Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.hir] | سيحير

Definisi : perbuatan (atau kejadian) luar biasa yg dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yg melibatkan makhluk halus; menyihir 1. menggunakan sihir: dia pandai ~; 2. mengenakan sihir pd, mempesona: mengapakah jadi begini, adakah saudara telah ~ saya?; menyihiri menjadikan seseorang seolah­olah terpukau (oleh seni, kecantikan dsb): manusia pd zaman itu disihiri oleh seni; menyihirkan menjadikan sesuatu sbg bahan utk membuat seseorang terpukau: di sinilah ketakutan atau kengerian disihirkan kpd penonton; tersihir kena sihir atau disihir, terpesona, terpukau: suasana dlm bilik itu kaku, seolah­olah ~ menyaksikan drama kehidupan yg tak terduga itu; jari-jarinya tidak bergerak lagi, seakan-akan ~ , lalu kaku di mata mesin taip; penyihiran perihal atau perbuatan menyihir, menyihiri atau menyihirkan; penyihir orang yg mengenakan (ilmu) sihir terhadap orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.hir] | سيحير

Definisi : , = ilmu ~ ilmu ghaib yg dpt menyakiti atau dpt mempesona orang: ahli (orang, tukang) ~ orang yg pandai menggunakan sihir. menyihir me­ngenakan sihir pd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sihir (kata nama)
Bersinonim dengan ilmu ghaib, ilmu hitam, hikmat;,
Kata Terbitan : menyihir,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGADILAN AHLI SIHIR SALEM UMUM 
SIHIR

SIHIR, ilmu hitam untuk tujuan pembenci, pengasih dan perosak yang wujud sejak zaman dahulu di kalangan masyarakat Melayu yang menganut kepercayaan animisme dan Hindu.  Ilmu sihir dalam masyarakat Melayu muncul dalam pelbagai bentuk dan dikenali dengan pelbagai nama, antaranya termasuklah tuju, lambai semangat, pulau dan santau.  Prinsipnya sama sahaja iaitu menguasai semangat individu yang disihir dan mendatangkan kemudaratan kepada pihak yang terkena sihir.

BUDAYAKonsep
SIHIR HUJAN

SIHIR HUJAN, kumpulan puisi Sapardi Djoko Damono.  Kumpulan puisi yang mengandungi 51 halaman ini diterbitkan pada tahun 1984 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.  Sihir Hujan mengandungi 51 puisi.  Kumpulan puisi ini telah memenangi Anugerah Puisi Putera II pada tahun 1983, anjuran bersama GAPENA dan Bank Bumiputra Malaysia Berhad.

SASTERAKarya
ALKIMIA

Alkimia ialah gabungan sains kuno, sihir dan

falsafah mistik. Ia terkenal pada awal penyebaran

agama Kristian sehinggalah kira-kira pada tahun

1700. Alkimia mencuba mengubah logam yang tidak

bernilai menjadi perak dan emas.

UMUM 
MEPHISTOPHELES

Mephistopheles ialah syaitan dalam legenda

Jerman pada seorang ahli sihir bernama Faust.

Dalam buku The History of Johann Faust (1587)

yang tidak diketahui penulisnya, Faust menjual

rohnya kepada Mephistopheles sebagai tukaran

untuk mendapatkan perkhidmatan syaitan selama

24 tahun. Nama Mephistopheles mungkin berasal

daripada perkataan Yunani yang bermaksud tidak

menyukai cahaya atau mungkin juga daripada

perkataan Hebrew mephiz (pemusnah) atau tophel

(penipu).

UMUM 
THOTH

Thoth ialah dewa bulan Mesir purba yang

menaungi tamadun dan seni intelek seperti

penulisan, astronomi, matematik, perundangan,

sihir, dan perbomohan. Thoth digambarkan

dalam seni sebagai tubuh manusia yang

berkepala burung sekendi. Thoth juga

digambarkan sebagai babun berkepala anjing.

Peranan utama Thoth di alam ghaib ialah

menyelia neraca penimbang roh orang yang

sudah meninggal dunia untuk menentukan sama

ada orang itu bersalah atau tidak. Thoth juga

dikaitkan dengan dewa lain. Thoth dianggap

sebagai jurutulis dewa matahari Re dan malah

ketua pegawai pentadbir Re. Dalam mitos

penciptaan dari Memphis, Thoth menjadi lidah

dewa pencipta, Ptah yang mencipta dunia.

UMUM 
MALAM WALPURGIS

Malam Walpurgis ialah malam 1 Mei apabila

orang Jerman merayakan pesta St. Walpurgis.

Menurut legenda, para ahli sihir berkumpul pada

malam ini dan merayakan hari sabat di gunung

Brocken yang diliputi kabus, iaitu puncak yang

paling tinggi di Pergunungan Harz.

UMUM 
RACKHAM, ARTHUR

Rackham, Arthur (1867–1939) ialah pelukis

Inggeris yang mendapat pengiktirafan kerana

ilustrasi bagi buku kanak-kanak. Ilustrasinya

merangkumi lakaran gnome, orang bunian, tukang

sihir, dan pari-pari, dan juga makhluk yang

menyerupai manusia yang baik.

UMUM 
OKULTISME

Okultisme ialah istilah yang merujuk kepada

pelbagai kepercayaan dan amalan yang melibatkan

ilmu ghaib atau kuasa di luar dunia tabii. Okultisme

meliputi ilmu nujum, tilik nasib, ilmu sihir, dan

spiritualisme, iaitu kepercayaan bahawa roh orang

mati berkomunikasi dengan orang yang hidup.

Orang yang mempercayai okultisme menganggap

bahawa ia berasaskan ilmu halus yang tidak

dimiliki oleh orang biasa.

UMUM 
SALEM

Salem (pend. 38 264) ialah bandar di

Massachusetts, Amerika Syarikat. Bandar ini

merupakan salah sebuah bandar yang penuh

sejarah di New England serta tempat pengadilan

tukang sihir pada tahun 1690-an. Pada sekitar

tahun 1850-an, Salem menjadi pusat industri

kapas. Kini keluaran bandar ini meliputi kabel,

mentol denyar, permainan, lampu, plastik, dan

keluaran kulit.

Salem State College terletak di Salem. Banyak

rumah yang bersejarah terletak di bandar ini

termasuk rumah tempat lahir Nathaniel

Hawthorne dan House of Seven Gables.

UMUM 
12

Kembali ke atas