Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.sa] | سيسا

Definisi : apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll), baki (wang dll), lebihnya, reja: ~ makanan; ~ wang; ~ nabi a) lebih makanan nabi; b) ikan sebelah; ~ radioaktif sisa atau bahan buangan yg dapat mengeluarkan pancaran radioaktif; ~ remeh sisa yg tidak berharga langsung; kulai-balai bagai petai ~ pengait prb orang yg lemah lembut gerak-gerinya; bersisa ada sisanya (bakinya, lebihnya), ber­baki, berlebih: gaji suaminya tiap-tiap bulan tiada ~ sedikit juga; menyisakan menjadikan bersisa, membiar­kan berlebih sedikit, meninggalkan sedikit: isteri hulubalang yg mengidam nangka itu telah ~ nangka baginda; tersisa (dapat, sudah) disisakan sedikit: tidak ~ waktunya utk membuka buku sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.sa] | سيسا

Definisi : apa-apa yg tertinggal selepas di­makan, dipakai dll; baki drpd sesuatu; lebihnya. ~ radioaktif sisa atau bahan buangan yg dpt mengeluarkan pan­caran radioaktif. bersisa ada sisanya (bakinya, lebihnya); berbaki: Tiap-tiap bulan, gaji suaminya tidak ~ sesen pun. menyisakan menjadikan ada sisanya; membiarkan berlebih atau berbaki sedikit: Siapa yg ~ makananku ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisa (kata nama)
Bersinonim dengan yang tertinggal, tinggalan, baki, saki-baki, lebihnya, reja, renceh, hampas, koret, abu, keranyah, puting, puntung, pemungkur, kerepeh, limah, kari;,
Kata Terbitan : bersisa, menyisakan,

Peribahasa

Kulai-balai bagai petai sisa pengait (= dikait).

Bermaksud :

Orang yang lemah-lembut gerak gerinya. (Biasa juga: Kulai-balai bagai senduk didukung). kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1. Kanak-kanak bermain gelongsor / papan gelongsor di taman permainan.(yang mana satu betul) 2. Kita harus memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa makanan/ sisa-sisa makanan tidak terselit di/pada celah-celah gigi. 3. Sejak pagi lagi/ Sejak dari awal pagi lagi, dia sudah mula mengerjakan sawah.(sejak dan dari ialah kata sendi nama.'sejak pagi lagi'yang betul?1. Kanak-kanak bermain papan gelongsor di taman permainan.
2. Kita harus memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa makanan tidak terselit di celah gigi.
3. Sejak pagi lagi....
Lain-lain11.10.2018
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat berikut? 2.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang terbuang sisa-sisa toksid ke dalam longkang. 3.Hidayah memakaikan selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya. 4.Kerajaan akan memperkenal plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan dinegara ini. 5. Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaikki bas ke sekolah. 6. Mereka telah memelawa kami untuk menghadiri majelis yang akan diadakan pada malam ini. 7.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempabumi di negara jiran amat mengalu-alukan oleh pihak kerajaan. 8.Para peserta krusus itu bertukar-tukarkan pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti.1.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang membuang sisa-sisa toksik ke dalam longkang.
2. Hidayah memakai selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya.
3. Kerajaan akan memperkenalkan plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.
4.Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaiki bas ke sekolah.
5.Mereka telah mempelawa kami untuk menghadiri majlis yang akan diadakan pada malam ini.
6.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempa bumi di negara jiran amat dialu-alukan  oleh pihak kerajaan.
7.Para peserta kursus itu bertukar-tukar pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti.
Tatabahasa22.03.2013
Bolehkah tuan / puan berikan saya maksud Sisa Domestik daripada Kamus DBP.....Sebab saya cuba cari di Internet tak dapat...Tolong ye!!...Terima KasihSalam sejahtera, Tuan, Berdasarkan data kami di Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), sisa domestik bermaksud sisa yang berasal dari kawasan kediaman dan kawasan industri yang tidak mengandungi sisa dagangan. Tuan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk makluman lanjut. Sekian, terima kasih.Lain-lain09.10.2017
Apakah padanan yang sesuai bagi 'drug residue'? Carian dalam Istilah MABBIM adalah 'sidu ubat veterinar' bagi 'veterinary drug residue'.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

drug residue - sisa ubat; sisa drug

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Lain-lain24.08.2021
1.Sisa makanan yang tertumpah itu itu.................meja makan. a.mengotori b.mengotorkan mana satu jawapan yang betul? dan apakah alasannya?Mengotori bermaksud menjadi kotor pada dan mengotorkan bermaksud menyebabkan menjadi kotor. Berdasar makna yang tersebut mengotori dan mengotorkan boleh digunakan dalam konteks ayat yang tersebut.Tatabahasa20.06.2013
Salam sejahtera. Soalan saya ialah apakah terjemahan dalam bahasa Melayu yang tepat untuk frasa bahasa Inggeris "uranium mill tailings"?Kami mencadangkan "uranium mill tailing" diterjemahkan sebagai "sisa kilang uranium" atau "sisa uranium". Walau bagaimanapun, padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.Istilah10.07.2021
Salam, (1): Sisa plastik boleh menyebabkan tanah berasid. (2): Sisa plastik boleh menyebabkan tanah bertukar asidik. Adakah kedua-dua ayat ini garamatis dan sama maksudnya? Terima kasih!Ayat (1) ialah ayat yang tepat.

Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan acidic diterjemah kepada berasid dan dalam data Istilah Bahasa Melayu, perkataan acidic juga dipadankan dengan berasid.
Tatabahasa25.06.2021
Salam sejahtera Untuk makluman, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sedang dalam proses menyediakan Pelan Strategik Perbadanan bagi tempoh 2014 hingga 2020. Sehubungan itu, antara Teras yang telah dipersetujui adalah seperti berikut: 1. MENDIDIK MASYARAKAT SUPAYA BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG LESTARI; 2. PENGGUNAAN TEKNOLOGI SISA PEPEJAL YANG TERKINI, KOS EFEKTIF DAN LESTARI. Merujuk kepada Teras berikut, sukacita dipohon jasa baik tuan/puan untuk melakukan semakan kesesuaian penggunaan bahasa merujuk kepada perkataan LESTARI. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun Araship Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam 0322459335, 0127527042Pada pandangan kami perkataan "lestari" tidak sesuai digunakan kerana lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Manakala penggunaan frasa "kos efektif" tidak dibenarkan kerana tidak menetapi tatabahasa bahasa Melayu. Frasa yang boleh digunakan ialah keberkesanan kos.Tatabahasa21.10.2013
Salam, Mohon bantu untuk alih bahasa inggeris bagi jabatan di bawah. Adakah tepat seperti di dalam () Integrated Waste Management - (Pengurusan Sisa Pepejal Berintegrasi) Recycling & Waste Treatment Technology - (Jabatan Kitar Semula dan Teknologi Rawatan Sisa) Sales & Business Development - (Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Jualan) Insfrastructure Cleansing Services - (Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur)Terjemahan yang sesuai bagi:
1.  Integrated Waste Management - (Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu)
2. Recycling & Waste Treatment Technology - (Teknologi Rawatan Sisa Pepejal dan Kitar Semula)
3. Sales & Business Development - (Pembangunan Perniagaan dan Jualan)
4. Insfrastructure Cleansing Services - (Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur)
Makna27.04.2018
Bagaimanakah penggunaan perkataan/ ayat yang betul untuk menyatakan penggunaan lebihan kayu yang telah digunapakai kepada sesuatu produk bernilai tambah seperti: 'Penggunaan sisa kayu terpakai' @ 'Penggunaan habuk kayu terpakai' @ 'Penggunaan sisa kayu' @ apakah pengunaan perkataan /ayat yang lebih sesuai untuk digunakan?Penggunaan perkataan yang betul bergantung pada jenis dan bentuk bahan yg digunakan dalam penghasilan sesuatu produk tersebut. Kami mencadangkan perkataan yang sesuai ialah penggunaan sisa kayu, habuk kayu dan serpihan kayu.Istilah23.09.2021
12345

Kembali ke atas