Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sérai); terserai terserak, tersebar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. = ~ betul = ~ makan = ~ sayur sj tum-buhan (rumput yg daunnya berbau harum), Cymbopogon citratus; 2. = ~ wangi sj tumbuhan (rumput yg lebih rimbun dan wangi drpd serai betul), Cymbopogon nardus; ~ kayu sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat perencah masakan), jambu hutan, kelat merah, kelat putih, kelat samak, pokok palung, samak, Eugenia polyantha; ~ kemangi ki kerabat yg jauh; gulai lampau ~, tentu maung prb sesuatu yg berlebihan (perbuatan, percakapan, dll) itu akan mendatangkan keburukan; serumpun bagai ~, selubang bagai tebu prb muafakat sekali, seia sekata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tumbuh-tumbuhan yg seakan-akan lalang yg digunakan sbg ramuan dlm masakan, Cymbopogon citratus. ~ wangi nama sj serai yg lebih wangi drpd serai biasa, Cymbopogon nardus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serai
Kata Terbitan : terserai,

Puisi
 

Serai ini bukan serai kayu,
     Serai bernama penyakit kulit;
Cerai ini bukan cerai lalu,
     Cerai bernama berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Seliang bagai tebu,
     serumpun bagai serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(7)