Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.dat] | سندت

Definisi : 1. tidak longgar (cincin dll), ketat, sempit: sampai di rumah, dia melucutkan segala pakaiannya yg serba ~ dan terus merebahkan tubuh ke katil; 2. tidak dapat diisi lagi (karung dll), penuh betul, tumpat: pondok tempat kami berlindung itu terlalu ~ dgn manusia; menyendati memenuhi ruang hingga padat, memadati: dia hilang di celah-celah orang ramai yg ~ lorong itu; menyendatkan menjadikan sendat, me­nyum-batkan; tersendat 1. tersumbat (saluran dll), ter-ketat, tersekat: negara-negara maju meng-alami keadaan ~ disebabkan birokrasi pen-tadbiran yg berlebih-lebihan; 2. = tersendat-sendat; tersendat-sendat ki tersekat(-sekat), tidak lancar: mereka harus dilatih berbicara dgn tenang, jelas, gramatis, tidak ~ dan tidak berbelit-belit; kesendatan keadaan sendat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sendat (adjektif)
1. Bersinonim dengan ketat: sempit, sama padan, terik, sepan, kiat, serat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan penuh: tumpat, penuh sesak, padat, sebu, sebak,
Berantonim dengan lengang

Kata Terbitan : menyendat, tersendat, tersendat-sendat, kesendatan,

Peribahasa

Masuk ke telinga kanan,
     keluar ke telinga kiri.

Bermaksud :

Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar sendat, lapang bertukul).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Majalah

Dewan Masyarakat | 2011 | Disember
tafsiran demokrasi bagi Barat berlainan daripada makna demokrasi bagi junta tentera Myanmar. Dari segi analogi, demokrasi itu barangkali boleh sahaja dianggap seperti pakaian. Bagi junta tentera, demokrasi ala-Barat terlalu sendat untuk tubuh Myanmar yang gempal. Share Bagi menggalakkan rakyat memiliki PhD, semua pihak perlu mewujudkan suatu sistem yang mengiktiraf dan menghargai lulusan PhD. Share UPNM Eksklusif tetapi Inklusif Sejarah UPNM

Kembali ke atas