Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ngét] | سيڠيت

Definisi : /séngét/ tinggi sebelah letak­nya; tidak sama rata letaknya; miring; con­dong: Songkoknya ~ ke kanan. menye­nget menjadi senget. menyengetkan me­letakkan (menjadikan dsb) sesuatu senget; memiringkan: Ali ~ badannya ketika lalu di tempat yg sempit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sé.ngét] | سيڠيت

Definisi : (séngét) tinggi sebelah (letak atau duduk sesuatu benda), condong, miring, sendeng: ketika perahu itu ~ dipukul ombak, badannya ikut bergolek ke tepi; ~-menget tinggi rendah, tidak sama (per-mukaan); biar ~ jangan tertiarap prb lebih baik rugi sedikit drpd rugi banyak; menyenget menjadi senget (tidak seimbang dll), menyendeng: motokar yg mempunyai spring lembut itu ~ apabila mematah selekoh; menyengetkan meletakkan senget, menyen-dengkan, memiringkan; tersenget miring, sendeng (letak sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Sayang encik Melayu,
     Pakai serban senget sebelah;
Kalau berbunyi burung jentayu,
     Ayam di reban serba salah.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
siku-siku[si.ku.si.ku]kata namabahagian hujung kiri dan kanan tulang melintang layang-layang yang dilengkongkan.Siku-siku layang-layang kau ni aku tengok senget aje.[si.ku.si.ku lA.jAN.lA.jAN kAw ni A.ku t«.No/ s«.Net A.dZ«]Kedua-dua bahagian tepi layang-layang engkau ini aku tengok senget sahaja.
tong banteng sepak[toN bAn.teN se.pA/] tong banting padi yang berdinding senget menirus ke bawah dan lebih rendah daripada tong banteng jamban.Wah, kau pakai tong banteng sepak![wAh kAw pA.kAj toN bAn.teN se.pA/]Wah, kau pakai tong banting sepak!
lendat[l«n.dAt]kata kerjabersandar sehingga menyebabkan sesuatu yang disandar itu senget, melengkung, atau patah.Abes patah pokok ubi aku kene lendat lembu.[A.bes pA.tAh po.ko/ u.bi A.ku k«.n« l«n.dAt l«m.bu]Habis patah pokok ubi aku disandar dengan kuat oleh lembu.

Kembali ke atas