Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[siap] | سياڤ

Definisi : 1. sudah sedia (pakaian, makanan, dll), sudah disediakan, mustaid: makanan sudah ~; 2. selesai (dibuat dll): ibuku sudah ~ bertanak dan menggulai; 3. = ~ sedia = ~ siaga sudah bersedia utk (melakukan sesuatu dll): mereka sudah ~ utk menghadapi tugas; 4. = bersiap Id jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dlm tentera); bersiap 1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, ber­waspada: setelah kelihatan itu, maka masing­masing pun ~lah menghadapi perahu perom­pak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera); bersiap-siap, bersiap-siapan membuat persediaan, berlengkap-lengkap, bersedia­sedia: negeri Kuripan sedang ~ utk per­kahwinan tuan puteri; bersiapkan sl = mempersiapkan: Yang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya; menyiapkan, mempersiapkan 1. menye­diakan, mengadakan: isterinya ~ makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yg cukup utk ~ pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemas­kan) sesuatu utk: disiapkannya sebuah perahu utk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yg akan mencegah perbuatan rasuah; persiapan 1. perihal bersiap-siap (memper­siapkan): empat pasukan bola sepak sedang giat menjalani latihan sbg ~ utk merebut gelaran johan; 2. segala sesuatu yg disiapkan, kelengkapan, persediaan: ia pun pulang utk membuat ~ belayar; beberapa hari sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat; penyiapan perbuatan menyiapkan atau menyudahkan sesuatu (bangunan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
siap (kata kerja)
Bersinonim dengan selesai, habis, berakhir, tamat, sempurna, beres, usai, sudah jadi;,
Kata Terbitan : bersiap, bersiap-siap, menyiapkan, persiapan, penyiapan,

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Majalah

Dewan Budaya » 2017 » June
Kita • Tradisi • Umum Home » 2017 » June 0 Comments Makan untuk Hidup atau Hidup untuk Makan? admin on June 2nd, 2017 Teks MUHAMMAD LUTFI ZAHID Pada petang itu, penulis ini bersiap-siap untuk pergi mengeluarkan peluh di taman rekreasi yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Usai memakai pakaian sukan dan mengenakan kasut, penulis ini dengan segera bergegas ke taman tersebut kerana jam
Dewan Budaya » 2013 » March
pak cik jangan lupa datang semula dan hantar kami balik hotel di Wakaf Che Yeh, ya.” Kami pun terus mencari bahan berita. *** Tepat pukul 6.30 petang, pak cik sudah siap menunggu kami. “Pak cik pernah ke Kuala Lumpur?” tanya Kak Gee. “Masa muda-muda, pak cik pernah menjadi askar wataniah dan tinggal di berek tentera di Padang Tembak. Pak cik
Dewan Budaya » 2011 » December
merung mesuk nang semulai, lebih baik engkau jangan duduk dengan si anu itu. Dia nak pukul dan beri engkau, nak jual engkau pada orang lain. Duduklah dengan aku, aku dah siap tempat yang elok untuk engkau …” Bait-bait tersebut merupakan mantera semangat menanam padi yang menjadi tradisi turun-temurun pesawah ketika tiba musim menuai padi. Mantera dan semangat padi yang terus

Kembali ke atas