Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.sa] | سيسا

Definisi : apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll), baki (wang dll), lebihnya, reja: ~ makanan; ~ wang; ~ nabi a) lebih makanan nabi; b) ikan sebelah; ~ radioaktif sisa atau bahan buangan yg dapat mengeluarkan pancaran radioaktif; ~ remeh sisa yg tidak berharga langsung; kulai-balai bagai petai ~ pengait prb orang yg lemah lembut gerak-gerinya; bersisa ada sisanya (bakinya, lebihnya), ber­baki, berlebih: gaji suaminya tiap-tiap bulan tiada ~ sedikit juga; menyisakan menjadikan bersisa, membiar­kan berlebih sedikit, meninggalkan sedikit: isteri hulubalang yg mengidam nangka itu telah ~ nangka baginda; tersisa (dapat, sudah) disisakan sedikit: tidak ~ waktunya utk membuka buku sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sisa (kata nama)
Bersinonim dengan yang tertinggal, tinggalan, baki, saki-baki, lebihnya, reja, renceh, hampas, koret, abu, keranyah, puting, puntung, pemungkur, kerepeh, limah, kari;,
Kata Terbitan : bersisa, menyisakan,

Peribahasa

Kulai-balai bagai petai sisa pengait (= dikait).

Bermaksud :

Orang yang lemah-lembut gerak gerinya. (Biasa juga: Kulai-balai bagai senduk didukung). kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
solder splatterpercikan pateriSosiologiTiadaSisa-sisa pateri yang terpercik.
diatom oozeooz diatomGeografiTiadamerupakan sisa-sisa diatom dan mengandungi bahan silika.
diatom oozeooz diatomGeologiTiadamerupakan sisa-sisa diatom dan mengandungi bahan silika.
drilling outpenggerudian keluarKejuruteraanPetroleumProses penggerudian sisa-sisa simen yang terdapat pada bahagian bawah dari rentetan selongsong. Kerja ini dilakukan setelah selesainya kerja penyimenan selongsong.
busboy equipmentkelengkapan mengemasSosiologiTiadaAlat atau perkakas yang diperlukan untuk menjalankan tugas membersih sisa-sisa makanan, mengemas meja dan melayan pelanggan.
caudexkaudeksBotaniTiadaBatang berkayu yang berdiri tegap, tidak bercabang, berbentuk silinder dan terdapat tanda sisa-sisa tangkai daun. Di hujungnya pula terdapat rimbunan daun. Contohnya, batang pokok kelapa, paku gajah dan kelapa sawit.
ledgebiraiPergigianTiadaLebihan bahan restorasi yang membentuk pinggir di kawasan pinggir restorasi. Lebihan ini memudahkan sisa-sisa makanan terkumpul dan jika ia dibiarkan lama boleh mengakibatkan berlakunya karies di pinggir yang berbirai dan menyebabkan gusi menjadi radang atau bengkak. Birai dapat dikesan dengan menggunakan alat teroka. Bagi kaviti kelas II lebihan ini dapat dipastikan dengan menggunakan x-ray kerana ia tidak dapat dilihat. Birai yang dapat dikesan lebih awal boleh dibuang dengan menggunakan bur.
fossil fuelbahan api fosilBiologiEkologiArang batu, minyak, dan gas semula jadi yang terhasil daripada sisa-sisa haiwan dan tumbuhan yang hidup pada zaman karbon yang wujud 300 juta tahun dahulu. Perlombongan dan penggunaan bahan api ini dengan kadar yang cepat akan mengakibatkan kerosakan ekosistem dan meningkatkan pencemaran.
prawn mealmil udangVeterinarTiadaBahan buangan daripada udang yang dikeringkan dan dikisar. Bahan buangan ini boleh terdiri daripada udang kecil, sisa-sisa seperti bahagian kepala dan kulit udang yang tidak digunakan lagi. Bahan ini mengandungi protein dan kalsium yang agak tinggi dan sesuai digunakan sebagai campuran makanan ternakan akuakultur.
bauxitebauksitKimiaTiadaBatuan yang mengandungi sebatian oksida aluminium dan hidroksida boehmit, gibsit bersama dengan silika, oksida besi dan mineral lempung. Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika.
12345678910...

Kembali ke atas