Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.fat] | صيفت

Definisi : 1 keadaan atau rupa sesuatu ben­da yg dpt dilihat: Kalau menilik ~nya, binatang itu serangga. kurang ~ tidak cukup sifatnya (spt tidak berkaki). 2 tanda-tanda yg umum utk mengenali sesuatu; keadaan yg ada pd sesuatu: Kekal ialah salah satu ~ Allah. 2 ke­lakuan atau tabiat yg dimiliki seseorang; perangai: ~nya peramah. ~ tekun ist sifat sesuatu benda utk terus kekal tetap atau terus bergerak pd garisan yg lurus (jika benda itu sedang bergerak dan tidak diganggu oleh kuasa lain). bersifat mempunyai sifat; berperangai: Adiknya ~ pemalu. menyifatkan 1 menceritakan sifat-sifatnya; menggambarkan: Dapatkah kamu ~ rupa hantu itu? 2 merupakan dirinya spt: Apabila diparang, dia ~ dirinya spt harimau. 3 menganggap sbg: Panglima itu ~nya sbg musuh dlm selimut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[si.fat] | صيفت

Definisi : 1. keadaan atau rupa sesuatu benda yg dapat dilihat: adapun ~nya itu kulihat tinggi besar, mukanya bujur sirih; kekurangan ~ cacat pd badan; 2. keadaan yg dipunyai oleh sesuatu (benda, orang dll), tanda-tanda yg khas utk mengenal sesuatu benda: puisi mem­punyai ~ yg berlainan drpd prosa; ~ kimia sesuatu asid; 3. (dasar) pembawaan seseorang, perangai, tabiat, watak: itu sudah ~ seorang perempuan; bersifat mempunyai sifat: seni ~ universal; manusia ~ lemah; menyifatkan 1. menggambarkan, mengi­sahkan, menceritakan: dapatkah kamu ~ bagaimana rupa haiwan ini ketika ia masih hidup? 2. menganggap sesuatu sbg: beliau ~ mereka sbg musuh dlm selimut; tersifatkan terperikan, terkatakan, terkha­barkan: maka hairanlah hati Raja Iskandar, tiada dapat ~ lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sifat (kata nama)
1. Bersinonim dengan keadaan: rupa, tanda, ciri, bentuk, corak, peri, hal,

2. Bersinonim dengan pembawaan: perangai, watak, kelakuan, tabiat, fitrah, kebiasaan, resam, adat, laku, kelakuan, afal, khalikah, khuluk,

Kata Terbitan : bersifat, menyifatkan,

Puisi
 

Anak ayam turunnya lima,
     Mati seekor tinggalnya empat;
Budi Tuhannya sudah diterima,
     Supaya hambanya membaca sifat.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Hitam bagai buntut (= pantat) belanga.

Bermaksud :

Perihal keburukan sifat seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(13)

184

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bagaimana contoh, begituah gubahannya

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana contoh, begituah gubahannya .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(27)

Pantun

PantunSumberTema
Kata tua kata adat, Adat berisi contoh teladan; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati senonoh iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata adat, Adat berisi tunjuk ajar; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati elok penyabar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau nak tahu lepat berkuah, Tengoklah ketupat di dalam api; Kalau hendak sifat bertuah, Tengoklah sifat sahabat nabi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sifat mana yang kita pandang, Sifat guru berhati bijak; Adat mana yang kita pegang, Adat Melayu bersendi syarak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat muda suka berjalan, Berjalan jauh menuntut ilmu; Adat dijaga sempurna iman, Iman kukuh patut ditiru.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat tua berdada lapang, Jadi teladan yang muda; Adat dijaga lembaga dipegang, Jadi pedoman sepanjang masa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat jantan gagah berani, Terhadap musuh pantang mengelak; Adat berjalan bertuah negeri, Hidup senonoh terbilang akhlak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat perahu menentang badai, Ditimpa badai pantang mengelak; Adat Melayu pantang bertikai, Bila bertikai datanglah balak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat perahu berpantang hanyut, Bila hanyut tentulah larat; Adat Melayu berpantang takut, Bila penakut tentulah lumat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat perahu pantang tersakat, Bila tersakat datang musibah; Adat Melayu pantang mengumpat, Bila mengumpat malang bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1234567

Kembali ke atas