Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.kar] | سوکر

Definisi : 1 tidak mudah (melakukannya, mendapatkannya dll); susah; sulit: Masalah ini ~ sekali hendak diselesaikan. 2 serba kekurangan; miskin; susah. 3 tidak mudah baik (bkn penyakit); teruk; berat. menyukarkan menyebabkan sukar; menyusahkan: Salji yg tebal-tebal itu ~ perjalanan mereka. kesukaran 1 sesuatu yg sukar; kesusahan; kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah me­nempuh berbagai-bagai ~. 2 keadaan sukar; kesulitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[su.kar] | سوکر

Definisi : 1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah: perkara yg ~; sangat ~ membuat pekerjaan ini; 2. sl serba kekurangan, daif, miskin: mereka hidup dlm ~; 3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk: penyakitnya terlalu ~; 4. tidak mudah mendapat, jarang ada: wang ~ pd masa ini; mahal dibeli, ~ dicari prb sesuatu yg terlalu sukar diperoleh; orang ~ baharu kaya prb orang yg hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan); menyukarkan menjadikan sukar, menyulit­kan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; mempersukar menjadikan lebih sukar; kesukaran 1. perihal sukar, kesulitan, ke­susahan: ~nya makin bertambah; 2. men­derita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,

Puisi
 

Anak buaya naik mencuri,
     Singgah mari di Pasir Panjang;
Hutang budi sukar dicari,
     Kalau dapat kasih berpanjangan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tak kayu jenjang dikeping.

Bermaksud :

Dalam keadaan yang serba sukar, segala apa pun diperbuat untuk mengatasinya.

 

Lihat selanjutnya...(10)

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang tepat bagi "elusive predator"? Pemangsa yang sukar dijumpai? Pemangsa yang sukar ditemui? Terima kasihDalam data kami, tiada padanan khusus bagi elusive predator dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan terjemahan bagi perkataan tersebut ialah Pemangsa yang sukar ditangkap atau Pemangsa yang sukar ditemui.Penyemakan dan penterjemahan24.10.2017
Sukar mendapat senaskah penerbitan Dewan Bahasa dan Dewan Sastera di pasaran di negeri Pulau Pinang. Melalui saluran manakah saya boleh dapat penerbitan-penerbitan tersebut ?Di Pulau Pinang , buku dan majalah DBP dapat diperoleh di Bukit Mertajam( DBP Wilayah Utara), , Seberang Prai(, Seberang jaya, dan Minden( USM).Lain-lain16.04.2010
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan'

Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau;

Tatabahasa18.03.2010
Sungguh sukar, soalan peperiksaan yang disediakan oleh guru saya. Cerakinkan ayat tersebut kepada subjek dan predikat. Adakah guru saya (subjek) menyediakan soalan peperiksaan yang sungguh sukar itu (predikat)? Mohon jelaskan kenapa...Subjek ialah perkara yang hendak diceritakan. Predikat ialah penerangan kepada subjek itu. Dalam ayat:Sungguh sukar, soalah peperiksaan yang disediakan oleh guru saya, subjek atau perkara yang hendak diceritakan ialah "soalan peperiksaan yang disediakan oleh guru saya", manakala "sungguh sukar" ialah penerangan atau cerita kepada "soalan peperiksaan yang disediakan oleh guru saya" itu.Lain-lain08.09.2014
Ayat yang manakah betul? (a) Cikgu membimbing saya menyelesaikan soalan yang sukar itu. (b) Cikgu membimbing saya menyelesaikan soalan yang susah itu. [Apakah beza antara ‘sukar’ dengan ‘susah’ dari segi penggunaan?]Sukar dan susah mempunyai maksud yang sama, kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa29.10.2015
salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "It is difficult, if not impossible"? 1. Ia sukar, jika tidak mustahil 2. Ia sukar, ia tidak mustahil 3. Lain-lain (Sila nyatakan pendapat anda) Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "ia sukar, tetapi tidak mustahil".Penyemakan dan penterjemahan01.11.2014
pakah peribahasa yang sesuai digunakan utk situasi berikut : penyiasatan kes pecah amanah itu bertambah rumit dan amat sukar ditangani seperti ...... kerana membabitkan banyak pihak yang berkepentingan. adakah jawabannya ialah duri dalam daging? atau? apa peribahasa utk menggambarkan situasi yang sukar diselesaikan kerana byk melibatkan pihak yang berkepentingan? tqBerdasarkan kata kunci  'sukar diselesaikan' ada dua peribahasa yang sesuai, iaitu 'Seperti aur ditarik songsang' dan 'Berkelahi dalam kepuk'. Untuk maklumat lanjut lihat sukar+diselesaikan&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sukar+diselesaikan&d=11 dan klik medan 'Peribahasa'.Lain-lain28.02.2012
saya sukar membezakan penggunaan dari dan daripada. sudah banyak buku yang saya rujuk namun masih samar. minta penjelasan sehalus mungkin kepada pihak tuan dan puan.
Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan
Tatabahasa27.04.2013
Saya sukar untuk mempelajari perkataan Bahasa Melayu

1. Saudara boleh mengambil kursus-kursus BM yang diadakan di mana-mana.

2. Sentiasa menggunakan BM dengan betul mengikut keadaan persekitaran.

3. Mengulang kaji tatabahasa BM (Melalui buku/risalah rujukan seperti : Tatabahasa Dewan, koleksi Lembar Bahasa, Pedoman bahasa dsb)

4. Sentiasa cakna dengan perkembangan bahasa Melayu.

Lain-lain26.10.2010
1. Adalah sukar untuk Aminah mempercayai kelakuan negatif anaknya, Misran. Ayat ini betul atau salah? 2. Adakah perkataan jurupandu?Ayat ini salah kerana mengikut struktur bahasa Inggeris. Dalam bahasa Melayu, kata pemeri tidak boleh digunakan di permulaan ayat. 'adalah' ialah kata pemeri. Ejaan jurupandu betul.Tatabahasa13.09.2008
12345678910...

Kembali ke atas