Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ngét] | سيڠيت

Definisi : /séngét/ tinggi sebelah letak­nya; tidak sama rata letaknya; miring; con­dong: Songkoknya ~ ke kanan. menye­nget menjadi senget. menyengetkan me­letakkan (menjadikan dsb) sesuatu senget; memiringkan: Ali ~ badannya ketika lalu di tempat yg sempit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sé.ngét] | سيڠيت

Definisi : (séngét) tinggi sebelah (letak atau duduk sesuatu benda), condong, miring, sendeng: ketika perahu itu ~ dipukul ombak, badannya ikut bergolek ke tepi; ~-menget tinggi rendah, tidak sama (per-mukaan); biar ~ jangan tertiarap prb lebih baik rugi sedikit drpd rugi banyak; menyenget menjadi senget (tidak seimbang dll), menyendeng: motokar yg mempunyai spring lembut itu ~ apabila mematah selekoh; menyengetkan meletakkan senget, menyen-dengkan, memiringkan; tersenget miring, sendeng (letak sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Sayang encik Melayu,
     Pakai serban senget sebelah;
Kalau berbunyi burung jentayu,
     Ayam di reban serba salah.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
lop-sidedadj 1. inclined to one side, crooked, senget: the house looks somewhat ~, rumah itu kelihatan senget; a ~ smile, senyum senget; 2. unevenly balanced, berat sebelah: pandangan yg berat sebelah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aslantadj senget, miring: his hat was ~, topinya senget;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slant /at, on/ a ~, senget: he hung the picture at a ~, dia menggantung gambar itu senget; 2. (sometimes derog) angle, point of view, sudut (pandangan):Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tiltn1. sloping position, kesengetan, kemiringan, kecondongan, kesendengan; /at a, on the/ ~, senget, miring, sendeng: he wore his hat at a ~, dia memakai topinya senget; the picture was hung on the ~, gambar itu tergantung senget;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
skew n; on the ~, senget: he always wears his hat on the ~, dia selalu memakai topinya senget;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slant he adjusted the ~ of the ladder, dia membetulkan tangga itu supaya lebih condong; the ~ of his hat, topinya yg senget; the floor has a noticeable ~, lantai itu jelas senget;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
askewadv 1. in a crooked line, herot: the seam of her skirt runs ~, kelim skirtnya dijahit herot; 2. in a crooked position, senget: the swing door hung ~, pintu ayun tergantung senget.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
skew-whiff adj (colloq) herot, senget.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
list 2 n senget;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
askewadj 1. twisted to one side, herot: his nose is ~, hidungnya herot; 2. at an oblique angle, senget, miring; (of tall, narrow sturucture) condong, miring; (of tree) condong: a pergola that is ~, punjung yg senget; an ~ lamp post, tiang lampu yg condong; since the storm a number of the trees are ~, sejak berlakunya ribut itu beberapa batang pohon telah menjadi condong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas