Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ngét] | سيڠيت

Definisi : /séngét/ tinggi sebelah letak­nya; tidak sama rata letaknya; miring; con­dong: Songkoknya ~ ke kanan. menye­nget menjadi senget. menyengetkan me­letakkan (menjadikan dsb) sesuatu senget; memiringkan: Ali ~ badannya ketika lalu di tempat yg sempit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sé.ngét] | سيڠيت

Definisi : (séngét) tinggi sebelah (letak atau duduk sesuatu benda), condong, miring, sendeng: ketika perahu itu ~ dipukul ombak, badannya ikut bergolek ke tepi; ~-menget tinggi rendah, tidak sama (per-mukaan); biar ~ jangan tertiarap prb lebih baik rugi sedikit drpd rugi banyak; menyenget menjadi senget (tidak seimbang dll), menyendeng: motokar yg mempunyai spring lembut itu ~ apabila mematah selekoh; menyengetkan meletakkan senget, menyen-dengkan, memiringkan; tersenget miring, sendeng (letak sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Sayang encik Melayu,
     Pakai serban senget sebelah;
Kalau berbunyi burung jentayu,
     Ayam di reban serba salah.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sengetsengetKesenianTiadaKeadaan wau yang berat sebelah.
slanting death diseasepenyakit mati sengetBiologiPatologiPenyakit tembakau yang disebabkan oleh Furasium solani dan F. oxysporum. Gejalanya ialah layu pada sebelah bahagian tumbuhan hingga kelihatan senget.
alistsengetKejuruteraanTiadaTiada
alistsengetSukanTiada.
tiltcondong; sengetKomunikasiTiadaTiada
tiltcondong; sengetMatematikTiadaTiada
listsenarai; sengetPentadbiranTiadaTiada
tiltcondong; sengetPerubatanTiadaKeadaan gigi yang tidak tegak atau miring ke sebelah.
listsenarai; sengetPerikananTiadaTiada
tiltcondong; sengetPerikananTiadaTiada
12345

Kembali ke atas