Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.hir] | سيحير

Definisi : , = ilmu ~ ilmu ghaib yg dpt menyakiti atau dpt mempesona orang: ahli (orang, tukang) ~ orang yg pandai menggunakan sihir. menyihir me­ngenakan sihir pd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[si.hir] | سيحير

Definisi : perbuatan (atau kejadian) luar biasa yg dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yg melibatkan makhluk halus; menyihir 1. menggunakan sihir: dia pandai ~; 2. mengenakan sihir pd, mempesona: mengapakah jadi begini, adakah saudara telah ~ saya?; menyihiri menjadikan seseorang seolah­olah terpukau (oleh seni, kecantikan dsb): manusia pd zaman itu disihiri oleh seni; menyihirkan menjadikan sesuatu sbg bahan utk membuat seseorang terpukau: di sinilah ketakutan atau kengerian disihirkan kpd penonton; tersihir kena sihir atau disihir, terpesona, terpukau: suasana dlm bilik itu kaku, seolah­olah ~ menyaksikan drama kehidupan yg tak terduga itu; jari-jarinya tidak bergerak lagi, seakan-akan ~ , lalu kaku di mata mesin taip; penyihiran perihal atau perbuatan menyihir, menyihiri atau menyihirkan; penyihir orang yg mengenakan (ilmu) sihir terhadap orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sihir (kata nama)
Bersinonim dengan ilmu ghaib, ilmu hitam, hikmat;,
Kata Terbitan : menyihir,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
Apakah maksud perkataan: Persona- Pesona -Pesona ialah guna-guna, mantera atau sihir.Makna12.05.2008
Salam, Dalam novel, 'Magical Candies' diterjemahkan ke 'Gula-guna Ajaib' atau 'Gula-gula Sihir', yang mana lebih tepat? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah gula-gula ajaib.Istilah07.10.2016
Salam, Dalam novel, 'Magical Girl' diterjemahkan ke 'Gadis Ajaib', 'Gadis Penyihir' atau 'Gadis Sihir', atau ada terjemahan lain yang tepat? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "Magical Girl' ialah Gadis Ajaib.Penyemakan dan penterjemahan06.10.2016
perbezaan antara maksud perkataan 'persona' dan 'pesona'

Pesona ialah kata Melayu yang bermaksud: guna-guna, mantera, sihir, fitnah.

mempesona: memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian:

Persona ialah kata Inggeris (daripada bahasa Sepanyol) dan tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

Makna03.07.2009
Salam sejahtera. Bagaimanakah cara terjemahan perkataan/frasa yang berkaitan dengan dunia 'magic' ini: 1) Magical blood 2) Wizarding - contohnya, Wizarding World 3) Cauldron - bolehkah diterjemah kepada 'periuk kawah'? 4) Jinx and curse - kedua-duanya bermaksud 'sihir sumpahan'. Bagaimana jika kedua-duanya digunakan dalam ayat yang sama?Tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "magical blood". Sila berikan maksud atau konteks penggunaan perkatan ini supaya kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

wizarding world - dunia sihir/dunia sakti
cauldron - kawah/kenceng
jinx - pembawa sial
curse - sumpahan
Istilah07.09.2016
Apakah terjemahan untuk Warlock..terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah "warlock" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan rujukan dalan internet, "warlock" bermaksud "a male witch, sorcerer, wizard or demon." Oleh itu, "warlock" boleh bermaksud ahli sihir lelaki, dukun atau hantu.Istilah30.12.2013
apakah perkataan hikmat dan hikmah itu ada kalanya seerti dan boleh digunakan secara berselang-seli (interchangeably) seperti ibadah dan ibadat? jejari jejari@gmail.com

Berikut disertakan makna 'hikmat' dan 'hikmah' untuk saudara teliti perbezaannya. 

Hikmat:1. kepandaian, bijaksana 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu.

Hikmah: 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb).

Makna08.08.2009
Dalam permainan dalam talian, terdapat 5 jenis watak yang mempunyai tugasan2 berbeza. Attacker(Watak menyerang), Tank(Watak pertahanan,selalunya berperisai dan bernyawa tinggi, selalu dijadikan korban untuk membantu pasukan), Support(watak membantu dari pelbagai segi), Healer(watak memberi pemulihan nyawa), Magic(watak yang menggunakan sihir2). Apakah terjemahan sesuai bagi setiap tugasan itu? Buat masa sekarang saya menggunakan 1) Attacker (penyerang) 2) Tank (Pertahanan), 3) Support (Penyokong), 4) Healer (Pemulih), 5) Magic (Penyihir/ahli sihir) Mohon cadangan.Cadangan terjemahan yang dikemukakan boleh digunakan kecuali perkataan pertahanan. Perkataan yang lebih sesuai ialah perisai.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2018
apakah perbezaan penggunaan dan kegunaan? apakah perbezaan mempersona dan mempersonakan? bolehkah kita guna"sampai ke" harap beliau beri penjelasan dan satu contoh

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat penggunaan bermaksud 1.perihal(perbuatan,kegiatandll.) menggunakan sesuatu.2. Pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan,dll.). Kegunaan bermaksud 1.faedah,guna.2. yang digunakan.

 Mempesona bermaksud 1. memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian.Mempesonakan bermaksud mengenakan pesona.(sihir).

Kata sendi nama sampai digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. penggunaannya tidak diikuti dengan ke. Contoh: Pegawai itu berjaga sampai pagi. Anaknya belajar sampai peringkat universiti.   

Makna01.08.2008
12

Kembali ke atas