Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kerusi kerajaan (tempat raja ber­semayam), takhta: maka sultan pun duduk di atas ~ kerajaan di atas peterana yg ber­tatahkan permata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kerusi tempat raja bersemayam; takhta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singgahsana (kata nama)
Bersinonim dengan takhta, kerusi kerajaan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tedapat kesilapan ejaan pada perkataan 'singgahsana' di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Kesilapan tersebut adalah hanya ada satu hurug 'g' (singahsana).Ejaan yang betul ialah "SINGGAHSANA" seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi ke-4, halaman 1500 dan dalam laman web DBP, iaitu singgahsana">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=singgahsana.Ejaan08.08.2017
apakah maksud 'gubahan kata' dan adakah 'singgahsana' dan 'mengenalpasti' perlu dijarakkan.Menurut Kamus Dewan, gubahan merujuk kepada karangan (cerita dll),ciptaan lagu, atau cerpen. Gubahan kata merujuk kepada kata yang ditulis kebiasaannya penuh gramatis dan menarik. Singgahsana dieja satu perkataan manakala mengenal pasti pula dieja dua perkataan.Lain-lain29.09.2007
1) Apakah perbezaan antara berangkat dengan bercemar duli? 2) Apakah perbezaan antara takhta dengan singgahsana? 3) Bolehkah kata ganti nama diri ketiga "baginda" digunakan utk merujuk kepada Perdana Menteri ? 4) Apakah penggunaan bagi perkataan "tuan hamba"? Terima Kasih !

1) Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “berangkat” bermaksud mula berjalan atau bertolak manakala “bercemar duli” bermaksud mengotorkan kaki (sudi mengunjungi sesuatu tempat dan digunakan untuk raja-raja sahaja).

2) Takhta dan singgahsana membawa maksud yang sama, iaitu tempat raja bersemayam.

3) Kata ganti nama diri ketiga “baginda” hanya digunakan untuk raja sahaja.

4) “Tuan hamba” merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama. Tuan hamba yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai “tuan hamba” dan orang yang berbicara dikenali sebagai “hamba”.

Lain-lain22.01.2022
-bersemayam

Saudara Shahiraiera,

tidak ada soalan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, makna bersemayam ialah i. duduk(di atas takhta, singgahsana) ii. tinggal

 

Lain-lain29.04.2010
Salam sejahtera, Kita difahamkan umumnya semua kata majmuk kini dieja sebagai gabungan perkataan yang berasingan kecuali untuk 30 kata majmuk sahaja seperti tanggungjawab, jawatankuasa, singgahsana dll. Bagaimanapun, tidak mudah untuk kami menjejaki 30 perkataan ini. Mohon bantuan pihak dewan untuk menyenaraikannya. Terima kasih, LiongPerkataan yang penggunaannya telah mantap dan dieja sebagai satu perkataan boleh dirujuk dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 134 dan 135. Perkataan yang disenaraikan adalah seperti yang berikut:
1. antarabangsa
2. bumiputera
3. jawatankuasa
4. kakitangan
5. kerjasama
6. matahari
7. olahraga
8. setiausaha
9. sukarela
10. suruhanjaya
11. tandatangan
12. tanggungjawab
13. warganegara
Ejaan14.04.2012
adakah perkataan mendudukkan betul?

Mengikut Kamus Dewan perkataan mendudukkan membawa makna yang berikut :   

 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya;

2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara;

3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri;

Jadi penggunaan perkataan mendudukkan tidak salah digunakan asalkan menepati maksud yang ingin disampaikan.

Tatabahasa19.06.2008

Kembali ke atas