Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.kar] | سوکر

Definisi : 1 tidak mudah (melakukannya, mendapatkannya dll); susah; sulit: Masalah ini ~ sekali hendak diselesaikan. 2 serba kekurangan; miskin; susah. 3 tidak mudah baik (bkn penyakit); teruk; berat. menyukarkan menyebabkan sukar; menyusahkan: Salji yg tebal-tebal itu ~ perjalanan mereka. kesukaran 1 sesuatu yg sukar; kesusahan; kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah me­nempuh berbagai-bagai ~. 2 keadaan sukar; kesulitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[su.kar] | سوکر

Definisi : 1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah: perkara yg ~; sangat ~ membuat pekerjaan ini; 2. sl serba kekurangan, daif, miskin: mereka hidup dlm ~; 3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk: penyakitnya terlalu ~; 4. tidak mudah mendapat, jarang ada: wang ~ pd masa ini; mahal dibeli, ~ dicari prb sesuatu yg terlalu sukar diperoleh; orang ~ baharu kaya prb orang yg hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan); menyukarkan menjadikan sukar, menyulit­kan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; mempersukar menjadikan lebih sukar; kesukaran 1. perihal sukar, kesulitan, ke­susahan: ~nya makin bertambah; 2. men­derita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,

Puisi
 

Anak buaya naik mencuri,
     Singgah mari di Pasir Panjang;
Hutang budi sukar dicari,
     Kalau dapat kasih berpanjangan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tak kayu jenjang dikeping.

Bermaksud :

Dalam keadaan yang serba sukar, segala apa pun diperbuat untuk mengatasinya.

 

Lihat selanjutnya...(10)

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Majalah

Dewan Budaya » 2017 » June
di Cheras, Kuala Lumpur. Usai memakai pakaian sukan dan mengenakan kasut, penulis ini dengan segera bergegas ke taman tersebut kerana jam telah menunjukkan pukul 5.30 petang. Jika lewat, mungkin sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta kerana taman itu menjadi tumpuan bagi warga kota untuk beriadah serta bersantai bersama-sama keluarga, apatah lagi hari itu hari Ahad. Jarak rumah penulis ini dan lambang bagi sesuatu bangsa. Budaya pemakanan terbaik diamalkan oleh Rasulullah. Nabi Muhammad dan kaumnya ialah orang yang makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Dengan cara begini, orang sukar untuk menghidap penyakit. Pada waktu itu, belum ada orang yang mampu untuk membuktikan kenyataan Nabi Muhammad secara saintifik, apatah lagi untuk mengiakan kebenaran daripada perkara yang dinyatakan ini. Ilmu sains
Dewan Masyarakat | 2012 | Mac
Alam Sekitar • Bahasa • Ekonomi • Fail Jenayah • Kenangan • Kepenggunaan • Kesihatan • Khas • Panorama • Pemikiran • Pendidikan • Sukan • Surat Pembaca • Video • A Kadir Jasin Bercerita • Isu Utama • Nota Editor • Perspektif • Ulasan Buku Mengapa begitu sukar untuk menarik minat rakyat supaya mengundi? Adakah wujud faktor-faktor utama yang menyebabkan perkara ini terjadi? Ikuti penjelasan Timbalan Pengerusi SPR. Share Dewan Masyarakat bersama Prof. Dr. Sr. Kamarul Rashdan
Dewan Budaya » Memahami Kontrak Sosial dan Membudayakan Rukun Negara
demikian kerana perpaduan diibaratkan sebagai tiang kemakmuran dan kedamaian negara, di samping menyumbang kepada keamanan dan kestabilan. Sekiranya kepelbagaian kaum menjadi punca percanggahan dan pertelagahan, suasana damai yang diimpikan dilihat sukar untuk dikekalkan sekiranya setiap etnik bersifat etnosentrik. Percanggahan yang selalu dibangkitkan sehingga menjadi pertelagahan adalah berkaitan dengan hak kesaksamaan, sehinggakan banyak perkara yang telah “dipersetujui” berabad lamanya“diperlekehkan”. Menelusuri sejarah
Dewan Budaya » 2014 » March
orang asing. Pada tanggapan mereka, bandar ini masih kurang maju. Namun demikian, jangkaan sebegini pasti meleset jika anda berpeluang untuk berkunjung ke Pulau Bangau. Aktiviti menjamu selera di Xiamen tidak sukar bagi orang Islam kerana terdapat beberapa buah restoran masakan Xinjiang yang menyajikan makanan halal. Pelbagai hidangan enak yang unik pasti dapat memenuhi selera pengunjung Islam. Ketika lawatan kelima ke Xiamen
Dewan Budaya » 2018 » September
demikian kerana perpaduan diibaratkan sebagai tiang kemakmuran dan kedamaian negara, di samping menyumbang kepada keamanan dan kestabilan. Sekiranya kepelbagaian kaum menjadi punca percanggahan dan pertelagahan, suasana damai yang diimpikan dilihat sukar untuk dikekalkan sekiranya setiap etnik bersifat etnosentrik. Percanggahan yang selalu dibangkitkan sehingga menjadi pertelagahan adalah berkaitan dengan hak kesaksamaan, sehinggakan banyak perkara yang telah “dipersetujui” berabad lamanya“diperlekehkan”. Menelusuri sejarah
Dewan Masyarakat | A Kadir Jasin Bercerita
buah teksi di Kuala Lumpur yang bernaung dengan lebih daripada 600 buah syarikat pemilik teksi. Teksi yang semakin banyak dan jumlah penumpang yang semakin berkurangan, menjadikan kehidupan pemandu teksi semakin sukar. Share Majalah datang dan pergi, muncul dan menghilang. Tidak kurang pula yang mampu bertahan berdekad-dekad, bahkan menjangkau abad. Bagi perniagaan majalah, trend pada 2011 perlu diperhatikan untuk menjawab persoalan
Dewan Budaya » 2014 » September
Kalau jadi katakan jadi, Jangan saya ternanti-nanti.” dan “Dari mana punai melayang, Dari sawah ke batang padi; Dari mana mula sayang, Dari mata sampai ke hati.” Walau bagaimanapun, agak sukar untuk mengatakan bahawa beras atau nasi ialah makanan ruji orang Asia, yang mendiami wilayah dari Asia Barat ke Asia Timur. Bagi penduduk Malaysia, selain beras atau nasi, gandum juga makanan
Dewan Masyarakat | Kolumnis
buah teksi di Kuala Lumpur yang bernaung dengan lebih daripada 600 buah syarikat pemilik teksi. Teksi yang semakin banyak dan jumlah penumpang yang semakin berkurangan, menjadikan kehidupan pemandu teksi semakin sukar. Share Walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil dengan konsep baharu pada Ops Sikap tahun ini dengan harapan mahu mendidik pengguna jalan raya dan bukannya menghukum seperti sebelum ini, hasilnya lebih
Dewan Masyarakat | 2012 | Januari
pasaran, khususnya dalam kalangan pelabur asing. Share Pengenalan video Kegilaan “Kaki Nombor”. Video ini dipecahkan kepada tiga bahagian. Rujuk puatan di VIDEO BERKAITAN untuk menonton video seterusnya. Share Mengapa begitu sukar untuk menarik minat rakyat supaya mengundi? Adakah wujud faktor-faktor utama yang menyebabkan perkara ini terjadi? Ikuti penjelasan Timbalan Pengerusi SPR. Share Filem francais Harry Potter semakin hampir melabuhkan tirainya
Dewan Masyarakat | 2013 | Mac
sektor perniagaan, tetapi hasilnya masih mengecewakan. Share Kemelut pengangkutan awam turut dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Pengangkutan awam seperti bas yang tidak menepati jadual perjalanan menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Share Ikuti wawancara bersama Datuk Dr. Ma’amor Osman, Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Share Perjudian nombor ekor ini
Dewan Budaya » 2014 » December
iaitu barangan antik dan barangan terpakai yang dijual pada harga yang cukup berbaloi. Yang menariknya, pasar ini menjanjikan 1000 kelainan kepada pengunjungnya. Hal ini dikatakan demikian kerana disinilah barangan yang sukar dicari dan jarang-jarang ditemui pasti dijumpai. Di Malaysia, pasar karat sudah bertapak sejak sekian lamanya, kira-kira pada permulaan era 80-an. Walaupun begitu, perjalanan pasar ini kurang mendapat dijual dengan harga 20 sen – itulah antara barang yang dapat diperoleh di pasar lambak Amcorp Mall, Petaling Jaya. Yang lebih menarik lagi, tempat duduk basikal turut dijual! Kadang-kadang agak sukar untuk dibayangkan pembelinya, apatah lagi tujuan tempat duduk basikal itu dibeli. Tentu sekali tempat duduk itu dibeli bukan sebagai pengganti tempat duduk yang rosak kerana kini tidak banyak orang yang
Dewan Budaya » Nota Editor
dicipta. Namun begitu, kesannya tidak begitu berasa. Hal ini dikatakan demikian kerana lagu patriotik seharusnya ditujukan untuk semua bangsa dan generasi, tetapi kebanyakan penciptaan melodi dan lirik lagu patriotik kini sukar untuk dihafal. Pencipta pada masa ini cenderung menghasilkan lirik dengan menggunakan bahasa kolokial dan diselang-selikan dengan bahasa Inggeris, malah turut memasukkan unsur rap pada melodi lagu tersebut. Tidak dinafikan waktu berbuka puasa. Lazimnya pengunjung kelab itu datang secara berkumpulan, baik dengan keluarga, sahabat handai mahupun rakan sepejabat. Jarang-jarang pengunjung kelab datang berseorangan. Meja makan dipenuhi sajian. Ruang kosong sukar untuk dicari. Barangkali semakin besar meja, semakin banyaklah sajiannya. Hidangan disajikan secara bufet di tempat khusus. Barangkali sajian memenuhi meja makan kerana pengunjung kelab itu tidak mahu berulang-alik ke
Dewan Budaya » 2015 » February
melakukan tugas masing-masing. Amat mudah untuk bertanyakan khabar. Ada juga yang bertanyakan keadaan keluarga kita, sama ada sihat ataupun tidak. Kadang-kadang terfikir bahawa ketika berada di Malaysia, amat sukar untuk kita dengar ucapan sedemikian yang datang daripada juruwang atau kakitangan kerajaan dan swasta di kaunter tempat kita berurusan pada setiap hari. Sekiranya kita menghulurkan bantuan, pastinya apa-apa yang berbudi bahasa sememangnya memberikan makna yang lebih mendalam, sekali gus memotivasikan budaya sifat suka membantu antara satu sama lain. Budaya berterus terang juga menjadi amalan yang patut dipuji meskipun amat sukar untuk diterima. Masyarakat Barat, khususnya, suka dan mudah untuk menyebut I am not happy, I don’t like you, you are so brilliant, atau you are fantastic. Jika diperhatikan, masyarakat
Dewan Budaya » 2012 » March
dan memahaminya dari kaca mata Johan yang menulis pada zamannya, dan merasainya pada zaman sekarang. Kerjaya Johan dalam bidang penulisan bukanlah semudah yang dijangka pembaca kerana beliau melalui saat-saat sukar ketika bergelar Ketua Pengarang Utusan Melayu . Oleh hal yang demikian, buku Nota Kaki ini dianggap pengiktirafan terbaik yang dihasilkan bagi menghargai jasa dan kesungguhan Johan dalam memartabatkan bidang penulisan berbahasa mencarikan calon pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka setelah sampai waktunya. Ada juga yang meminta bantuan daripada sanak saudara bagi membantu mencari calon yang baik. Walau bagaimanapun perkara ini hampir sukar ditemui pada zaman sekarang kerana bimbang banyak calon yang dipilih tidak serasi dengan mereka. Setelah calon perempuan dijumpai, upacara merisik dan pertunangan dilangsungkan. Majlis pertunangan diadakan di rumah pihak perempuan
Dewan Masyarakat | Selamatkan Nyawa Kanak-kanak
menggamit simpati banyak pihak. Pendebatan demi perdebatan dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi melindungi insan yang bergelar kanak-kanak ini. Namun, mereka terus menjadi mangsa dan keselamatan mereka sukar diramal. Di Malaysia, kisah pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, lapan tahun, masih menjadi igauan ngeri. Nurin yang hilang pada 20 Ogos 2007 ketika berjalan seorang diri ke pasar malam berdekatan
?feed=atom
perpaduan diibaratkan sebagai tiang kemakmuran dan kedamaian negara, di samping menyumbang kepada keamanan dan kestabilan.</p> <p>Sekiranya kepelbagaian kaum menjadi punca percanggahan dan pertelagahan, suasana damai yang diimpikan dilihat sukar untuk dikekalkan sekiranya setiap etnik bersifat etnosentrik. Percanggahan yang selalu dibangkitkan sehingga menjadi pertelagahan adalah berkaitan dengan hak kesaksamaan, sehinggakan banyak perkara yang telah “dipersetujui” berabad lamanya“diperlekehkan”.</p> <p dicipta. Namun begitu, kesannya tidak begitu berasa. Hal ini dikatakan demikian kerana lagu patriotik seharusnya ditujukan untuk semua bangsa dan generasi, tetapi kebanyakan penciptaan melodi dan lirik lagu patriotik kini sukar untuk dihafal. Pencipta pada masa ini cenderung menghasilkan lirik dengan menggunakan bahasa kolokial dan diselang-selikan dengan bahasa Inggeris, malah turut memasukkan unsur rap pada melodi lagu tersebut.<br /> Tidak
?feed=rss2
perpaduan diibaratkan sebagai tiang kemakmuran dan kedamaian negara, di samping menyumbang kepada keamanan dan kestabilan.</p> <p>Sekiranya kepelbagaian kaum menjadi punca percanggahan dan pertelagahan, suasana damai yang diimpikan dilihat sukar untuk dikekalkan sekiranya setiap etnik bersifat etnosentrik. Percanggahan yang selalu dibangkitkan sehingga menjadi pertelagahan adalah berkaitan dengan hak kesaksamaan, sehinggakan banyak perkara yang telah “dipersetujui” berabad lamanya“diperlekehkan”.</p> <p dicipta. Namun begitu, kesannya tidak begitu berasa. Hal ini dikatakan demikian kerana lagu patriotik seharusnya ditujukan untuk semua bangsa dan generasi, tetapi kebanyakan penciptaan melodi dan lirik lagu patriotik kini sukar untuk dihafal. Pencipta pada masa ini cenderung menghasilkan lirik dengan menggunakan bahasa kolokial dan diselang-selikan dengan bahasa Inggeris, malah turut memasukkan unsur rap pada melodi lagu tersebut.<br /> Tidak
Dewan Budaya » Lagu Patriotik Tradisi Turun-temurun
dicipta. Namun begitu, kesannya tidak begitu berasa. Hal ini dikatakan demikian kerana lagu patriotik seharusnya ditujukan untuk semua bangsa dan generasi, tetapi kebanyakan penciptaan melodi dan lirik lagu patriotik kini sukar untuk dihafal. Pencipta pada masa ini cenderung menghasilkan lirik dengan menggunakan bahasa kolokial dan diselang-selikan dengan bahasa Inggeris, malah turut memasukkan unsur rap pada melodi lagu tersebut. Tidak dinafikan
Dewan Budaya » Gatra Perdana
demikian kerana perpaduan diibaratkan sebagai tiang kemakmuran dan kedamaian negara, di samping menyumbang kepada keamanan dan kestabilan. Sekiranya kepelbagaian kaum menjadi punca percanggahan dan pertelagahan, suasana damai yang diimpikan dilihat sukar untuk dikekalkan sekiranya setiap etnik bersifat etnosentrik. Percanggahan yang selalu dibangkitkan sehingga menjadi pertelagahan adalah berkaitan dengan hak kesaksamaan, sehinggakan banyak perkara yang telah “dipersetujui” berabad lamanya“diperlekehkan”. Menelusuri sejarah
Dewan Budaya » 2013 » May
dan dapat dilihat melalui cara dan identiti pakaian, barangan kemas, dan lagu-lagu Yinluqu yang dinyanyikan ketika acara pemujaan.Pakaian tradisional Miao yang dianggap sebagai seni sebenarnya melambangkan perpindahan yang sukar dalam sejarah hidup masyarakat Miao. Legenda Chiyou tetap terpahat dalam kalangan kaum Miao kerana mereka menganggapnya sebagai pemimpin yang gagah perkasa.Baju yang berwarna-warni itu menunjukkan kebijaksanaan masyarakat Miao
Dewan Budaya » 2013 » June
antara satu sama lain dan mengakibatkan pemerintahan China silih berganti dari semasa ke semasa. Kononnya, tentera yang diketuai oleh Hulubalang Tan Daoji dari kerajaan negeri Liusong berada dalam situasi yang sukar dalam satu peperangan. Beliau telah menggunakan tipu muslihat agar tenteranya berjaya berundur daripada medan peperangan tanpa kematian dan kecederaan. Setelah itu, banyak yang memperkatakan Hulubalang Tan Daoji pernah berkata, “Antara
Dewan Budaya » 2013 » July
seks berlainan jantina, malahan melarang seks bebas sesama jantina. Seks bebas merupakan penyakit sosial yang kian menular dalam kalangan masyarakat Malaysia seolah-olah menjadi kudis yang semakin merebak dan semakin sukar diubati.Ironinya, penyakit sosial ini dilihat lebih cenderung berlaku dalam kalangan belia. Dalam Kajian Gejala Sosial dalam Kalangan Belia Malaysia yang dilaksanakan ke atas 5016 orang responden oleh IPPBM pada
Dewan Budaya » 2013 » August
dikatakan telah pun bertapak di negara ini seawal tahun 1970-an, tetapi ketika itu tabiat ini masih tidak mendapat sambutan sehinggalah menjelang tahun milenium ini seolah-olah menjadi fenomena yang sukar dibendung.Buktinya, pergilah kedai-kedai mamak, kedai yang menjual makanan Arab, atau kedai tepi jalan sekali pun, shisha merupakan antara daya tarikan yang mengundang kehadiran pengunjung terutama golongan belia. Bayaran
Dewan Budaya » 2015 » August
juta orang rakyat negara 17 500 buah pulau itu menyambut hari kemerdekaan yang diraikan pada 17 Ogos dengan penuh semangat. Berbanding dengan kita, Indonesia mencapai kemerdekaan dengan jalan yang lebih sukar dan berliku. Mereka merdeka dengan darah dan air mata. Begitu banyak pejuang dan rakyatnya terkorban. Bagi rakyat Indonesia, hari kemerdekaan bukan sahaja peluang untuk mengingati pengorbanan para pejuang dan pahlawan
Dewan Budaya » 2017 » January
kita cenderung bertanya sekurang-kurangnya kepada diri sendiri, “Adakah cukup hanya undang-undang dan perlembagaan negara berperanan sebagai alat untuk meletakkan bahasa Melayu pada kedudukan yang wajar?” Soalan tersebut sebenarnya sukar dijawab dengan tepatnya. Namun demikian, sekiranya kita berfikir secara mudah dan melihat persoalan itu hanya sekali imbas, mungkin kita lebih cenderung mengeyakannya. Mengapa saya mempunyai tanggapan demikian? Sebenarnya kedudukan bahasa
Dewan Budaya » 2017 » February
bandar. Orang Melayu, yang kebanyakannya tinggal di luar bandar, tidak dapat meraih manfaat daripada sekolah berkenaan. Sistem pengangkutan yang mundur dan yuran yang dikenakan menyebabkan masyarakat Melayu di luar bandar sukar menghantar anak mereka ke sekolah terbabit. Sekolah Inggeris dianggap sebagai elitis dan hanya untuk orang yang berada dan bangsawan Melayu. Kurikulum yang berasaskan Senior Cambridge Certificate Examination menyebabkan lulusan berkenaan
Dewan Budaya » 2018 » August
dicipta. Namun begitu, kesannya tidak begitu berasa. Hal ini dikatakan demikian kerana lagu patriotik seharusnya ditujukan untuk semua bangsa dan generasi, tetapi kebanyakan penciptaan melodi dan lirik lagu patriotik kini sukar untuk dihafal. Pencipta pada masa ini cenderung menghasilkan lirik dengan menggunakan bahasa kolokial dan diselang-selikan dengan bahasa Inggeris, malah turut memasukkan unsur rap pada melodi lagu tersebut. Tidak dinafikan
Dewan Masyarakat | Ceritalah
peratus “Cinta Indonesia”. Gerakan ini merebak sehingga ke pelosok Indonesia. Share Conrad di Indonesia Ceritalah Seseorang yang diberikan kepercayaan untuk memerintah boleh berubah kerana rasuah dan ketamakan. Share Politik Indonesia Sukar Diramal Ceritalah Hakikatnya, rakyat Indonesia sekarang lebih prihatin untuk memilih siapa yang layak menjadi datuk bandar mereka, bupati atau gabenor. Pengundi tidak memilih seseorang calon hanya kerana calon tersebut ialah
Dewan Masyarakat | 2011 | Disember
melihat pelbagai pihak sudi meluangkan masa untuk duduk semeja berbincang dan berdebat mengenai nasib sebatang sungai yang hampir tidak ada harapan lagi untuk “lulus” ujian pencemaran JAS. Share Politik Indonesia Sukar Diramal Ceritalah Hakikatnya, rakyat Indonesia sekarang lebih prihatin untuk memilih siapa yang layak menjadi datuk bandar mereka, bupati atau gabenor. Pengundi tidak memilih seseorang calon hanya kerana calon tersebut ialah
Dewan Masyarakat | 2012 | Jun
meskipun pemerintahan Jong-il sudah berakhir. Share Kemelut pengangkutan awam turut dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Pengangkutan awam seperti bas yang tidak menepati jadual perjalanan menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Share UPNM Eksklusif tetapi Inklusif Sejarah UPNM cukup unik. Berbekalkan pengalaman selama lapan tahun sejak penubuhannya, UPNM semakin berani mengorak
Dewan Budaya » 2012 » February
hidup. Pengasas pertubuhan Forum Antarabangsa, Jerry Mander, mendedahkan bahawa peranan penting TV sebagai perantara proses kesejagatan diterajui badan korporat Barat. Dalam hal ini, pengiklanan berupaya mempengaruhi fikiran penonton sehingga penonton sukar untuk memadam gambaran iklan yang ditonton dari fikiran mereka. TV turut menyeragamkan fikiran manusia menerusi himpunan nilai budaya konsumerisme yang bakal menguntungkan rangkaian korporat di Barat, seperti AOL-Time Warner
Dewan Budaya » 2012 » November
mudah terjual. Zaman terus berubah seiring peredaran masa. Pun begitu, budaya menegur secara berhemah dalam kalangan masyarakat kini semakin pudar. Pelbagai wahana komunikasi moden yang menyingkatkan perkataan menjadi ayat yang sukar difahami. Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada bulan lalu juga merupakan budaya menegur dan budaya saling mengingat dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan.Bahasa yang menjadi pengikat perpaduan dan bahasa
Dewan Budaya » 2013 » March
saya menggelarnya, “Pak Cik Oh Begitu!” yang berusaha bersungguh-sungguh untuk “kecek luar”. Itulah rentetan sebahagian daripada kisah kehidupan si pemandu teksi yang gigih bekerja untuk mencari sesuap nasi.Walaupun sukar, mereka tetap melayan pelanggan mereka dengan senyuman, mesra dan ikhlas.Nilai murni inilah yang seharusnya menjadi amalan generasi muda pada hari ini. Malah toleransi budaya turut terpancar dengan jelas melalui
Dewan Budaya » 2013 » September
berjaya membentuk tamadun bangsa yang dipandang tinggi oleh negara lain, sekurang-kurangnya oleh negara membangun. Pendidikan masih merupakan instrumen terpenting dalam pembudayaan perpaduan rakyat di negara ini. Situasi akan menjadi sukar jika perasaan sangsi ini terus menguasai masyarakat. Kesangsian akan mewujudkan perasaan syak wasangka dan tuduh menuduh tanpa asas yang menghalang pembinaan suasana yang harmoni. Kesangsian hanya dapat dipadamkan dengan manifestasi
Dewan Budaya » 2014 » August
Yang tidak dinafikan ialah bahawa kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memastikan kegusaran dan kegelisahan yang demikian diketepikan agar tidak menjejaskan keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kemajuan negara. Pada hakikatnya, tidaklah sukar untuk mewujudkan suasana masyarakat Malaysia yang muhibah. Cara yang paling mudah ialah menghormati antara satu sama lain. Hal ini termasuklah menghormati adat setiap kaum dan menjunjung resmi zaman-berzaman. Yang
Dewan Budaya » 2014 » October
perkara ini merupakan pencapaian yang membanggakan kerana negara lain yang mendahului Malaysia pada umumnya bersifat homogen. Mungkinkah cogan kata kesepaduan dalam kepelbagaian dapat direalisasikan atau hanya impian dan idaman yang sukar dipenuhi? Di negara ini, sesetengah pihak merujuk kewujudan pelbagai etnik dengan budaya, agama, dan bahasa yang berbeza itu sebagai many colours, one race. Kehadiran pelbagai elemen inilah yang mewarnai demografi

Kembali ke atas