Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[si.sa] | سيسا

Definisi : apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll), baki (wang dll), lebihnya, reja: ~ makanan; ~ wang; ~ nabi a) lebih makanan nabi; b) ikan sebelah; ~ radioaktif sisa atau bahan buangan yg dapat mengeluarkan pancaran radioaktif; ~ remeh sisa yg tidak berharga langsung; kulai-balai bagai petai ~ pengait prb orang yg lemah lembut gerak-gerinya; bersisa ada sisanya (bakinya, lebihnya), ber­baki, berlebih: gaji suaminya tiap-tiap bulan tiada ~ sedikit juga; menyisakan menjadikan bersisa, membiar­kan berlebih sedikit, meninggalkan sedikit: isteri hulubalang yg mengidam nangka itu telah ~ nangka baginda; tersisa (dapat, sudah) disisakan sedikit: tidak ~ waktunya utk membuka buku sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sisa (kata nama)
Bersinonim dengan yang tertinggal, tinggalan, baki, saki-baki, lebihnya, reja, renceh, hampas, koret, abu, keranyah, puting, puntung, pemungkur, kerepeh, limah, kari;,
Kata Terbitan : bersisa, menyisakan,

Peribahasa

Kulai-balai bagai petai sisa pengait (= dikait).

Bermaksud :

Orang yang lemah-lembut gerak gerinya. (Biasa juga: Kulai-balai bagai senduk didukung). kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.

Lihat selanjutnya...(3)

Majalah

Dewan Masyarakat | Kita Semakin Pengotor?
tua sedang mengemas meja makan yang berselerak. Suasana di gerai makan tersebut agak sesak kerana dibanjiri pengunjung yang dating untuk makan tengah hari. Gelagat wanita tua itu menarik perhatian penulis. Sisa-sisa makanan di atas meja makan dikumpulkan oleh wanita tua tadi di dalam pinggan besar. Kemudian dengan tidak semena-mena sisa makanan tersebut dibuang ke dalam longkang di tepi gerai itu
Dewan Budaya » Nota Editor
mesti disebut ialah bahawa rakyat negara ini membuang 17 800 tan makanan setiap hari.  Jumlah itu dapat mengisi perut 2.3 juta orang sebanyak tiga kali.  Kajian oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal menunjukkan bahawa pada setiap tahun, sebuah keluarga biasa “membuang” lebih daripada sebulan gaji untuk makanan yang tidak dimakan. Akal yang waras pasti sukar untuk menerima hakikat bahawa ada orang
Dewan Budaya » 2017 » June

Kembali ke atas