Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.rot] | سوروت

Definisi : cahaya, seri, sinar: sebentar-sebentar cincinnya berkilat-kilat kena ~ matahari; gambar ~ Id a) gambar hidup; b) projektor (gambar sisip dll); menyorot 1. memancar (cahaya, sinar), ber­cahaya, bersinar: nyala lampu minyak ~ ke­luar; matahari masih condong ~ dr belakang daun-daun kelapa yg mengilap-ngilap hijau; 2. = menyoroti memancarkan cahaya pd, menerangi (dgn cahaya), menyuluhi: biliknya hanya disoroti dgn lampu minyak yg samar-samar; 3. = menyoroti meman­dang dgn tajam: dia ~ muka anak muda itu; 4. ki menghuraikan atau membicarakan (peristiwa, pendapat, dll) dgn teliti: beliau telah ~ kembali sejarah kemasukan Islam ke tanah air kita ini; akan tetapi ada baha­giannya Kassim Ahmad ~ aspek isi dan bentuk karya-karya tertentu; sorotan 1. pancaran cahaya, sinaran: ~ lampu kereta menyilaukan mata mereka; 2. ki huraian (sesuatu perkara), pembicaraan: ia cuba membuat analisa atau ~ cerpen itu; penyorotan perihal (perbuatan) menyorot: ini disebabkan Zaid menyorot secara kritikal terhadap protagonisnya seperti mana yg lazim kita dapati dr ~ hikayat-hikayat lama terhadap tokoh utamanya; penyorot; lampu ~ a) lampu picit; b) lampu cari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.rot] | سوروت

Definisi : cahaya yg dikeluarkan oleh se­suatu; sinar. menyorot keluar me­mancar (bkn sinar); bersinar: Cahayanya ~ keluar. menyoroti memancarkan cahaya kpd; menerangi; menyuluh: Sebuah lampu minyak ~ biliknya yg sempit itu. sorotan 1 pancaran atau sinaran cahaya dsb: ~ beberapa buah lampu menjadikan kawasan rumahnya terang benderang. 2 ki huraian atau pem­bicaraan ttg sesuatu perkara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sorot
Kata Terbitan : menyorot, menyoroti, sorotan,