Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ngét] | سيڠيت

Definisi : /séngét/ tinggi sebelah letak­nya; tidak sama rata letaknya; miring; con­dong: Songkoknya ~ ke kanan. menye­nget menjadi senget. menyengetkan me­letakkan (menjadikan dsb) sesuatu senget; memiringkan: Ali ~ badannya ketika lalu di tempat yg sempit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sé.ngét] | سيڠيت

Definisi : (séngét) tinggi sebelah (letak atau duduk sesuatu benda), condong, miring, sendeng: ketika perahu itu ~ dipukul ombak, badannya ikut bergolek ke tepi; ~-menget tinggi rendah, tidak sama (per-mukaan); biar ~ jangan tertiarap prb lebih baik rugi sedikit drpd rugi banyak; menyenget menjadi senget (tidak seimbang dll), menyendeng: motokar yg mempunyai spring lembut itu ~ apabila mematah selekoh; menyengetkan meletakkan senget, menyen-dengkan, memiringkan; tersenget miring, sendeng (letak sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Sayang encik Melayu,
     Pakai serban senget sebelah;
Kalau berbunyi burung jentayu,
     Ayam di reban serba salah.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Adakah perkataan senget sesuai digunakan dalam ayat di bawah?Mohon pencerahan. -Lengan baju kurungnya senget kerana silap dijahit. 2)Adakah kata penguat 'terlalu amat' di bawah sesuai digunakan? -Kuala Tahan terlalu amat terkenal sebagai lokasi tumpuan pengail.Untuk ayat (1) perkataan "senget" sesuai.

Ayat (2) pula kata penguat "terlalu amat" sesuai digunakan tetapi secara gramatisnya agak lewah.
Lain-lain29.08.2014
Semua murid berdiri tegak apabila lagu kebangsaan dinyanyikan. Jawaban yang diberi oleh buku untuk antonim bagi perkataan 'tegak' ialah 'senget' dan bukan 'condong'. Bolehkah berikan penerangan untuk soalan ini?Menurut Kamus Dewan, condong, miring, sendeng dan senget membawa maksud yang sama. Sehubungan dengan itu, senget boleh digunakan sebagai antonim bagi perkataan tegak.Tatabahasa15.11.2015
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan jawapan yang benar bagi soalan B. Melayu tahun 3 bagi anak saya. Soalan: Pokok kelapa itu CONDONG ke arah rumah Pak Salim. Pilihan jawapan, A Senget B. Miring C Tegak D bengkok. Jawapan guru yang menanda kertas ialah BENGKOK. Kamus DBP edisi 4 menyatakan sinonim bagi condong ialah senget / miring. 3 orang guru BM sekolah anak saya enggan terima jawapan senget. Alasan mereka. Pokok adalah benda hidup, bengkok lebih tepat daripada senget. Saya ingin kepastian daripada pihak tuan, supaya pada masa akan soalan sebegini tidak akan mengelirukan pelajar. Saya amat berharap tuan akan email kepada saya jawapan yang tepat untuk dirujuk kepada guru-guru berkenaan. Kerjasama tuan amat dihargai. Sekian terima kasih.Merujuk Kamus Dewan sinonim bagi condong ialah senget/miring, maka jawapan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah A dan B. Bengkok lazimnya dikaitkan dengan jalan.Tatabahasa23.10.2012
1)Nenek kebayan sering digambarkan sebagai seorang perempuan tua yang bertongkat dan bertubuh senget.2)Adik mengejar ayah yang baru balik dari kerja kerana terdapat onde-onde di tangannya. Tolng betulkan.Terima kasih.1. Nenek kebayan sering digambarkan sebagai seorang perempuan tua yang bertongkat dan bertubuh bongkok.
2. Adik mengejar ayah yang baru balik daripada bekerja kerana terdapat onde-onde di tangannya.
Tatabahasa08.07.2012
menebang pokok yang cenderung.. tuan, mengikut kamus, cenderung bermaksud 2 tidak tegak; condong; senget adalah ayat ini betul? bolehkah tuan kasi contoh yang sesuai untuk kegunaan cenderung dalam aspek tidak tegak. TQ

contoh ayat yang diberikan adalah betul. contoh lain ialah : meriam besi itu cenderung ke arah baruh.

Tatabahasa17.09.2011
Salam.. Apakah contoh ayat bagi perkataan kekisi? Terima kasih..Kekisi yang dipasang itu tidak lurus menyebabkan tingkap tersebut senget.Tatabahasa26.07.2013
1)Adakah perkataan menuntun sesuai digunakan di dalam ayat di bawah? - Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi tatabahasanya atau perbendaharaan kata?Jika ada, mohon diperbetul. - Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. -Pegawai Pertanian itu sedang berceramah dengan para pekebun kecil. -Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. -Lengan baju kurungnya senget kerana silap dijahit. - Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. -Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 3)Adakah penggunaan perkataan terdedah di bawah salah?Jika ya mohon diperbetul. -Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 4)Apakah jawapan yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?Adakah kedua-dua jawapan A dan B boleh diterima atau jawapan A yang paling tepat. - Siew Ping amat _________ melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut. A. leka B. khusyuk
Ayat ini betul: 
1. Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu.
2. Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. 
3. Pegawai Pertanian itu sedang berceramah kepada  para pekebun kecil.
4. Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. 
5. Lengan baju kurungnya senget kerana tersilap jahit. 
6. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. 
7. Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 
8. Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 
9. Siew Ping amat leka melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut.
Tatabahasa21.08.2014
Mohon beri nasihat mengenai terjemahan untuk perkataan "tilting". Konteksnya ialah "tilting the camera down". Jika saya guna perkataan "condong" sebagai terjemahan bagi "tilt", bolehkah saya guna "menyondong" sebagai terjemahan bagi "tilting"? Dalam PRPM, perkataan "menyondong" bermaksud "mencari (menangkap) udang", tetapi "menyondong" juga digunakan di bawah istilah Malaysia dan membawa maksud condong. "Tilting the camera down" patut diterjemahkan sebagai: 1) Menyondong kamera ke bawah atau 2) Condongkan kamera ke bawahTilting boleh diterjemahkan kepada dongak, condong atau senget bergantung pada konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan12.03.2015
Apakah istilah yang sesuai untuk menerangkan perubahan arah sesuatu objek apabila kita putarkan objek itu? Dilampirkan istilah dan penerangan yang saya rasa sesuai dalam lampiran.Soalan yang dikemukakan berkaitan dengan soalan sebelum ini, iaitu faktor baharu yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang. Jawapan kami: "Dalam Kamus Dewan, kedudukan bermaksud keadaan yang sebenar, dan keadaan ialah hal atau kedudukan pada sesuatu ketika. Pada pandangan kami senget atau terbalik masih boleh diklasifikasikan dalam kedudukan sesuatu objek, melainkan ada dapatan lain/baharu yang menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini, ada baiknya dapatan yang ditemukan (jika persis) dibincangkan dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP." Maklumat tambahan yang dapat kami berikan, dalam bidang Matematik orientasi diterjemahkan kepada penentuan hala terhadap sesuatu, atau hala, seperti ikut arah jam, lawan arah jam, sebelah kiri, sebelah kanan, dan sebagainya. Berdasarkan visual yang dilampirkan, pergerakan yang berlaku ialah lawan arah jam. Oleh itu, pada pandangan kami perkataan hala boleh digunakan.Tatabahasa19.01.2014
Salam. Saya sedang berbengkel untuk buku teks Sains. Dalam perbincangan berkaitan "Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-bayang". Selama ini, kita hanya diberitahu faktor yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang ialah kedudukan objek dan saiz objek. Malangnya, dalam perbincangan ini, timbul satu isu berhubung faktor lain yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang iaitu ORIENTASI objek. ORIENTASI yang dimaksudkan di sini ialah keadaan/kedudukan objek (botol) yang disengetkan, terbalik, terbaring dll. Adakah terma yang digunakan ini tepat?Dalam Kamus Dewan, kedudukan bermaksud keadaan yang sebenar, dan keadaan ialah hal atau kedudukan pada sesuatu ketika. Pada pandangan kami senget atau terbalik masih boleh diklasifikasikan dalam kedudukan sesuatu objek, melainkan ada dapatan lain/baharu yang menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini, ada baiknya dapatan yang ditemukan (jika persis) dibincangkan dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi.Tatabahasa19.01.2014

Kembali ke atas