Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[siap] | سياڤ

Definisi : 1. sudah sedia (pakaian, makanan, dll), sudah disediakan, mustaid: makanan sudah ~; 2. selesai (dibuat dll): ibuku sudah ~ bertanak dan menggulai; 3. = ~ sedia = ~ siaga sudah bersedia utk (melakukan sesuatu dll): mereka sudah ~ utk menghadapi tugas; 4. = bersiap Id jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dlm tentera); bersiap 1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, ber­waspada: setelah kelihatan itu, maka masing­masing pun ~lah menghadapi perahu perom­pak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera); bersiap-siap, bersiap-siapan membuat persediaan, berlengkap-lengkap, bersedia­sedia: negeri Kuripan sedang ~ utk per­kahwinan tuan puteri; bersiapkan sl = mempersiapkan: Yang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya; menyiapkan, mempersiapkan 1. menye­diakan, mengadakan: isterinya ~ makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yg cukup utk ~ pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemas­kan) sesuatu utk: disiapkannya sebuah perahu utk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yg akan mencegah perbuatan rasuah; persiapan 1. perihal bersiap-siap (memper­siapkan): empat pasukan bola sepak sedang giat menjalani latihan sbg ~ utk merebut gelaran johan; 2. segala sesuatu yg disiapkan, kelengkapan, persediaan: ia pun pulang utk membuat ~ belayar; beberapa hari sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat; penyiapan perbuatan menyiapkan atau menyudahkan sesuatu (bangunan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
siap (kata kerja)
Bersinonim dengan selesai, habis, berakhir, tamat, sempurna, beres, usai, sudah jadi;,
Kata Terbitan : bersiap, bersiap-siap, menyiapkan, persiapan, penyiapan,

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi.

Bermaksud :

Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar).

 

Lihat selanjutnya...(2)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ready mixed concretekonkrit siap campurKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit yang telah siap disediakan sebelum di bawa ke tempat peletakan. Konkrit siap campur digunakan di tempat yang ruang kerjanya sempit dan sukar untuk mendirikan loji pencampur.
finish lumberkayu siapLandskapTiadaKayu yang telah siap diketam dan dirawat untuk digunakan da lam pembinaan.
finish floor elevationaras lantai siapLandskapTiadaKetinggian aras permukaan lantai yang telah siap dibina.
milled timberkayu siapPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKayu gergaji yang telah melalui proses kemasiapan seperti pengetaman dan pengumaian, dan menghasilkan kayu atau papan gergaji yang telah siap untuk digunakan. Misalnya, kayu tanggam lidah-lurah.
factory finished boardpapan kemasan kilangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPapan panel yang berasaskan kayu, yang telah dikemas siap permukaannya semasa di kilang. Proses kemas siap termasuk mengecat, menyapu lilin atau melapis hamparan atas.
acuistik boardpapan akustikPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPapan penebatan struktur yang berketumpatan rendah danbersifat menyerap bunyi, dan biasanya telah dikemas siap di kilang. Proses kemas siap menghasilkan permukaan kayu yang teralur, berlurah dan berlubang-lubang untuk mengurangi pembalikan bunyi dan seterusnya mengurangi gema.
precast concrete footingalas konkrit pratuangKejuruteraanKejuruteraan Bangunanalas konkrit yang siap dibentuk di kilang atau ditapak pembinaan sebelum dipasangkan pada struktur. alas konkrit pratuang selalunya digunakan untuk menyokong tiang kayu, tiang keluli ataupun tiang konkrit pratuang. ia digunakan dengan meluas dalam sistem pembinaan pasang siap.
tremie concretekonkrit tremiKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit siap campur yang digunakan semasa pengkonkritan di dalam air dengan menggunakan paip tertentu yang disambungkan terus ke corong tuang.
prehung doorpintu pragantungKejuruteraanKejuruteraan BangunanPintu yang siap dipasang dengan engsel pada bingkainya semasa di kilang pengeluar.
transit-mixed concretekonkrit jalananKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit yang siap dicampurkan di dalam drum semasa perjalanan ke tempat peletakan.
12345678

Kembali ke atas