Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pit] | سمڤيت

Definisi : 1 tidak lapang; tidak luas (bkn sesuatu kawasan): Kami terpaksa bersesak-sesak melalui jalan yg ~. 2 ki serba sedikit atau serba kurang (bkn wang, pengetahuan dll); picik (bkn fikiran dll); penuh sesak (bkn sesuatu tempat dsb): Kerana hidupnya ~, dia terpaksa bekerja lebih keras drpd biasa. bersempit-sempit duduk berasak-asak kerana sempit; bersesak-sesak: Bilik belakang masih lapang, jangan ~ di sini. menyempit 1 menjadi sempit; lw meluas. 2 berada di sesuatu tempat dan membuat jadi sempit: Janganlah ~ di tempat orang hendak bekerja. menyempitkan menjadikan sempit: Janganlah ~ fikiran dgn mengikut ajaran-ajaran salah itu. kesempitan 1 keadaan atau hal sempit. 2 mengalami keadaan sempit; kekurangan (wang dsb). penyempitan perbuatan atau hal menyempitkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sem.pit] | سمڤيت

Definisi : 1. tidak luas atau tidak lebar (sesuatu ruang, jalan, dll), kecil, ketat (pakaian): di kiri kanan lorong yg ~ itu terdiri beberapa buah rumah; memakai seluar yg ~; 2. ki cetek atau picik (pandangan, fikiran, dll), dangkal: fikirannya ~; 3. tidak luas liputannya atau tafsirannya, (agak) khusus: perkataan agen dlm konteks racun kulat mempunyai erti yg ~; 4. sesak (kedudukan, keadaan kewangan, dll), susah (penghidupan dsb): semakin kurang pendapatannya, menjadi semakin ~lah penghidupannya; sejak kam-pung itu dihitamkan, kehidupan penduduk-nya semakin ~;~ akal pendek (singkat) akal, tidak panjang fikiran; ~ alam Mn pemarah; ~ dada lekas marah; ~ hati lekas marah, tidak sabar; ~ kening mudah tersinggung; bersempit-sempit berasak-asak, bersesak-sesak: hidup ~ dlm sebuah rumah kecil; menyempit menjadi sempit, membuat jadi sempit: tak usahlah ~ di sini, orang hendak bekerja; menyempitkan 1. menjadikan sempit, me-ngurangkan keluasan (sesuatu), me­ngecilkan: pintu disempitkan lagi kerana tidak dipisah-kan antara penumpang-penumpang dan bukan penumpang; 2. ki menjadikan sempit, mengurangkan (me­ngecilkan dsb), menyusah-kan, menyesakkan, membataskan: perkara ini tidak ~ perjalanan nafas; biarlah saya ~ daerah perbincangan ini sedapat-dapatnya; secara tidak langsung suasana ini ~ peluang tokoh-tokoh belia menimba pengalaman dan mendapat manfaat drpd pergerakan belia; mempersempit menjadikan lebih sempit; kesempitan 1. perihal sempit (susah, sesak, dll): kita dlm ~, kekurangan dan ketiadaan; kerana ~ ruangan maka berita itu tidaklah dapat disiarkan; 2. dlm keadaan terdesak, tersesak: dia tidak dapat bergerak lagi kerana ~; penyempitan perbuatan menyempitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sempit (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan ketat, kecil, kupit, ketang, ketat, kopet, kincup, terik, sepan, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan cetek, picik, dangkal, singkat, pendek, tidak panjang, cupet,
Berantonim dengan luas.

3. Dalam konteks lipatan
bersinonim dengan khusus, terhad, kecil, terbatas,
Berantonim dengan merata

4. Bersinonim dengan miskin: sesak: susah, payah, sukar, picik, serba kekurangan, miskin, papa, teruk, terhimpit, tersepit, terdesak, sulit, rumit, berat, gawat,
Berantonim dengan kaya

Kata Terbitan : bersempit-sempit, menyempit, menyempitkan, mempersempit, kesempitan, penyempitan,

Puisi
 

Sayang Sarawak sungainya sempit,
     Buah nanas lambung-lambungan;
Hendak kubawa perahuku sempit,
     Tinggallah emak tinggal junjungan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sempit bertelempu,
     lega berlunjur.

Bermaksud :

Sesuaikanlah belanja dengan penghasilan. telempu = timpuh.

 

Lihat selanjutnya...(8)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
narrow spectrum antibioticantibiotik spektrum sempitFarmasiFarmakologiantibiotik spektrum sempit; ld. antibiotik spektrum sempit) Antibiotik yang aktif terhadap kumpulan mikroorganisma terpilih. Antibiotik ini biasanya digunakan untuk rawatan jangkitan mikroorganisma tertentu apabila patogen penyebab penyakit tidak diketahui. Agen ini tidak membunuh mikroorganisma seperti antibiotik spektrum luas. Oleh sebab itu, antibiotik spektrum sempit kurang cenderung menyebabkan superjangkitan. Contoh antibiotik spektrum sempit ialah vankomisin, eritromisin dan azitromisin.
diffraction gratingparutan belauanFizikOptikPeranti optik yang terdiri daripada siri susunan celah yang sangat sempit atau lekuk-lekuk sempit pada permukaan yang digunakan untuk menghasilkan spektrum dengan cara pembelauan interferens. parutan.
catwalktiti sampingKejuruteraanKejuruteraan BangunanLaluan sempit atau titi kecil yang dibina pada aras suatu ketinggian untuk digunakan oleh pejalan kaki atau untuk keperluan-keperluan tertentu.
entrance slitcelah masukFizikOptikCelah sempit yang dilalui oleh sinar cahaya yang masuk ke dalam spektrometer optik.
lenticellentiselBotaniTiadaLekuk atau ruang sempit seakan-akan liang pada tisu periderma yang dipenuhi oleh sel-sel yang tersusun longgar dan tidak diliputi oleh suberin. Lekuk ini lebih tebal di sekelilingnya berbanding bahagian tisu periderma yang lain. Fungsinya adalah untuk memudahkan pertukaran gas berlaku.
ductus ejaculatoriusduktus ejakulatoriusBiologiHistologi dan SitologiSaluran sempit yang dikelilingi oleh otot pada hujung vas deferens haiwan vertebrat tertentu dan manusia.
canaliculuskanalikulusVeterinarPraklinikalSaluran atau laluan tubul yang sangat sempit.
capillaryrerambutFizikMekanikSebarang lubang atau liang yang panjang dan sempit.
wind shift-linegaris anjakan anginMeteorologiMeteorologi PerhubunganGarisan atau zon sempit yang disepanjangnya terdapat perubahan arah angin secara mendadak.
retortretortKimiaTiadaRadas makmal yang terdiri daripada bebuli kaca dengan leher sempit yang panjang. Retort digunakan dalam proses penyulingan.
1234

Kembali ke atas