Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ngét] | سيڠيت

Definisi : /séngét/ tinggi sebelah letak­nya; tidak sama rata letaknya; miring; con­dong: Songkoknya ~ ke kanan. menye­nget menjadi senget. menyengetkan me­letakkan (menjadikan dsb) sesuatu senget; memiringkan: Ali ~ badannya ketika lalu di tempat yg sempit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sé.ngét] | سيڠيت

Definisi : (séngét) tinggi sebelah (letak atau duduk sesuatu benda), condong, miring, sendeng: ketika perahu itu ~ dipukul ombak, badannya ikut bergolek ke tepi; ~-menget tinggi rendah, tidak sama (per-mukaan); biar ~ jangan tertiarap prb lebih baik rugi sedikit drpd rugi banyak; menyenget menjadi senget (tidak seimbang dll), menyendeng: motokar yg mempunyai spring lembut itu ~ apabila mematah selekoh; menyengetkan meletakkan senget, menyen-dengkan, memiringkan; tersenget miring, sendeng (letak sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Sayang encik Melayu,
     Pakai serban senget sebelah;
Kalau berbunyi burung jentayu,
     Ayam di reban serba salah.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. tersendeng = tersenget-senget.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shape constancykemalaran bentukPsikologiPsikologi UmumPengamatan yang agak kekal terhadap satu-satu bentuk walaupun bentuk imej dalam retina telah berubah. Contohnya, buku yang berkedudukan senget di atas meja masih boleh dilihat bersegi empat walaupun bentuknya di retina tidak seperti sepatutnya. Walau bagaimanapun, individu yang berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol boleh mengubah kemampuan ini kerana saiz dan bentuk tidak lagi kelihatan malar.
Down syndromesindrom DownPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang berpunca daripada masalah genetik atau kromosom terutama kromosom yang ke-21 yang berganda dua atau trisomi. Trisomi boleh berpunca daripada kecacatan dalam telur ibu atau sperma bapa. Punca ini juga boleh dikaitkan dengan umur perkahwinan lelaki atau perempuan. Individu yang berkahwin lewat berkemungkinan tinggi melahirkan anak sindrom Down. Individu yang mengalami sindrom Down biasanya akan mengalami kerencatan akal, di samping memperlihatkan ciri atau sifat fizikal yang serupa seperti mata senget, jari kaki tangan yang pendek dan gemuk, lidah sedikit terjulur dan rambut jarang.

Kembali ke atas