeran Mas Seri Negara itu ~ lutut paduka ayahandanya; 3. menghormati sesuatu sbg Tuhan atau dewa, memuja: ~ berhala; ~ mata-hari; 4. mengaku diperintah oleh (ditakluki oleh dll), tunduk kpd, mengaku taat kpd: Sultan Muzaffar Shah tiada mahu ~ ke benua Siam; ~ bumi tumbang tertiarap di bumi, roboh: dia tersungkur ~ bumi dgn kepalanya berlumuran darah di hadapan orang ramai yg kegemparan; kondominium yg sudah lama didiami itu tiba-tiba ~ bumi; menyembahkan, mempersembahkan 1. menyampaikan (berita, surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan (pertunjukan dll), memper-tunjukkan (permainan dll): malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara; sembahan yg disembah (Tuhan), yg dipuja-puja atau dihormati, pujaan: berhala yg menjadi ~ penganut agama Buddha; persembahan 1. hadiah (kpd raja, orang-orang yg lebih tinggi martabatnya): segala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dgn persembahannya; 2. sesuatu yg dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dll): ~ lakonan yg diselingi lagu-lagu; penyembahan 1. perihal menyembah atau memuja; 2. pemujaan; penyembah orang yg menyembah, pemuja: ~ berhala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bah] | سمبه

Definisi : me­ngunjukkan (mem­­berikan dsb) se­suatu dgn hormat: Ben­tara telah ~ surat tsb kpd baginda. mempersembahkan 1 mengatakan (memberitahukan dsb) dgn hormat; menyampaikan permohonan dsb dgn hormat: Pengintip-pengintip itu telah pulang ke negeri mereka lalu ~ hal tsb kpd raja mereka. 2 menghidangkan atau menunjukkan sesuatu (filem, drama dsb) kpd umum: Kumpulan tsb akan ~ drama Tamu Bukit Kenny pd malam ini. persembahan 1 apa-apa yg disembahkan; pemberian kpd raja-raja. 2 sesuatu yg dipersembahkan kpd umum: ~ drama Tamu Bukit Kenny sangat memuaskan hati para penonton. penyembahan perbuatan atau hal menyembah. penyembah orang yg menyembah; pemuja: ~ batu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sem.bah] | سمبه

Definisi : 1 perbuatan menghormati dan memuliakan raja dll dgn mem­pertemukan kedua-dua tapak tangan lalu mengangkat ke paras dagu atau dahi: mengangkat ~. 2 kata-kata yg di­ucapkan kpd raja: Demikianlah ~ patik. bersembah berkata-kata dgn hormatnya. menyembah 1 memuliakan Allah dan mentaati-Nya: ~ Allah. 2 (bagi orang bukan Islam) menghormati sesuatu yg di­anggap berkuasa; memuja: ~ api. 3 memberi hormat kpd raja dll dgn mengangkat sembah: Maka Hang Tuah pun ~ baginda lalu pulang ke rumahnya. 4 mengaku tertakluk pd; mengaku taat kpd: Baginda tidak mahu ~ ke benua Siam. ~ bumi jatuh tertiarap ke bumi (bkn orang); roboh dan rosak teruk atau musnah (bkn bangunan). menyembahkan (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembah
Kata Terbitan : menyembah, menyembahkan, mempersembahkan, sembahan, penyembah,

Puisi
 

Kapal Bugis sudah datang,
     Sembah barang kepada raja;
Sudah lama abang berdagang,
     Sampai masa nak balik juga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Titah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bertitah lalu, sembah berlaku).

 

Lihat selanjutnya...(3)