Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.fat] | صيفت

Definisi : 1 keadaan atau rupa sesuatu ben­da yg dpt dilihat: Kalau menilik ~nya, binatang itu serangga. kurang ~ tidak cukup sifatnya (spt tidak berkaki). 2 tanda-tanda yg umum utk mengenali sesuatu; keadaan yg ada pd sesuatu: Kekal ialah salah satu ~ Allah. 2 ke­lakuan atau tabiat yg dimiliki seseorang; perangai: ~nya peramah. ~ tekun ist sifat sesuatu benda utk terus kekal tetap atau terus bergerak pd garisan yg lurus (jika benda itu sedang bergerak dan tidak diganggu oleh kuasa lain). bersifat mempunyai sifat; berperangai: Adiknya ~ pemalu. menyifatkan 1 menceritakan sifat-sifatnya; menggambarkan: Dapatkah kamu ~ rupa hantu itu? 2 merupakan dirinya spt: Apabila diparang, dia ~ dirinya spt harimau. 3 menganggap sbg: Panglima itu ~nya sbg musuh dlm selimut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[si.fat] | صيفت

Definisi : 1. keadaan atau rupa sesuatu benda yg dapat dilihat: adapun ~nya itu kulihat tinggi besar, mukanya bujur sirih; kekurangan ~ cacat pd badan; 2. keadaan yg dipunyai oleh sesuatu (benda, orang dll), tanda-tanda yg khas utk mengenal sesuatu benda: puisi mem­punyai ~ yg berlainan drpd prosa; ~ kimia sesuatu asid; 3. (dasar) pembawaan seseorang, perangai, tabiat, watak: itu sudah ~ seorang perempuan; bersifat mempunyai sifat: seni ~ universal; manusia ~ lemah; menyifatkan 1. menggambarkan, mengi­sahkan, menceritakan: dapatkah kamu ~ bagaimana rupa haiwan ini ketika ia masih hidup? 2. menganggap sesuatu sbg: beliau ~ mereka sbg musuh dlm selimut; tersifatkan terperikan, terkatakan, terkha­barkan: maka hairanlah hati Raja Iskandar, tiada dapat ~ lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sifat (kata nama)
1. Bersinonim dengan keadaan: rupa, tanda, ciri, bentuk, corak, peri, hal,

2. Bersinonim dengan pembawaan: perangai, watak, kelakuan, tabiat, fitrah, kebiasaan, resam, adat, laku, kelakuan, afal, khalikah, khuluk,

Kata Terbitan : bersifat, menyifatkan,

Puisi
 

Anak ayam turunnya lima,
     Mati seekor tinggalnya empat;
Budi Tuhannya sudah diterima,
     Supaya hambanya membaca sifat.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Hitam bagai buntut (= pantat) belanga.

Bermaksud :

Perihal keburukan sifat seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(13)

184

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bagaimana contoh, begituah gubahannya

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana contoh, begituah gubahannya .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(27)

Majalah

Dewan Budaya » 2014 » October
untuk menyokong nilai masyarakatnya. Dalam tamadun Cina, corak pemikiran yang digunakan oleh Mencius meninggalkan pengaruh yang kuat dalam sistem moral, etika dan falsafah politik. Mencius mempercayai kelahiran setiap manusia dengan sifat semula jadi yang baik dan bermoral tinggi. Tulisan Mencius, dalam buku Mencius , telah mengangkat statusnya sebagai guru terpenting dalam fahaman Confucius selepas Confucius sendiri. Fahaman Mencius berserta Confucius ini menjadi membuat keputusan untuk bersara dan kembali ke tempat asalnya. Peranan Mencius begitu bermakna dalam tamadun Cina kerana dia memperkenalkan kaedah pengajaran yang inovatif daripada aspek pemahaman politik, perkembangan diri, serta sifat semula jadi manusia. Mencius mengajar dengan berdasarkan fahaman Confucius. Falsafah politiknya menjadi ikutan banyak pihak, terutama sekali pihak berkuasa kerajaan. Ajaran Mencius meninggalkan pengaruh yang kuat bukan sahaja terhadap golongan
Dewan Budaya » 2013 » November
disebutkan oleh Ibnu Abd Rabbihi, seorang penulis dari Andalusia pada abad ke-10 yang menyatakan bahawa “oud ialah barbat”. Ilmuwan Islam seperti Ibnu Khaldun dan Ibnu Sina sering membicarakan tentang sifat-sifat oud yang dimuatkan di bawah tajuk barbat. Di Yaman terdapat sebuah alat muzik yang dipanggil gambus yang menghasilkan suara yang mirip kepada oud dari negara Arab yang lain dan menggunakan
Dewan Masyarakat | Pembuangan Bayi Meninggalkan Kesan yang Parah
Surat Pembaca • Video • A Kadir Jasin Bercerita • Isu Utama • Nota Editor • Perspektif • Ulasan Buku Pembuangan Bayi Meninggalkan Kesan yang Parah Penulis tertarik untuk memberi maklum balas terhadap rencana “Apabila Hilangnya Sifat Kemanusiaan …” oleh Aninah Janang dalam Dewan Masyarakat April 2010. Penulis bersetuju dengan Aninah yang menggambarkan masalah pembuangan bayi merupakan penyakit sosial segelintir masyarakat kita yang tandus nilai kemanusiaan. Masalah ini
Dewan Masyarakat | Kenangan
Pendidikan • Sukan • Surat Pembaca • Video • A Kadir Jasin Bercerita • Isu Utama • Nota Editor • Perspektif • Ulasan Buku Orang Melayu menghormati agama dan kepercayaan orang Cina dan India, dan begitu juga sebaliknya. Sifat terpuji sebeginilah yang menjadi tunjang dan tulang belakang kemajuan kita sebagai bangsa yang berjaya. Share Kehancuran DSK bukan sahaja kemahuan eksklusif golongan neoliberal AS, tetapi dikongsi oleh golongan elit politik
Dewan Budaya » 2015 » May
perihal dunia orang cacat pelihatan serta muzik/lagu kegemaran mereka? Adakah mudah untuk membawa warna mereka di ibu kota dalam naskhah dan pentas? Untuk saya, tidak. Kita kena kenal akan sifat, sikap, dan pemikiran mereka, sekali gus cabaran harian yang dihadapi oleh mereka. Khalid Salleh, yang lebih mesra dipanggil Wak Khalid, amat arif dengan dunia mereka kerana dia sendiri membesar di
Dewan Budaya » 2012 » April
banyak pengikut Confucius termasuklah China, Vietnam, Korea Utara, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia dan Jepun. Confucius merupakan fahaman yang membentuk satu sistem moral yang diasaskan oleh nilai akhlak, sifat kemanusiaan dan perasaan kasih sayang. Sistem ini terbentuk ekoran pengalaman yang dilalui Kung Fu Tze pada zaman pemerintahan yang kacau-bilau. Ketika itu pemerintah dikatakan menindas rakyat, mengamalkan rasuah, dan
Dewan Budaya » 2015 » March
pantai Coromandel terpaksa tinggal di Melaka untuk satu jangka masa yang panjang, sementara menanti perubahan angin monsun untuk pulang ke India bagi mendapatkan bekalan dan barangan untuk berdagang. Oleh sebab sifat perniagaan mereka yang sedemikian, mereka berdomisil di Melaka dan mengahwini wanita tempatan yang terdiri daripada orang Melayu, Jawa, Batak dan peranakan Cina. Anak yang lahir hasil daripada proses akulturasi dan
Dewan Budaya » 2017 » January
tahun 2000. Titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini, “Perbendaharaan kata sesuatu bahasa menggambarkan khazanah tamadun, hubungan silang budaya yang berlaku, kisah pengembaraan, sifat keterbukaan, dinamisme, kemajuan, dan tahap kemahiran teknologi sesuatu bangsa pada sesuatu masa. Bahasa utama di dunia memiliki adukan perbendaharaan kata daripada pelbagai bahasa.” Kita tidak patut mengambil langkah berundur ke
Dewan Masyarakat | 2011 | Mei
menghabiskan peruntukan tahunan tanpa memikirkan hasilnya kepada rakyat. Share Hargai Keunikan Kita, Hormati Perbezaan Agama Sosial Orang Melayu menghormati agama dan kepercayaan orang Cina dan India, dan begitu juga sebaliknya. Sifat terpuji sebeginilah yang menjadi tunjang dan tulang belakang kemajuan kita sebagai bangsa yang berjaya. Share Kelangsungan Hidup Pemborong Melayu Rencana Utama Pelbagai inisiatif diusahakan oleh kerajaan untuk meningkatkan pembabitan orang
Dewan Masyarakat | 2011 | Disember
berkenaan. Share Penjualan Bayi Sosial Difahamkan nilai seseorang bayi yang dijual adalah antara RM15 ribu sehingga RM30 ribu dan boleh mencecah harga yang lebih tinggi jika bayi tersebut cukup segala sifat, sihat, dan cantik raut wajahnya. Share Cerita Projek Sungai Penchala Alam Sekitar Penulis berasa teruja apabila melihat pelbagai pihak sudi meluangkan masa untuk duduk semeja berbincang dan berdebat mengenai nasib
Dewan Budaya » 2011 » December
Provinsi Fujian atau Hokkien, Guangdong dan Pulau Hainan ke Lautan Selatan, iaitu Nanyang, secara besar-besaran pada abad ke-18. Dengan berlatarbelakangkan demikian, pada umumnya, subetnik Cina boleh diidentifikasikan melalui sifat budaya terutamanya penggunaan bahasa dialek dan tempat asal-usul. Pengkategorian tersebut disebut dalam bahasa Cina sebagai fangyanqun. ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Budaya Disember 2011. Posted in: Uncategorized New
Dewan Budaya » 2012 » March
Manusia Berdosa admin on March 9th, 2012 Oleh Maisarah Mansor R oh teater dinyalakan sebaik-baik sahaja cahaya merah tertumpu pada watak Dah. Teknik pencahayaan membangkitkan makna marah dan berani, sifat yang akhirnya mencipta watak Dah sebagai makhluk berdosa. Aku Manusia Berdosa merupakan frasa rintihan seorang hamba yang hina kepada Tuhannya serta jiwa manusia yang menyesali dosa lalu sekali gus mengaku
Dewan Budaya » 2014 » July
Hal ini tidak jauh berbeza daripada filem agama Kristian, seperti The Ten Commandments (1956), The Passion of Christ (2004), Leap of Faith (1992), Da Vinci Code (2006) and 2012 (2009). Sifat kegamaan dalam filem Hindu dan Kristian turut mengangkat dan memperagakan ikon dan simbol agama terbabit. Dalam Islam, tidak terdapat tradisi mitologi, ikonografi, dan hagiografi kerana dalam Islam, tidak terdapat watak
Dewan Budaya » 2015 » February
it . Apabila mendengar ucapan sedemikian, kita rasa dihargai dan berusaha melakukan kebaikan pada masa yang akan datang. Budaya berbudi bahasa sememangnya memberikan makna yang lebih mendalam, sekali gus memotivasikan budaya sifat suka membantu antara satu sama lain. Budaya berterus terang juga menjadi amalan yang patut dipuji meskipun amat sukar untuk diterima. Masyarakat Barat, khususnya, suka dan mudah untuk menyebut I am

Kembali ke atas