Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
sempurna (adjektif)
1. Bersinonim dengan lengkap: kamal, genap, jap, kamil, kafi, akmal, cukup, penuh, elok, baik,
Berantonim dengan serba kekurangan

2. Bersinonim dengan teratur: rapi, tersusun, sistematik, beres, segeh, kemas, tertib, siap sedia, menyenangkan, elok, bagus,
Berantonim dengan berkecamuk

3. Bersinonim dengan tamat: sudah, selesai, beres, selamat,
Berantonim dengan tertangguh

4. Bersinonim dengan baik sekali: sesuai, patut, cocok, padan, tanjak, labut, paluk, pantas, kena benar, setuju, betah, seimbang, sekun, serasi, selaras, sejalan, setumbuk, setimbal, sewajar, betah, sebanding, seragam, sepakat,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : menyempurnakan, kesempurnaan, penyempurnaan, penyempurna,

Puisi
 

Bunga Cina tanaman Cina,
     Mari dipakai tuan puteri;
Kerja kita akan sempurna,
     Bila sampai masa dijanji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

SumberColumn1
Kurik Kundi Merah SagaSerampang laut nama lagunya, Lawan menyanyi berganti-ganti; Kemaskan kemudi dengan sempurna, Tak karam diharung sampai ke tepi.
Kurik Kundi Merah SagaBunga Cina tanaman Cina, Mari dipakai tuan puteri; Kerja kita akan sempurna, Bila sampai masa dijanji.
Kurik Kundi Merah SagaBawa mari ke kedai Cina, Kerana itu buah dagangan; Hidup kita biar sempurna, Kerana dunia ini adalah tumpangan.

Kembali ke atas